Wednesday, May 27, 2015

KONSTRUKSI

Blog dalam proses pengubahsuaian. Entah berapa juta kali pun tak tahu lah. Hehehe..

Tuesday, September 9, 2014

KISAH BENAR! Gila Akibat Internet Down

Assalamualaikum...

Kisah benar ni terjadi beberapa jam lepas. Harap kisah ni dapat dijadikan teladan.

Kisahnye begini...

Selewat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, RIA (sekadar nama samaran) dengan penuh semangat kononnye nk update la entri kat blog beliau tu. Maka dimasukkan segala namapengguna dan katalaluan yg tepat dan jitu sekali. Ternyata tepat. Ah, sukanya hati RIA time tu.

Sambil RIA merenung skrin laptop dan menunggu dia loading, tetiba terpancarlah sesuatu di skrin seperti gambar di bawah ni;


"NOKHAROM!!! Ko dah kenapa tetibe je ni weh???" - Seloroh RIA dalam hati.

"Takpe. Refresh lagi. Kot2 molek lepas refresh tu."

Bila kali pertama refresh, jadi camtu. Kali kedua pon same. Bis, kalau dah sepuluh kali refresh still gak skrin macam tu, mau nye tak angin 1 badan.

"ABAH KAU!!!!"

******

RIA dah letih menghadap "kesiput-cadburyan" tu, dia pon pergi la layan cite kat TV. Tapi hati masih resah sebab tak berjaya update entri lagi. Tak lama lepas tu RIA cuba la nasibnye sekali lagi. TADAAAAA!!! Elok dah internetnya.

Tanpa buang masa, dia pun cari la bahan2 termasuk gambar2 utk didonlod. Tatkala dia tekan je button new tab tu, makanya skrin pulak jadi pegun (baca sebagai "hang") sampai RIA pn jadi terpegun.

Mana tak nye, laptop zaman purba.

Inilah bukti yang dijumpai di tempat kejadian.

Ada ke patut dia dah tau laptop IBM entah zaman bila dan masih guna 256GB-ramDDR lak tu, ada hati nak buka new tab bebanyak? Memang tak lah kan...

GILA! katanya.

*****

Internet slow - GILA!

atau

Laptop slow - GILA!

atau

Manusia slow (sebab terlalu bergantung harap pada teknologi) - GILAKAH??!!

Renungkanlah. Selamat!

Monday, September 8, 2014

Macam Chipsmore lah!

Lillahi.
Lama betul tak menulis kat blog ni.
Tiba-tiba tergerak hati nak menulis balik.

Hari ni ada buat beberapa perubahan kat blog sikit.
Tapi masih guna blogspot (kuno benor).
Sebelum ni guna nama Pak ABU.
La ni guna nama RIA (singkatan untuk Ridzuan Idris Abdullah).

Alhamdulillah.
Banyak yg dah settle.
Insya'Allah, mulai hari ni RIA akan rajinkan update entri yek.
NO MORE CHIPSMORE!
Kikikiki :p

Jumpa lagi!

Kembali

Assalamualaikum


Tuesday, January 17, 2012

Penting!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Blog ini akan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada sambutan CNY (padahal laptop ada masalah..haha..)

Tengah tunggu laptop baru sampai ke rumah dalam minggu ni. Bila dah ade laptop baru, ingat nak tukar rupa blog. Bior semua jadi baru. Barulah semangat nak berblog lepas nih. Hehe..

So, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat berbangsa Cina (Haram gak ke wish camni?Huhu..). Jumpa selepas CNY ye.

Adios

Friday, January 13, 2012

Pasangan Romantis Atau Alim?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
 
Pak ABU nak kongsi sedikit pertanyaan dari seorang hamba Allah melalui kolum An-Nur yang disiarkan di Metro Ahad tentang memilih calon pasangan yang paling ideal.
 
 
Jawapan yang diberikan:
 
Rasulullah SAW menyatakan, memilih pasangan atau tertariknya manusia pada pasangan adalah kerana empat perkara iaitu harta, kedudukan, rupa dan agama.
 
Jika dipilih agama, mereka beruntung kerana orang yang memahami agama akan melaksanakan tuntutan agama dan semua 3 perkara berbaki.
 
Agama menuntut supaya suami menjadi penyejuk hati, pelindung, pembimbing dunia dan agama serta pencari nafkah keluarga.
 
Kebanyakan lelaki kurang prihatin dan kurang romantis kerana pemikiran mereka lebih kepada rasional berbanding wanita yang lebih bersifat emosional.
 
Lebih kurang camtu la feedback yang diberi. Bagi Pak ABU ape yg dijawab tu semuanya tepat sekali. YA! agama tu yang UTAMA.
 
* Nota cari jodoh: Lakukanlah solat istikharah untuk dapatkan panduan dalam mencari teman sejati.
 

Kecik-kecik Dah Pandai Bawak Kereta Sport


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Zaman sekarang tak ade ape yang mustahil. Kelmarin, polis Hong Kong menahan seorang budak lelaki Amerika Syarikat berusia 10 tahun kerana memandu kereta sport Maserati.


Ikut laporan, budak kecik tu ambil kunci kereta, hidupkan enjin dan drive kereta Maserati milik bapak dia untuk bersiar-siar.

Sekadar Gambar Hiasan

Lebih teruk lagi budak kecik tu melanggar sebuah kenderaan lain tetapi terus memandu tanpa mempedulikannya. Polis tiba apabila orang awam yang lalu lalang menghubungi mereka.

* Nota Maserati: Bila r Pak ABU nak dapat Maserati sebijik?