Tuesday, March 10, 2009

:-: K.A.W.A.N vs L.A.W.A.N :+:


Ada orang

Nampak macam KAWAN

Ikhlas hanya di depan

Kat belakang...dia tikam KAWAN


Ada orang

Nampak macam TEMAN

Tidur sebantal, makan sepinggan

Tapi dialah gunting dalam lipatan


Ada orang

Nampak macam RAKAN

Gelak ketawa gembira sakan

Dalam diam dia sapu hak KAWAN


KAWAN...

Apa yang korang layan?

Sikit punya hal dah nak berlawan


TEMAN...

Kenapa jadi begini?

Dulu elok-elok berKAWAN

Sekarang mula berlawan

Bila kesunyian baru tercari-cari


RAKAN...

Hindarkan fikiran sempit ini

Tujulah ke arah insani

Semoga kita bertemu kembali

Meskipun bukan di daerah sendiri

No comments: