Monday, April 20, 2009

10 RAHSIA AWET MUDA


  1. Senaman untuk kesihatan jasmani dan rohani (tidak ada kena mengena dengan Encik Jasmani mahupun Puan Rohani ye) sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari.
  2. Berpuasa (bukan sahaja di bulan ramadhan ye) bagus untuk penghasilan hormon yang boleh merencatkan proses penuaan.
  3. Berfikiran positif.
  4. Melakukan sesuatu yang produktif serta kreatif.
  5. Makan banyak tumbuh-tumbuhan, daun-daun dan pucuk-pucuk ulam untuk mengurangkan gula dalam darah (tidak pula disarankan menjadi vege, kambing mahupun lembu ye).
  6. Mandi air embun di waktu subuh antara yang terbaik untuk menyegarkan dan menegangkan kulit.
  7. Daun sirih dapat menghilangkan gatal-gatal (kalau gatal aka lelaki miang rasanya daun ni tak mampu mengatasinya), kurap (diingatkan sekali lagi ye..hanya untuk manusia sahaja..tidak digalakkan untuk digunakan ke atas kucing kurap), kanser dan sebagainya (dan yang pastinya jangan rembat mahupun tibai yang nenek or tokwan kita punya ya...nanti tak pasal2 kena ketuk dengan tongkat mereka).
  8. Tidur (hmm...masalahnya student2 zaman sekarang kalau dapat tidur confirm sampai 24jam...bahaya ni).
  9. Makan cili padi atau cili api baik untuk memecahkan lemak dan menurunkan tekanan darah (kalau tekanan darah makin meningkat disebabkan oleh mulut2 manusia yang pedas macam cili tu camne pulak ek?).
  10. Semakin usia meningkat, hendaklah semakin banyak dan kerap mengambil vitamin dan pemakanan tambahan untuk menjaga keseimbangan badan (oleh itu ingatlah kawan-kawan..umur kita ni dah meningkat tua..tapi masalahnya dah tua pon bajet umur muda lagi..camne ek? *alamak...mati la aku kena hentam...).

2 comments:

Hananeechan said...

kenapa aku rasa yg aku buat, part tidur tu je? hahahahha

A.B.U said...

ko mmg..
tidur je tau...
haish...