Thursday, April 2, 2009

INDIE...INDIE...INDIE...

Budaya Indie



Indie, merupakan ringkasan kepada (bahasa Inggeris independent) bebas, merupakan berkenaan trend yang dilihat dalam muzik, filem dan budaya kecil yang berkembang pada akhir kurun ke-20.


Takrifan yang lebih umum perkataan tersebut adalah untuk lebih bebas dari aliran utama. Perkataan ini semakin dikaitkan dengan budaya kecil yang ditakrifkan melalui kaitannya dengan muzik, fesyen, tabiat, dan kepercayaan. Budaya Indie merupakan satu cara hidup yang menurut gaya masyarakat yang dianggap secara sedar melencong dari aliran utama. Satu kepercayaan yang sekata dalam budaya indie adalah anti-menurut. Pengaruh utama bagi budaya indie terhasil dari medan muzik indie, yang dikaitkan dengan budaya DIY pada seni. Ramai pengikut budaya indie dikaitkan dengan senario medan muzik dan seni bebas tempatan.


Semenjak kemunculannya pada awal 1980-an, semakin ramai remaja telah tertarik dengan kepercayaan dan gaya budaya indie. Sebagaimana budaya kecil sebelumnya, budaya indie telah menjadi sebahagian budaya remaja aliran utama, dalam sesetengah cara mencapai status pengikut yang pada awalnya ditolak. Pada 2000-an, budaya indie telah bercampur (crossovers) dengan budaya kecil lain, termasuk budaya alternatif, punk, Hipster, sekolah seni, hippie, grungers, dan gaya hidup Mod.


Muzik Indie


Muzik indie (perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas. Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan.


"Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar. Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama" Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).


Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.


Muzik Indie mentakrifkan dirinya sebagai diperlukan bagi melawan syarikat besar, mula bangkit semenjak era punk Hardcore (teras) apabila kumpulan seperti Minor Threat, Black Flag dan Bad Brains kesemua mentakrifkan diri mereka sebagai semangat bebas, membebaskan kesemua video mereka pada syarikat rakaman kecil, menempah persembahan mereka sendiri dan mencipta sikap Buat Sendiri (DIY) bagi muzik punk. Di Amerika kumpulan Bebas awal kemudiannya dilabel sebagai kumpulan rock 'Alternative' atau 'College'.


Rock Indie


Rock Indie adalah salah satu genre rock alternatif yang mana wujud di dalam dunia muzik indie bawah tanah. Perkataan indie adalah singkatan bagi indipendent, jadi "rock indie" boleh bermaksud "rock merdeka" atau "rock bebas" memandangkan kebanyakan artis-artisnya lebih senang duduk di bawah label-label rakaman bebas berbanding label-label besar. Rock indie merupakan sebahagian dari budaya Indie yang turut merangkumi kelompok lain dalam dunia hiburan.


Rock Indie meletakkan dirinya sebagai genre muzik pada 1980-an apabila kumpulan seperti Pixies dan Sonic Youth, yang tidak pernah mencapai kejayaan besar dalam aliran utama, mencapai tahap kepujian kritikal (critical acclaim) dan pengikut kultus dikalangan kumpulan peminat bagi alternatif atau muzik yang tidak bersama label utama.

No comments: