Saturday, May 9, 2009

Under Construction


BLOG PAK ABU INI AKAN BERCUTI SELAMA BEBERAPA BULAN UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA CUTI PENGHABISAN STOK.
JUMPA LAGI DI LAIN MASA.

TUNGGUUUUUUUUUU.......

Thursday, May 7, 2009

HANDPHONE2 YANG PERNAH PAK ABU PAKAI DARI DULU SAMPAI SEKARANG

  • 1999 - Ericsson T10 (Bangga beb dapat pakai handphone time ni)
















  • 2000 - Nokia 3210 (Hadiah daripada bapak aku..bangga sebab 1st handphone tak ada antenna)
















  • 2001 - Nokia 3310 (Handphone ni lagi cool dari N3210 sebab boleh letak nama kita on display screen...cam kelakar je..ahaks..)














  • 2002 - Nokia 3530 (Bangga pakai handphone ni sebab handphone 1st colour screen & polyphonic..tapi sayang..melayang sebab kena tipu dengan stranger time kerja di hotel dulu..haish)
















  • 2003 - Nokia 3100 (Handphone ni tajaan dari abang aku sebab kes kesian tak ada handphone time tu..sedih..huhu..)
















  • 2004 - Nokia N-Gage QD (Ni handphone pertukaran dengan abang aku gak..tukar dengan handphone yang kat atas ni...)












  • 2005 - Nokia 1110 (Tambah handphone nih sebab pakai 2 nombor time tu..)















  • 2006 - Nokia N-Gage (Handphone ni aku beli time aku 1st year kat UM..)












  • 2007 - Nokia 5300 (Handphone hadiah pemberian kakak aku untuk birthday aku yang ke 21..tapi kena curi time aku tidur..silakak punya pencuri..SIAL!!!)















  • 2008-2009 - O2 XDA ATOM (Currently i'm using this PDA) & Nokia 1110i (My bro bagi pinjam coz my O2 dah gila!)













Selamat Jalan



Baru sebentar tadi kita saling berbalas senyum

Mengapa harus kini kita berpaling?

Dengar sini sayangku..aku bukannya angkuh

Cuma buntu..kesejukan..ditinggalkanmu



Mungkin kau tak mengerti

Apa yang ku cuba sampaikan

Namun aku memahami jelas kehendakmu

Dan apa lagi yg mampu ku lakukan

Selain menelan pahitnya dan akur?



Selamat jalan..semoga cerah masa hadapan

Jagalah diri..kau pasti bahagia tanpa ku disisi

Hanya satu yang ku harapkan..moga kau takkan lupakan

Masa-masa silam kita..di mana kita pernah senyum bersama



Maafkan..ku tak bermaksud menghantar mu jauh

Kukesali..lukamu tidak bisa lagi diubati

Namun ku tetap sayangkan mu

Dan tiada yang bisa mengubah



Ku kesali..waktu ini tidak sempat lagi

Ku terlambat..namun kau sentiasa hampir di ingatan



Selamat jalan..jagalah diri

Jangan kau lupakan..yg pada suatu masa dahulu

Kita pernah bahagia bersama


*TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERNA MEWARNA-WARNIKAN KEHIDUPAN PAK ABU SEPANJANG 3 TAHUN DI UNIVERSITI MALAYA INI.
*SELAMAT JALAN UNTUK MY LUVLY BRO AYIE YANG KINI (07/05/09 - 12PM) SEDANG MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN TERCINTANYA [SEMOGA SAMPAI DENGAN SELAMAT..ABGMU INI RISAU DARI TADI], SHATOOMAN YANG TENGAH NAIK BAS, N ZAI YANG SEDANG MENUNGGU FLIGHT BERLEPAS.

Kaki Sihat, Perlu Dibelai



SENAMAN KAKI


  • Duduk dengan selesa pada kerusi dengan meletakkan kaki ke lantai.
  • Letakkan tumit kaki atas lantai dengan jari kedua-dua belah kaki diluruskan ke atas dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kiraan.
  • Tumit masih dilantai kemudian angkat tapak kaki ke atas kemudian turunkan. Lakukan gerakan sama pada tumit kaki dalam kiraan 10.
  • Letakkan tumit kaki di atas lantai dengan bahagian depan kaki diangkat ke atas dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Jari-jari kaki diletakkan di lantai manakala tumit diangkat dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kiraan dan ulang langkah ini pada kaki sebelah.
  • Letakkan sehelai kertas surat khabar di lantai. Renyukkan kertas itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian, bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan kedua-dua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja.


TIP PENJAGAAN KAKI


  • Berehat – Sakit kaki berpunca dari penggunaan otot kaki secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, anda perlu berehat seketika untuk mengelak tekanan pada otot. Lakukan senaman dengan mengangkat kaki ke paras 45 darjah selama 10 minit.
  • Merendam Kaki – Masukkan 2 sudu kecil garam ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit kemudian keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim.
  • Menggunakan Ais – Satu cara untuk mengelakkan kaki dari terus berasa sakit dan membengkak ialalh dengan menggunakan ketulan air batu. Bungkus ketulan itu dengan kain kemudian ditekapkan pada kaki.
  • Mengurut – Berurut dapat melegakan kesakitan. Gunakan minyak urut, minyak bayi atau losyen khusus untuk mengurut kaki.
  • Potong Kuku Kaki – Kuku yang terlalu panjang boleh menyakitkan kaki. Oleh itu, potong kuku dengan sempurna.
  • Kawal Berat Badan – Badan yang terlalu gemuk akan menyebabkan kaki tidak mampu untuk menampung berat badan yang tidak seimbang. Justeru, amalkan diet yang seimbang untuk kesan pemulihan jangka panjang.
  • Pakai Kasut yang Sesuai – Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada kaki. Contoh ialah apabila hendak bersukan dan bersenam, pastikan kasut digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti.
  • Elakkan Memakai Kasut Koyak – Pemakaian kasut koyak akan menyebabakan kaki berasa sakit, kaki cepat letih kerana lutut kelihatan bengkak dan kesakitan pada pangkal peha.

Tips Penjimatan Minyak

Rancang Perjalanan


Rancang perjalanan anda, tidak kira untuk perjalanan jauh, ke tempat kerja mahupun sekadar bersiar-siar di sekitar kediaman. Bagi perjalanan jauh, pastikan keluar lebih awal, anggarkan penggunaan minyak dan jarak agar tidak perlu terburu-buru yang menyebabkan anda perlu menekan pedal minyak lebih daripada yang sepatutnya. Untuk perjalanan dekat juga perlu keluar awal agar tidak tersangkut di dalam kesesakan yang boleh menyebabkan pergerakan menjadi perlahan dan membazir minyak semata-mata untuk beratur panjang.


Guna Kenderaan Kecil


Sudah banyak pilihan kenderaan kecil di pasaran kini sama ada buatan tempatan mahupun luar negara. Penggunaan kenderaan kecil secara logiknya akan menjimatkan penggunaan minyak. Namun, perlu diingatkan kenderaan perlu diservis mengikut jadual bagi memaksimumkan penjimatan.


Kurangkan Muatan


Jangan bawa muatan berlebihan pada kenderaan anda sama ada penumpang mahupun barangan lain. Sebagai contoh, jika kenderaan tersebut boleh memuatkan 5 orang penumpang, bawa hanya empat orang sahaja bagi mengimbangi kuasa enjin kenderaan. Keluarkan aksesori yang memberatkan kenderaan seperti kotak speaker atau apa-apa pun barang lain yang boleh memberatkan kenderaan.


Tayar dan Suspensi


Pastikan tekanan angin tayar sesuai mengikut spesifikasi dan suspensi berada dalam keadaan baik kerana kekurangan tekanan angin dan suspensi yang rosak akan menyebabkan kenderaan membuai serta menyebabkan kuasa enjin berlebihan diperlukan, ia sudah pasti membazir minyak.


Pemanduan


Jangan pandu kenderaan secara lasak atau terburu-buru. Elakkan menekan pedal minyak terus ke lantai kenderaan. Kurangkan brek mengejut dan jangan amalkan menukar gear pada RPM yang tidak betul.


Penjimat Minyak


Cuba alternatif lain bagi menjimatkan penggunaan minyak seperti memasang alat penjimat minyak.


NGV/Gas Asli


Dengan harga gas NGV hanya pada RM0.68 seliter, ia adalah alternatif yang sangat berbaloi untuk menjadi pilihan. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang atau Kuala Lumpur, terdapat lebih 80 stesen minyak yang membekalkan gas NGV serta berpuluh pusat pemasangan dan servis kenderaan dengan kos RM3,000-RM6,000.


Tuesday, May 5, 2009

PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT (TAK DIGALAKKAN KEPADA STUDENTS YANG BERADA DI ASRAMA)

Panduan untuk menikmati pelbagai jenis makanan

  • Makan berpandukan Piramid Makanan Malaysia (diulang > PIRAMID MAKANAN ye..bukan piramid di negeri Mesir tu).
  • Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
  • Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari (tidak disarankan kepada penghuni kolej kediaman kerana mereka telah ditetapkan menu makanannya).
  • Cuba makanan yang anda tidak biasa makan (jangan sekali-kali cuba untuk makan paku, besi, kayu dan sebagainya).

Panduan untuk menikmati lebih buah dan sayur

  • Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan (pandai-pandai lah macam mana korang nak sukat sayur pakai cawan tu ye...boleh ke sukat?tibai je la labu).
  • Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu makan.
  • Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
  • Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur.
  • Jadikan buah sebagai snek (bukan SNAKE ye).
  • Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.

Panduan untuk mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak

  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak (aik...nasi lemak tu bukan ke berwarna putih?haish...pelik..pelik...).
  • Pilih makanan yang dipanggang, dibakar, dikukus atau direbus berbanding makanan bergoreng (contoh nasi ye tuan-tuan dan puan-puan...makanlah nasi panggang, nasi bakar, nasi kukus atau nasi rebus sahaja).
  • Kurangkan mengambil kuah yang berlemak. Asingkan lebihan minyak dari kuah (cadangan guna kertas turas, oil filter, atau tisu leh tak agak-agaknya?).
  • Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru, otak, perut etc.) dan kuning telur.
  • Makan daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit.
  • Utamakan makanan tanpa santan.
  • Kurangkan sapuan mentega atau marjerin pada roti/biskut/jagung.
  • Minta dikurangkan mentega/marjerin pada hidangan apabila membuat pesanan (kalau minta order kat warung, gunalah ayat ni : "bang..saya nak nasi putih kurang mentega 1, ayam goreng kurang mentega 3 ketul dan air suam tanpa marjerin 1". Rasa-rasanya korang bakal kena halau tak?haha...).

Panduan untuk menikmati birijin penuh, legum, kekacang dan biji-bijian

  • Makan sarapan berasaskan bijirin penuh seperti oat, jagung, dan capati (aduyai...sarapan selalu mis la...TIDO...huhu..).
  • Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
  • Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
  • Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panjang beberapa kali seminggu.
  • Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu.

Monday, May 4, 2009

Sayang or Melayang?


Seseorang tak akan mudah menangis kalau bukan kerana sayang.
Kalau hanya kawan biasa cakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, selalunya kita anggap itu gurauan tapi cuba kalau orang yang kita sayang katakan ayat yang sama/perkataan yang sama,
pasti kita dah merajuk fikir yang bukan-bukan,
Air mata itu bukan mewakili benci tapi juga sayang.
Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut.
Kalau kamu benar-benar sayangkan sape2....
FIKIR-FIKIRKANLAH!!




*nukilan anoor...TERIMA KASIH ANOOR

Sunday, May 3, 2009

Runaway Song

Wanna runaway with you...
Wanna runaway with you...

Oh.. I wish that we could touch the sky
Oh.. I wish that we could never die
We can use our brush to paint the sky with our favorite colours
Oh.. I wish the we could touch the sky

Wanna runaway with you...
Wanna runaway with you...

Hold our hand and choose our favorite meal
What looks bad it's not such a big deal
Walk along the city streets and talk about all crazy things
Trying to make all our dream come true

Wanna runaway with you...
Wanna runaway with you...

Oh.. in this tiny place
All I can do is sing
Where all the pretty skies I dream about?...

Wanna runaway with you...
Wanna runaway with you...

Saturday, May 2, 2009

PRICELESS...



Orang kata aku lahir dari perut mak..


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....









Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, May 1, 2009

APAKAH...ADAKAH..?

Dear Sir/Madam,


CONDITIONAL OFFER OF ADMISSION FOR MASTER OF MALAY STUDIES BY COURSEWORK AND RESEARCH, SEMESTER 1, 2009/2010 ACADEMIC SESSION


Name : MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMED IDRIS
New IC / Passport Number : 8*0515**5*7* (dirahsiakan atas sebab2 tertentu)
Faculty : ACADEMY OF MALAY STUDIES

We are pleased to inform you that you are given a conditional offer of admission to the above programme with the condition that you obtain a Bachelor's degree with CGPA not less than 3.00.

Please submit the required document as soon as possible.

The official offer letter will only be issued to you upon receipt of the relevant documents.


Admissions Section
Institute of Graduate Studies
University of Malaya
Tel:+603-7967 4517/4528/4659/4623
Fax:+603-7956 6634