Thursday, May 7, 2009

Kaki Sihat, Perlu Dibelai



SENAMAN KAKI


  • Duduk dengan selesa pada kerusi dengan meletakkan kaki ke lantai.
  • Letakkan tumit kaki atas lantai dengan jari kedua-dua belah kaki diluruskan ke atas dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kiraan.
  • Tumit masih dilantai kemudian angkat tapak kaki ke atas kemudian turunkan. Lakukan gerakan sama pada tumit kaki dalam kiraan 10.
  • Letakkan tumit kaki di atas lantai dengan bahagian depan kaki diangkat ke atas dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Jari-jari kaki diletakkan di lantai manakala tumit diangkat dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut dan buat putaran bulat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10 kiraan.
  • Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10 kiraan dan ulang langkah ini pada kaki sebelah.
  • Letakkan sehelai kertas surat khabar di lantai. Renyukkan kertas itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian, bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan kedua-dua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja.


TIP PENJAGAAN KAKI


  • Berehat – Sakit kaki berpunca dari penggunaan otot kaki secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, anda perlu berehat seketika untuk mengelak tekanan pada otot. Lakukan senaman dengan mengangkat kaki ke paras 45 darjah selama 10 minit.
  • Merendam Kaki – Masukkan 2 sudu kecil garam ke dalam baldi berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit kemudian keringkan kaki dengan tuala lembut dan sapukan krim.
  • Menggunakan Ais – Satu cara untuk mengelakkan kaki dari terus berasa sakit dan membengkak ialalh dengan menggunakan ketulan air batu. Bungkus ketulan itu dengan kain kemudian ditekapkan pada kaki.
  • Mengurut – Berurut dapat melegakan kesakitan. Gunakan minyak urut, minyak bayi atau losyen khusus untuk mengurut kaki.
  • Potong Kuku Kaki – Kuku yang terlalu panjang boleh menyakitkan kaki. Oleh itu, potong kuku dengan sempurna.
  • Kawal Berat Badan – Badan yang terlalu gemuk akan menyebabkan kaki tidak mampu untuk menampung berat badan yang tidak seimbang. Justeru, amalkan diet yang seimbang untuk kesan pemulihan jangka panjang.
  • Pakai Kasut yang Sesuai – Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan pada kaki. Contoh ialah apabila hendak bersukan dan bersenam, pastikan kasut digunakan adalah bersesuaian dengan aktiviti.
  • Elakkan Memakai Kasut Koyak – Pemakaian kasut koyak akan menyebabakan kaki berasa sakit, kaki cepat letih kerana lutut kelihatan bengkak dan kesakitan pada pangkal peha.

No comments: