Tuesday, May 5, 2009

PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT (TAK DIGALAKKAN KEPADA STUDENTS YANG BERADA DI ASRAMA)

Panduan untuk menikmati pelbagai jenis makanan

  • Makan berpandukan Piramid Makanan Malaysia (diulang > PIRAMID MAKANAN ye..bukan piramid di negeri Mesir tu).
  • Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
  • Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari (tidak disarankan kepada penghuni kolej kediaman kerana mereka telah ditetapkan menu makanannya).
  • Cuba makanan yang anda tidak biasa makan (jangan sekali-kali cuba untuk makan paku, besi, kayu dan sebagainya).

Panduan untuk menikmati lebih buah dan sayur

  • Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan (pandai-pandai lah macam mana korang nak sukat sayur pakai cawan tu ye...boleh ke sukat?tibai je la labu).
  • Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu makan.
  • Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
  • Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur.
  • Jadikan buah sebagai snek (bukan SNAKE ye).
  • Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.

Panduan untuk mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak

  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak (aik...nasi lemak tu bukan ke berwarna putih?haish...pelik..pelik...).
  • Pilih makanan yang dipanggang, dibakar, dikukus atau direbus berbanding makanan bergoreng (contoh nasi ye tuan-tuan dan puan-puan...makanlah nasi panggang, nasi bakar, nasi kukus atau nasi rebus sahaja).
  • Kurangkan mengambil kuah yang berlemak. Asingkan lebihan minyak dari kuah (cadangan guna kertas turas, oil filter, atau tisu leh tak agak-agaknya?).
  • Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru, otak, perut etc.) dan kuning telur.
  • Makan daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit.
  • Utamakan makanan tanpa santan.
  • Kurangkan sapuan mentega atau marjerin pada roti/biskut/jagung.
  • Minta dikurangkan mentega/marjerin pada hidangan apabila membuat pesanan (kalau minta order kat warung, gunalah ayat ni : "bang..saya nak nasi putih kurang mentega 1, ayam goreng kurang mentega 3 ketul dan air suam tanpa marjerin 1". Rasa-rasanya korang bakal kena halau tak?haha...).

Panduan untuk menikmati birijin penuh, legum, kekacang dan biji-bijian

  • Makan sarapan berasaskan bijirin penuh seperti oat, jagung, dan capati (aduyai...sarapan selalu mis la...TIDO...huhu..).
  • Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
  • Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
  • Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panjang beberapa kali seminggu.
  • Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu.

2 comments:

Mr Bai said...

Tukar kaler la sengal..pyh nk bace..aku lempang jgk ko ni..

A.B.U said...

ahh...pandai2 la nk idup...
kawan2 ak len leh je baca dgn slamat..
ko je mata sparrow..
huh!