Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day


Di kesempatan ini, Pak ABU pun nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa yang ada di seluruh pelusuk negara. Walaupun Pak ABU kurang dapat kasih sayang dari beliau, tapi Pak ABU tetap menerimanya sebagai dugaan dari Allah s.w.t. Hakikatnya, beliau tetap bapa Pak ABU. Mungkin semasa Pak ABU mooda-moody dulu Pak ABU marah, tapi bila umur dah meningkat dewasa, Pak ABU menerima qada' dan qadar itu. Pak ABU pun nak wish Selamat Hari Bapa kepada ibu Pak ABU kerana membesarkan Pak ABU dengan kasih sayang sepenuhnya. Beliaulah yang menjadi bapa untuk kami sekeluarga semasa ketiadaan bapa. Tanggungjawabnya bukan sahaja sebagai seorang ibu, tapi juga sebagai seorang bapa. Betapa berat tanggungjawab dan besarnya pahala ibuku itu. Terima kasih di atas segala perit jerih mereka membesarkan kita sehingga kita menjadi seperti hari ini. Sesungguhnya jasamu itu tidak mampu untuk Pak ABU sebagai anak membalasnya..

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

No comments: