Monday, June 22, 2009

Pulau Perhentian : Jauh Perjalanan, Luas Permandangan..




SERONOK..

PENAT..

PUAS..

Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh Pak ABU ketika ini. Mana tak nya, perjalanan pergi dan balik sahaja mengambil masa lebih 12 jam. Naik kematu gak la buntut Pak ABU ni. Rokok tak payah cerita la. Entah berapa bungkus Pak ABU telan. Asal ada je berhenti, mesti rokok yang dituju dulu.

Kitorang stay kat Coral View Resort selama 3 hari 2 malam. Mula-mula sampai tu, sudah menimbulkan 1 perasaan kurang enak di mana resort tersebut tidak mempunyai mini jeti. Apalagi, basah la kasut Pak ABU tatkala nak turun dari bot. Haish...susah ini macam woo..

Keesokan harinya, bermula la episod di mana kitorang akan menelan air laut yang masin iaitu aktiviti snorkling sampai lebam. Start 9 am habis pukul 4 pm. Time ni, macam-macam ragam bebudak ni kita boleh tengok. Ada yang muntah sebab terhidu asap bot (namanya terpaksa dirahsiakan), ada yang berenang tapi masih jugak tempat yang sama dan macam-macam lagi la kerenah depa ni. Kalau menjerit tu, tak payah cerita la. Ye la, pertama kali kot snorkling. Tapi yang paling ketara ialah ramai gila antara depa ni jadi "kuda laut". Nak tau kenapa Pak ABU gelarkan mereka "kuda laut"? Sebabnya, depa bukan snorkling, tapi kedudukan macam kuda laut (kaki asyik ke bawah kepala di atas). Alasan depa takut tengok dasar laut yang dalam. Memang kelakar. Disebabkan ragam-ragam mereka itu, sedikit sebanyak menghiburkan hati Pak ABU. Terima kasih semua.

Bagi penilaian peribadi Pak ABU yang suka pergi mengembara ni, Pulau Perhentian tidaklah begitu menarik kalau nak dibandingkan dengan Pulau Redang (Pak ABU pergi tahun lepas). Pertama sekali tempat penginapan yang mana terlalu ramai pengunjung. Pak ABU kurang minat sangat sebenarnya pergi bercuti tempat-tempat pack ni. Ye la kan..sudah nama pun pulau adalah tempat mencari kedamaian. Tapi bab makanan, Pak ABU boleh bagi 5 bintang la kat Coral View Resort. Memang best..



Keduanya pulak, dari segi aktiviti snorkling. Bagi Pak ABU, coral-coral kat sini kurang menarik. Ikan-ikan pun tak banyak. Mungkin disebabkan oleh pemanasan global yang berlaku kot. Apapun hati Pak ABU seronok dapat bercuti di Pulau Perhentian. Kalau nak bagi rate, Pak ABU bagi 4.5 bintang. Ok la tu kan..

Time balik tu, kitorang sempat lagi merayap kat Pasir Puteh, Kelantan. Untuk pengetahuan semua, Pak ABU dah pernah pergi Pasir Puteh sekali time 1st year dulu. Tapi Pak ABU tak tau pun apa nama pasar yang kami pergi tu. Haha.. Setibanya kat sini, Pak ABU terus mesej adik Pak ABU. Dia stay kat sini tapi tengah praktikal di Kota Bharu. Mungkin dia terkejut or maybe terkilan kot sebab Pak ABU ada kat situ tapi lambat bagitau dia. Sorry ye Yie..Kawe tak rancang pun nak ke situ. Kalu kawe tau, kawe mesej doh ke demo. Silap-silap, kawe terus stay je kat rumoh demo. Kawe janji Yie. 1 hari nanti kawe akan ke rumoh demo gok.

Ok back to d story.. Barangan kat Pasir Puteh memang Pak ABU sudah tau murah-murah. Sampaikan geng-geng International Students pun tak percaya harga-harga barang kat sini. Depa siap shopping lagi. Haish..pening kepala melayan depa. Pastu kitorang naik bas dan sambung perjalanan balik. Dalam pukul 10.30 pm gak la baru sampai kat kolej. Bayangkan seawal jam 9am kitorang bertolak naik bot, pastu bas gerak pukul 11.30am..sampai lak pukul 10.30pm. Memang penat..So pe lagi..lanyak tidur la...haha..

Kesimpulannya, Pak ABU berasa sangat seronok dan memori kat Pulau Perhentian takkan Pak ABU lupakan (kan best kalau adik aku pun join..hmm...). Di kesempatan ini juga Pak ABU nak ucapkan jutaan terima kasih la kepada Dr Zul-q, Epul dan Eileen (kalau la ada Pn Rozita, Abg Syak, Mr Liew, Dalbir..) sebab menjemput Pak ABU untuk bersama-sama join mereka dan PM-PM semua. Budi korang semua memang tak mampu Pak ABU membalasnya. Pak ABU pun tak tahu macam mana nak membalas budi mereka-mereka ni semua. TQ semua..



No comments: