Tuesday, July 7, 2009

BIROKRASI ATAU LEMBAB???

*harap maaf...entry ini berbaur kebengangan tahap cipan...



Seperti pembaca sedia maklum..Pak ABU sekarang sedang mengikuti program sarjana pula...almaklumlah kalau sarjana ni, yurannya mestilah mahal sikit..jadi Pak ABU dahulukan duit Pak ABU untuk bayar yuran pendaftaran dan pengajian untuk 1 sem. Pak ABU fikir tidak salah jika keluarkan duit dulu sebab Pak ABU gak sudah mohon pembiayaan pakej ransangan ekonomi kedua tu. So harap boleh la cover balik.

Tapi malangnya, ada seorang kawan Pak ABU gtau Pak ABU bahawa permohonan beliau sudah berjaya sedangkan Pak ABU hanya lewat 3 hari je berbanding rakan Pak ABU itu. Hal ini telah membuatkan Pak ABU confuse. So Pak ABU hantar la e-mail kat address yang tertera dalam wabsite KPT tu. Namun, sehingga sekarang, tiada maklum balas dari pihak mereka. Pak ABU pun terfikir...apakah benar kata-kata Cik Funna (rakan Pak ABU dan juga blogger) yang menyatakan bahawa penjawat awam ataupun lebih jelas lagi kakitangan kerajaan tidak menggunakan internet??? Sedihnya... Melihat kepada keadaan itu, Pak ABU nekad telefon bahagian biasiswa di KPT. Tapi malangnya, dalam banyak kali Pak ABU call mereka, sekali je depa sahut. Itupun main pas-pas kat pegawai itu ini. Pak ABU dah mula panas..Kalau Pak ABU tak layak sekalipun, apa la salahnya jika mereka maklumkan dalam sistem.. Timbul 1 lagi persoalan dalam minda Pak ABU..
APAKAH IANYA DISEBABKAN KERENAH BIROKRASI ATAU PENGURUSAN YANG LEMBAB???

6 comments:

eyena said...

sabar pak abu sabar..

mungkin pak ali yang tak puas hati kat pak abu yg sabotaj pak abu kot..err maksud aku pak alien..ngeee

jangan bengang2 nanti nampak tua..ngee

A.B.U said...

mana x bengang...member ak dh dpt dh..padahal beza 3 ari je pos documents tu...td kol n depa gtau dh dpt pmohonan tu tp x update dlm sistem lg..pastu ckp kasar gile..hampeh tul

eyena said...

hee biasa laa tu depa tak kenal pak Abu sapa.. kalau depa kenal kompom depa dah ketaq dah.. ngeeh ngeeh

A.B.U said...

tau pon..hehe..
(padahal td pon ak maki2 depa..haha..)

aisamuddinMH said...

bro.sistem n protokol wujud ada sebab.jgn disalahkan bnda yg perlu wujud.

lgpn, kenapa hantar lewat 3 hari?

A.B.U said...

aisamuddinMH: jgn salah paham..permohonan tu xde tarikh luput..kawan aku hantar permohonan 3 hari sebelum aku hantar..bukan aku hantar lewat 3 hari sebelum tarikh tutup..maknanya dia hantar dulu dari aku...ada paham?