Saturday, July 18, 2009

Habis Madu Sepah Dibuang

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


Hari pertama kuliah Kaedah Penyelidikan Kualitatif untuk pelajar sarjana yang diberikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pada hari ini (17 Julai 2009), telah menyebabkan jari Pak ABU tertarik untuk menekan punat-punat pada papan kekunci (seperti yang disarankan oleh beliau pada kelas tersebut) untuk mengemaskini blog Pak ABU hari ini. Ketokohan yang dimiliki olehnya menyebabkan Pak ABU "tabik spring" dengan beliau (sorry Prof..guna ayat slanga). Jujurnya, Pak ABU seronok dan mudah menerima ilmu darinya walaupun kuliah yang dijalankan melebihi 3 jam.

Dibawah ini sedikit sebanyak profil Prof. yang Pak ABU cut and paste dari http://www.k-publishing.com.my/nik_safiah.htm

Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim
merupakan bekas professor Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan ahli bahasa yang terkemuka di negara kita.


Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons.) dan Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dari Universiti Malaya dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D.) dari Ohio University USA ini, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah selama setahun di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya sepanjang kerjayanya.


Selain itu, beliau juga berkhidmat dalam pelbagai badan dan majlis, antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, dan memegang jawatan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia selama 18 tahun.

Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan buku, kertas kerja, dan makalah dalam bidang bahasa dan pengajian wanita. Antara bukunya yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (dengan tiga orang penulis lain), Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I), Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid 2), Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, dan Malay Grammar for Academics and Professionals. Kini, beliau muncul semula dengan buku baru yang lengkap sebagai sebuah rujukan umum iaitu ‘Liku-liku Bahasa’.

***************************************************

Dalam kuliah terbabit, Prof. ada menyatakan keindahan bahasa yang terdapat pada pantun (seperti yang tertera di atas). Hal ini sekaligus menunjukkan tahap ilmu masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi memang sudah tinggi. Namun dalam kes ini, ianya diungkapkan dalam bentuk pantun dan terdapat makna yang tersirat dalam pantun tersebut. Jadi, di sini Pak ABU nak minta kepada pembaca-pembaca sekalian supaya menganalisis bait-bait pantun tersebut. Kalau sudi silalah analisisnya di bahagian komen Pak ABU ya. Pak ABU sangat hargai segala kerjasama anda. Terima kasih...

3 comments:

aMeeRa ShaN CHai GuRLs said...

pe yg kite fham ngn pantun nie kn secara kseluruhanye la kn.. kite sdah ad pe yg kite mahu ttapi bile kte dpat bnda yg sama tapi baru n lbih b'harga, maka benda yg lame kite akn lupakn n x da gunaye.. terbiar sepi.. erm lau tgk pd rangkapye t'utamaye 2 rangkap 1st n 2nd tue mberi gmbaran ttg buah n binatang.. lau musim buah sdah tentu ar org akn mnikmati saat manis buah itu.. lau yg 2nd lak, tanduk n gading, of course amik gading kn besar nilai ye tue.. huhuhu.. tue pe yg kite nmpk ar..

memoribilia said...

ni mbuatkn btmabah smangat untuk mengikut jejak langkah Pak Abu gak....Nik Safiah merupakan tokoh yang besar dalma bidang bahasa...manfaatkan sgala ilmu yg diperolehi daripada beliau & jgn lupe dgn org kat cni

A.B.U said...

ameera: huraian yg baek..itu mgkn tafsiran ameera..btw tq..

my adik: abg demo ni x pnh lupekn org kat sini tu..pikir2kan la