Friday, August 21, 2009

Coretan Di Istiadat Konvokesyen UM : Antara Suka dan Duka (Episode 1)



TATKALA NAMA DISEBUT,
HATI MENJADI GUNDAH,
PERASAAN SEDIH BERCAMPUR GEMBIRA...



SAAT BERTENTANGAN MATA,
INGIN SAJA AKU MENANGIS,
NAMUN, TANGAN KUHULURKAN JUA,
KAKU SELURUH JIWA RAGAKU.


PABILA KAKI MELANGKAH PERGI,
KERIANGAN MUNCUL KEMBALI,
TIADA LAGI GEMURUH DIHATI,
HANYA TINGGAL KENANGAN DISANUBARI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEBERADANYA DI LUAR,
HANYA SATU YANG DINANTI,
APAKAH MUNCUL JALUR SINAR,
DI SEBALIK CELAHAN DAUN JATI?




TERNYATA BENAR KATA PEPATAH,
PENANTIAN ITU SUATU PENYEKSAAN,
SINAR TIDAK KUTEMUI,
KEGELAPAN YANG MENYELUBUNGI.

NAMUN, MASIH KUINGAT DI DALAM HATI,
PRINSIP HIDUP TERSEMAT SEHINGGA MATI,
HIDUP INI PERLU DITERUSI,
WALAU BADAI MEMBINASAKAN DIRI.

TATKALA KAKI MELANGKAH LAYU,
ADA JUGA SERPIHAN SINAR MEMANCAR DI KALBU,
WALAU GUNDAH BERMAIN DI MINDA,
TERUKIR JUGA SECANGKIR SENYUMAN BERCAHAYA.



* Dikesempatan ini dan diharapkan masih tidak terlewat lagi untuk Pak ABU mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan Pak ABU yang sudi hadir dan memberikan hadiah semasa konvokesyen tersebut. Kepada rakan-rakan mahupun junior-junior Pak ABU yang tidak sempat berjumpa, maafkan Pak ABU kerna hati yang terusik ini tidak lagi mampu Pak ABU tahan tatkala itu. Kepada Wanie adikku, terima kasih untuk hadiah teddy tu. Kepada FAD, TQA, FUAD...terima kasih kerana korang membawa sejuta sinar tersebut. Kepada Zuwairi dan Mat Jang...aku memohon ampun dan maaf sebab buat korang kejar aku sehingga ke kawasan parkir motor di Bangunan Peperiksaan...aku tak sangka korang berdua sanggup kejar aku..aku hargai sangat. Dan tidak dilupakan juga kepada Borhan aka Bob yang tak pasal2 kena maki dengan aku. kalu aku tau ko dtg untuk aku.... SORRY Bob..ampunkan aku..aku tau aku bersalah...huhu~

2 comments:

Zuwairi said...

hehehehe:)
kat sini pun tiada maaf bgmu..
siyes ni~

A.B.U said...

xnk maafkn xpe..
ak mengerti...huhu..