Sunday, August 9, 2009

Hati Yang Terusik



Entry ni xde kene mengena dengan novel ni pon. Tapi Pak ABU suka dengan tajuk novel ni dan Pak ABU dah banyak kali katam. Kalau ikutkan hati Pak ABU, memang Pak ABU nak post entry tentang diri Pak ABU yang tengah emo ni. Tapi hajat tu terpaksa Pak ABU batalkan supaya mana-mana pihak tidak terasa dengan Pak ABU.

Justeru, Pak ABU berhajat untuk bertanya la kepada pembaca blog Pak ABU semua, apakah ciri-ciri seorang ABANG yang baik kerna tatkala ini hati Pak ABU terusik. Macam biasa la.. Pak ABU terus keliru dan keliru jika masalah sebegini hadir dalam fikiran Pak ABU. Maklum saja la.. Pak ABU ni x pernah ada adik dan bila dah ada adik ni Pak ABU perlu belajar cara untuk menyayangi dan membimbing mereka. Harap anda semua dapat membantu. TK.

Sinopsis di website Alaf:

Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.

Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun, Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap mencintai Farhan.

Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa berkahwin dengan Raymond.

Mengapakah Vincent amat membenci Farhan apabila terkenangkan Irene? Mudahkah Farhan melafazkan cerai apabila Vincent mahu Vanessa berkahwin dengan Raymond? Mampukah Vanessa menerima arahan bapanya itu? Apakah taktik yang digunakan oleh Vincent agar Vanessa patuh pada arahannya?

No comments: