Friday, September 25, 2009

Pak ABU jadi bisnesman la pulak..haish...


Salam...

Anda semua mesti tahu jenama barangan sukan popular ini tidak kiralah sama ada yang original mahupun yang cetak rompak. Pak ABU percaya, pembaca-pembaca sekalian mesti memiliki barangan yang berjenama Adidas ini setidak-tidaknya sehelai baju (walaupun tak original). Dan Pak ABU juga percaya, ada juga segelintir pembaca yang "gila" atau "frenzy" dengan jenama ini kan? Pelbagai faktor yang menyebabkan mereka paranoid dengan produk ini. Mungkin golongan-golongan yang dikatakan sebagai "gila" Adidas ini beranggapan bahawa produk keluaran Adidas (original punya k) ini selesa dipakai, up-to-date, dan easy to wear. Ada juga peminat setia Adidas yang memang suka menjadikan produk Adidas sebagai barang koleksi peribadi. Pendek kata, macam-macamlah sebab-musababnya.

****************
****************
****************

Tujuan Pak ABU berceloteh kat atas ni tak lain tak bukan nak promote la sikit pakaian Adidas yang rakan Pak ABU minta jualkan. Kat bawah ni Pak ABU bagi la details sikit pasal pakaian Adidas tu (gambar Pak ABU upload kemudian k.. tak cukup masa nak capture sebab bergegas nak ke JB pulak lepas ni).

ITEM
* T-SHIRT ROUND NECK/COLLAR (KAIN JERSI/COTTON) - RM40.00 - RM80.00
* SELUAR PENDEK (TERMASUK BEACH SHORT) - RM50.00-RM60.00
* TRACK SUIT - RM60.00
* BEG (GALAS, BACKPACK ETC...) - RM60.00-RM90.00
* KASUT (JOGGING, RUNNING, JALAN2 ETC...) - RM160.00-RM2++.00
* SANDAL - RM80.00++

*Notakaki:- Tertakluk kepada sebarang pindaan harga dan stok barangan.

Kesemua item Ini adalah ori. Ada sesetengah barangan yang memang berharga sehingga ratusan ringgit. Namun anda semua boleh mendapatkannya dengan harga puluhan ringgit sahaja.

Ni contoh kasut Adidas yang Pak ABU guna untuk main squash setiap petang. Pak ABU beli dengan harga RM150.00 je (harga pasaran kat UK = £64.99. So, pandai2 la convert sendiri ke duit Malaysia). Tapi Pak ABU hairan sebabnya dah merata outlet Adidas Pak ABU masuk tapi tak jumpa gak kasut ni. Apakah kasut ni tak sampai kat Malaysia lagi? (tak tahu la pulak dah ada ke belum sekarang ni). Oleh itu Pak ABU nak perkenalkan la kat anda semua

"Adidas Court Stabil Squash Shoes- White/Black"





BERMINAT???
SILALAH HUBUNGI PAK ABU MELALUI RUANGAN CACI MAKI YANG TELAH PAK ABU SEDIAKAN K...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya


MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI DIRI PAK ABU.
JUGA PAK ABU DOAKAN ANDA SEMUA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.
BERTEMU KEMBALI SELEPAS HARI RAYA...


Monday, September 14, 2009

Rhytms of The Rainforest Sarawak


Ros Kalas
by Tuku Kame

Ala ros kalas…Ros kalas di taman raja
Dipetik oleh…Dipetik oleh permaisuri…
Tidak terbalas…Tidak terbalas budi semua..
Melangkah jauh..Melangkah jauh sampai ke mari..

Ala gading galoh…Gading galoh meniti batang..
Ala palih palih..Palih palih turun berkuda…
Sungguh pun jauh...Sungguh pun jauh kami datang
Menuntut janji..Menuntut janji dari semula…

Kain yang lama…Kain yang lama berpunca baldu..
Sayang selasih…Sayang selasih diberi gula…
Main yang lama…Main yang lama dimula baru
Terlebih kasih..Terlebih kasih dari semula…

Beting sebangi…Beting sebangi pasirnya lumat…
Pasir mengalir…Pasir mengalir sampai ke muara…
Bagaikan nabi…Bagaikan nabi kasihkan umat…
Begitu kami…Begitu kami kasihkan anak…

* p/s : - tak tau la betul ke tak lirik ni. kalau silap, pandai-pandai la baiki ek..
- cuma Pak ABU nak pembaca-pembaca sekalian renungkan kembali bait-bait lirik ni..ada unsur nasihat yang sangat berguna kepada kita sebenarnya..

F.R.I.E.N.D.S.T.E.R semakin membosankan!


Masuk tahun ni, sudah 3 tahun Pak ABU menggunakan perkhidmatan website www.friendster.com. Sehingga kini, akaun Pak ABU masih lagi aktif. Cumanya, Pak ABU jarang membukanya. Hal ini tak lain tak bukan adalah disebabkan laman web ini semakin tidak lagi mendapat tempat di hati Pak ABU.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Berdasarkan pemerhatian Pak ABU, antara punca terbesar laman web maya ini tidak lagi digunakan adalah disebabkan oleh persaingan dari rangkaian laman web yang lebih terkini seperti laman mukabuku atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah Facebook. Kehadiran mukabuku yang mempunyai pelbagai aplikasi termasuk game-game yang menarik mampu membuatkan penggunanya terhibur.

Selain itu juga, friendster itu sendiri tidak membawa sebarang perubahan malah lebih malang lagi kebanyakan aplikasinya mengambil masa yang begitu lama untuk loading walaupun dengan menggunakan capaian internet yang terlampau laju.

Jadi kesimpulannya, Pak ABU berasa amat kecewa dengan Friendster. Kepada kenalan yang berada di dalam rangkaian tersebut, anda semua tidak perlu berasa gusar dan malu jika masih menggunakan rangkaian tersebut. Pak ABU tidak akan delete akaun Pak ABU. Cuma Pak ABU jarang membukanya sahaja. Harap maklum.

Thursday, September 3, 2009

Istimewa Saat Ramadhan

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta keberkatan.