Sunday, January 31, 2010

Friendship Contest

Salam y'all...

Pak ABU terbaca salah 1 entry dlm blog Cik Zack dan gak blog Pak Zwairy pasai contest persahabatan yg dianjurkan oleh Cik Marmie...

Contest ni macam menarik dan simple jek. Jadi x salah kalau kita join kan3?

Kalau Pak Zwairy pertaruhkan gambar konvoi konvonya...Pak ABU nak letak gambar ni la:


Jeng...Jeng...Jeng....
GAMBAR LOMPAT!!!
 Ngeh...Ngeh...Ngeh...

 Pasai pa Pak ABU letak gambar ni?
Gambar ni antara bestest shot kot
(maklum la...Pak ABU ni xde bakat amik2 gambar ni)

 Gambar ni byk kenangan sebenarnya..
Gambar semasa moodamoody dlu..
Gambar semasa kami semua masih bersama...
Sekarang ni masing-masing dah konvo
dan bawak haluan sendiri

Amacam pembaca sekalian?
Menarik x contest ni?
Simple je kot...
So kalau anda sume nk join, sila la klik kat gambar ni:


INGAT!
Expired date Cik Marmie bg :
12 FEBRUARI 2010

Selamat Mencuba
(macam rancangan masak2 lak...ingat Chef Wan ke hape?)

Saturday, January 30, 2010

Malam Jumaat Yang Lalu...



Friday night last orders at the pub,
Get in the car and drive to the club,
There's a massive crowd outside so we get in to the queue
It's quarter past 11 now we won't get in till quarter to.


It's quarter to and we get to the front,
Girl on a guest list dressed like a c***
She asked security to check in my shoes,
You can play this game with me but you know you're gonna lose.


Looked me up and down,
I don't make a sound,
There's a lesson that I want you to learn,
If you're gonna play with fire then you're gonna get burned,


Don't try and test me cos you'll get reaction,
Another drink and I'm ready for action,
I don't know who you think you are,
But making people scared wont get you very far.


In the club make our way to the bar,
Good dancing love but you should of worn a bra.
Guy on the mike and he's making too much noise,
There's these girls in the corner wanting attention from the boys.

I see these girls and they're shouting through the crowd,
Don't understand why they're being really loud.
They make their way over to me,
They try to push me out the way,
I'll push her back, she looks at me and says,
What you tryna say?

Friday Night
by : Lily Allen
***********

Setiap kali Pak ABU merindui beliau, Pak ABU akan mendengar lagu ni sbb lagu ni adalah permulaan kami berkenalan. Tapi kini semuanya tinggal kenangan...(ntah hape2..mcm budak2 kan?)

Tuesday, January 19, 2010

Terasing Di Bumi Sendiri



Subuh menyinsing
Fajar menjelma
Hati ku runsing
Entah mengapa

Mentari senja
Berwarna jingga
Tapi hatiku
Gundah gulana

Sisa hidupku
Semakin hampir
Hanya pada-Mu
Doaku lampir

Pada-Mu tuhan
Aku berdoa
Engkau maafkan
Segala dosa

Detik-detik suram mewarnai hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Mataku menjeling seolah mencaci

Pada-Mu tuhan
Aku berdoa
Engkau maafkan
Segala dosa.....

Wednesday, January 6, 2010

Akukah Itu?

2 Disember 2009 - Masih Pak ABU ingat ketika perjalanan ke Muzium Negeri Sabah, di dalam bas UMS yang kami naiki...

Penelefon : "Hello..."

Pak ABU: "Hello..."

Penelefon: "En. Mohamad Ridzuan ye?"

Pak ABU: "Ye saya."

Penelefon: "Saya Ranita dari Perpustakaan Universiti Malaya."

Ahhh..sudah. Mampos! Pe lak lib ni nak? Aku ada tak pulang buku ke? Setahu aku tak ada pulak aku pinjam buku sem ni (sem 1). Kalau aku kena denda pun, tak pernah terjadi pulak pihak lib call. - Seloroh Pak ABU dalam hati menyebabkan Pak ABU berasa sangat chuak.

Pak ABU: "Ye Cik Ranita. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" - lakonan bajet tak bersalah apa-apa.

Penelefon: "Tahniah ye En. Ridzuan. Anda telah menang top 3 Pertandingan Fotografi Amatur UM Lib."

Pak ABU: GLUPPPPP.....(bunyi telan air liur). "Biar betul cik. Tipulah!"

Penelefon: "Betul. Buat apa saya nak tipu?"

Pak ABU: "Baik. Kalau betul, saya dapat tempat ke berapa?"

Penelefon: "Seperti saya cakap tadi, top 3. Saya tak boleh beritahu tempat ke berapa secara tepat. Bagi surprise la sikit."

Pak ABU: "Owh...ok."

Penelefon: "Nanti ada 1 jamuan makan malam sempena sambutan Perpustakaan UM Ke-50 dan penyampaian hadiah pemenang. Jadi saya nak tahu sama ada encik boleh datang atau tidak? So, saya nak confirmkan alamat encik untuk penghantaran kad undangan ke majlis tersebut."

Pak ABU: "Boleh. InsyaAllah saya datang dan hantarkan kad undangan ke alamat ini...bla3.."

Penelefon: "Ok. Encik Ridzuan boleh dapatkan segala maklumat dalam group Facebook ya. Tahniah dan terima kasih lagi sekali."

Pak ABU: "Ok. Sama-sama."

* * *


Balik je ke rumah (kolej), terus Pak ABU bukak FB dan usya di group tu. Memang betul la. Cik Ranita tu tak tipu. Tapi Pak ABU musykil sangat sebab nama arwah bapa Pak ABU (Mohamed Idris) berada di tempat kedua dan nama Pak ABU (Mohamad Ridzuan) berada di tempat pertama tetapi 'bin'nya salah. Memang confuse time tu. Tapi Pak ABU fikir.."Ah..lantaklah..dah menang tu pun syukur sangat..."

Pak ABU tak letak harapan langsung pun memandangkan Pak ABU ni bukan fotografer dan Pak ABU yakin peserta-peserta lain mesti gempak.

* * *

Mesti korang semua tertanya-tanya, apa hadiah yang Pak ABU dapat kan?

Jengjengjeng.....

RM 750.00

Walaupun diberikan hadiah berupa wang, tapi Pak ABU tak anggap itu sebagai suatu benda yang menyeronokkan. Bagi Pak ABU, sijil yang Pak ABU dapat itu lebih mahal harganya berbanding wang tersebut.

Pak ABU berharap agar minat Pak ABU terhadap fotografi tak pernah pudar walaupun ada beberapa insiden dan krisis mengenai kamera yang menyebabkan Pak ABU agak tersentuh hati dengan rakan sendiri.

Pak ABU anggap krisis tersebut sebagai pengalaman dan dugaan pertama Pak ABU supaya menjadi lebih kukuh di masa akan datang. AMEEN....

Monday, January 4, 2010

Tiada Lagi Kudengar Kidungmu

*Rentetan entri bertajuk kisah pokok epal...

Tujuan Pak ABU siarkan kisah pokok epal tu adalah untuk mengajak semua pembaca semua berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut.

Bermacam-macam tafsiran yang diberikan oleh pembaca sekalian apakah yang dimaksudkan dengan pokok epal tersebut.

Jika diikutkan kisah sebenarnya, pokok epal tersebut dimaksudkan sebagai kedua ibu bapa kita.

Tapi dalam kisah ini, Pak ABU tidak melihat perkara ini sebagai ibu bapa semata-mata.

Bahkan pokok epal itu juga boleh ditafsirkan sebagai adik-beradik, rakan, kekasih, guru, bos, dan sebagainya.

Apabila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka (terpulang kepada pembaca untuk menganggap mereka itu siapa - sama ada ibu bapa, adik-beradik, guru dan lain-lain).

Semakin usia meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Kita akan meninggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita sedang menanggung kesusahan.

Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu. Tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa (jika difikirkan pokok epal itu sebagai ibu bapa) mereka.

Justeru, Pak ABU menyarankan kepada anda semua agar menghargai jasa kedua ibu bapa, ahli keluarga (tidak kira kandung, tiri, angkat dan sebagainya), rakan-rakan dan lain-lain sementara mereka masih wujud di muka bumi ini.

Kerna...



























Pak ABU tidak sempat untuk membalas jasa arwah bapak Pak ABU yang telah meninggal dunia.

Walaupun Pak ABU tidak begitu merasa pemergiannya pada waktu itu (kerana tidak begitu rapat dengan arwah), tapi lama-kelamaan Pak ABU mula teringat kenangan-kenangan manis dan pahit sejak kecil sehingga beberapa bulan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dan kini, barulah Pak ABU sedar betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua.

~Maafkan anakmu ini~

AL-FATIHAH

(Allahyarham Mohamed Idris bin Abdullah - 16/11/2009)

Tingkatkan Hit Blog Anda

Buka Halaman Utama; Klik Banner ini





& Ikut arahan dibawah;

1) Buka halaman dari webpage ini ke bawah sampai anda menemukan tampilan seperti ini (7 gambar thumbnails)-Buka semua page!

buka tab yang baru untuk paparan ke tujuh-tujuh page.

2) Di atas jendela setiap Tab akan ada Bar berwarna biru dengan tulisan “AD CODE GENERATION....please wait”. Tunggulah sampai muncul code angka.



3) Letakkan code angka yang anda temukan sesuai urutan pada kolum-kolum di bawah gambar thumbnail.



4) si keperluan pendaftaran seperti gambar



5) Buka alamat e-mail yang anda masukkan pada keperluan tadi dan cari e-mail dari 1millionfreehits.com.

6) Lalu klik link yang dilingkari merah

7) Anda akan masuk ke halaman ucapan selamat ini

8) Catat ID dan Password anda kemudian klik MEMBER ADMIN AREA yang dilingkari merah

9) Anda akan masuk ke halaman login ini

10) Masukkan ID dan Password anda kemudian klik submit. Anda akan dibawa ke halaman berikut....

11) Yang dilingkari merah adalah URL keanggotaan anda yang perlu anda catat. Kemudian yang berwarna biru adalah kotak yang dapat anda gunakan untuk memantau perkembangan sistem anda.

Tampilan inilah yang akan anda gunakan untuk mengukur pertumbuhan sistem ini.Sekarang anda perlu mempromosikan link keanggotaan anda, layaknya viral service yang lain. Buatlah blog seperti yang sedang anda baca saat ini. Blognya anda buat disalah satu halaman blog anda yang sudah ada saja atau buat postingan baru tentang hal ini (PENTING!!!) Isilah halaman tersebut itu dengan artikel semacam ini, tapi jika anda malas, silahkan Copy Paste artikel ini. cara mempromosikan postingan baru itu boleh dibaca

Bila Nak Laku?

Wakakakaka...
Hahahahaha...



Macam-macam spesis gelak berkumandang dalam kereta En. Epul semasa kami berlima pulang dari bermain bowling di OU (1 Utama) pada suatu cuti. Memang pecah perut.
* * *
"Haaa...O-ne! Aku nak bagi ko dengar 1 lagu. Memang sesuai la untuk diri ko sekarang ni." kata En. Epul kepadaku.

"Lagu apa pulak nye Epul?" tanyaku pula.

"Dengar dulu..." beliau membalas balik.

* * *

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

* * *

Apa yang ada di benak fikiran Pak ABU ketika itu - "Ah...lagu Indonesia..tak minat betullah"

Bila tiba je rangkap yang ada ayat "Karna cuma diriku yang tak laku-laku" tu, depa semua menyanyi beramai-ramai. Lepas nyanyi depa gelak-gelak. Pak ABU pun turut gelak sama. Wakakakaka...Hahahaha..Huwahahahahaha...macam-macam spesis gelak keluar.

Yang paling menyayat hati bila depa mainkan semula lagu tu 2 3 kali sampailah ke kolej. Part tak laku-laku tu depa nyanyi sekali. Pastu depa gelak-gelak lagi. Aduyai...memang Pak ABU terkena pada hari tu. Tapi tak pula Pak ABU marah. Makin ceria makin ada. Mungkin sebab mereka semua yang menjadi penawar duka Pak ABU semenjak dah habis study ni kan.

Bila Pak ABU balik ke rumah, Pak ABU terfikir kembali :-

"BILA AKU NAK LAKU NI???"

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.

Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.

Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.

Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.

Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya,aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Pokok epal itu kembali dilanda kesepian kerana lelaki itu tidak muncul kembali setelah mengambil batangnya untuk membuat bot kerana hendak pergi belayar.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Ilahirobbulalamin


Kewajipan seorang muslim
solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
berkumandang melantunkan seruan sembahyang
memenuhi kewajipan seorang muslim
solat lima waktu sehari semalam

Bergunung pahala menyucikan diri
berkiblat menghadap Ilahirobbi
berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
dengan hati berseri
ingat akan janji
bahawa hidup mati Ilahirobbulalamin

Kini hamba datang lagi
pasrah berserah diri
mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci


**Ini merupakan lirik sebuah lagu nasyid evergreen yang Pak ABU paling minat..tapi malangnya Pak ABU tak tahu siapa penyanyi sebenarnya. Dan Pak ABU juga tidak pasti apakah benar tajuknya seperti yang tertera di atas..Ada tak pembaca-pembaca blog Pak ABU sekalian yang mengetahui tajuk lagu dan penyanyi sebenarnya?

Sunday, January 3, 2010

Bila Sakit Hati




Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit yang paling bahaya adalah sakit hati. Malahan penyakit ini juga paling sukar untuk diubati sepenuhnya. Bila hati sudah sakit, manusia boleh hilang pertimbangan. Bermakna akal bukan lagi pengemudinya. Aduh..sungguh bahaya.

Kita sebolehnya mengelak dari bersua dengan orang gila a.k.a orang hilang pertimbangan. Bagaimana kalau orang hilang pertimbangan itu kelihatannya normal di mata kasar. Lagi bahaya. Mereka ini ada di mana-mana. Kerana hati perkara yang berubah-ubah. Bila ia sakit, itu masa kita perlu berhati-hati. Sama ada hati kita sakit, atau hati manusia sekitar kita yang sakit. Risikonya lebih kurang sama - bahaya.

Tahap penyakit ini pastinya memerlukan dos ubat yang berbeza. Bila hati kita amat sakit, ada yang sanggup mengambil nyawa! Nyawa diri sendiri atau nyawa orang yang dia sakit hati. Orang melayu kita terkenal dengan sifat sakit hati dan dendam (Maaf kalau ada yang tak setuju). Buktinya bomoh ada di mana-mana. Ramai juga yang terkena penyakit ‘buatan orang’.

Bila hati kita sakit, kita bertindak membelakangkan akal. Letak mulianya manusia kerana anugerah akal. Dengan kata mudah, orang yang hatinya sakit sukar untuk menjadi insan yang mulia.

Jagalah hati (peringatan buat diri sendiri juga). Hati yang sekeping ini penentu sifat kita.

Mengubati Sakit Hati

Sakit hati dapat dialami siapa saja, di mana saja dan bila-bila saja. Bila tidak diatasi dengan cepat dan tepat, akan membuat suasana hati dan pikiran bercelaru. Rasa sakitnya pun jadi berlarutan. Tips di bawah ini mudah-mudahan mampu membuat hati yang gundah kembali lapang:

1. Singkirkan dulu persoalan yang membuatkan sakit hati. Ingat saja hal-hal yang menyenangkan, misalnya prestasi atau kejayaan-kejayaan anda selama ini.

2. Pergilah ke tempat-tempat menyenangkan atau datangi orang-orang yang bersedia dijadikan tempat hiburan anda.

3. Bila masih ada kecelaruan/gundah di hati, keluarkannya dengan melakukan monolog mental di depan cermin atau menuliskannya di buku harian.

4. Menangislah bila perlu, atau menjerit di tempat sunyi. Boleh juga melakukan pukulan kosong ke udara secara kuat.

5. Jika panas di hati mulai sedikit reda, cuba ingat-ingat kebaikan atau kelebihan orang yang telah menyakiti hati anda. Seburuk apa pun manusia, pasti ada kebaikannya.

6. Belajarlah untuk memaafkan dan lupakan kejadian yang menyesakkan hati itu.

7. Tanyakan pada diri sendiri, apakah kini anda telah benar-benar dalam keadaan normal dan positif untuk kembali menjalani hidup sehari-hari.

Would You?


Dear Mr. President
Come take a walk with me.
Let's pretend we're just two people and
You're not better than me.
I'd like to ask you some questions if we can speak honestly.

What do you feel when you see all the homeless on the street?
Who do you pray for at night before you go to sleep?
What do you feel when you look in the mirror?
Are you proud?

How do you sleep while the rest of us cry?
How do you dream when a mother has no chance to say goodbye?
How do you walk with your head held high?
Can you even look me in the eye And tell me why?

Dear Mr. President
Were you a lonely boy?
Are you a lonely boy?
Are you a lonely boy?
How can you say
No child is left behind?
We're not dumb and we're not blind.
They're all sitting in your cells
While you pave the road to hell.

What kind of father would take his own daughter's rights away?
And what kind of father might hate his own daughter if she were gay?
I can only imagine what the first lady has to say
You've come a long way from whiskey and cocaine.

Let me tell you 'bout hard work
Minimum wage with a baby on the way
Let me tell you 'bout hard work
Rebuilding your house after the bombs took them away
Let me tell you 'bout hard work
Building a bed out of a cardboard box
Let me tell you 'bout hard work
Hard work
Hard work
You don't know nothing 'bout hard work
Hard work
Hard work
Oh

How do you sleep at night?
How do you walk with your head held high?
Dear Mr. President,
You'd never take a walk with me.
Would you?

*PINK - Dear Mr. President

Kadang-kadang Kita Alpa

Tatkala aku cuba mendekati dirimu,
kau semakin menjauhi diriku.
Apakah aku ini hanyalah boneka di matamu?
Atau aku hanya sebagai sebuah mesin untuk membolehkan kau hidup dalam kesenangan?
Itulah namanya manusia yang kita sedia maklum mudah alpa dalam segala hal.

Friday, January 1, 2010

KEMBALI


Blog Pak ABU akan diaktifkan kembali setelah bercuti sekian lama
&
Dikesempatan ini Pak ABU nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU
semoga tahun ini akan menjadi tahun yang amat bermakna untuk semua pembaca sekalian.
Nantikan kemunculan entri-entri terbaru dari Pak ABU k.