Sunday, January 3, 2010

Bila Sakit Hati




Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit yang paling bahaya adalah sakit hati. Malahan penyakit ini juga paling sukar untuk diubati sepenuhnya. Bila hati sudah sakit, manusia boleh hilang pertimbangan. Bermakna akal bukan lagi pengemudinya. Aduh..sungguh bahaya.

Kita sebolehnya mengelak dari bersua dengan orang gila a.k.a orang hilang pertimbangan. Bagaimana kalau orang hilang pertimbangan itu kelihatannya normal di mata kasar. Lagi bahaya. Mereka ini ada di mana-mana. Kerana hati perkara yang berubah-ubah. Bila ia sakit, itu masa kita perlu berhati-hati. Sama ada hati kita sakit, atau hati manusia sekitar kita yang sakit. Risikonya lebih kurang sama - bahaya.

Tahap penyakit ini pastinya memerlukan dos ubat yang berbeza. Bila hati kita amat sakit, ada yang sanggup mengambil nyawa! Nyawa diri sendiri atau nyawa orang yang dia sakit hati. Orang melayu kita terkenal dengan sifat sakit hati dan dendam (Maaf kalau ada yang tak setuju). Buktinya bomoh ada di mana-mana. Ramai juga yang terkena penyakit ‘buatan orang’.

Bila hati kita sakit, kita bertindak membelakangkan akal. Letak mulianya manusia kerana anugerah akal. Dengan kata mudah, orang yang hatinya sakit sukar untuk menjadi insan yang mulia.

Jagalah hati (peringatan buat diri sendiri juga). Hati yang sekeping ini penentu sifat kita.

Mengubati Sakit Hati

Sakit hati dapat dialami siapa saja, di mana saja dan bila-bila saja. Bila tidak diatasi dengan cepat dan tepat, akan membuat suasana hati dan pikiran bercelaru. Rasa sakitnya pun jadi berlarutan. Tips di bawah ini mudah-mudahan mampu membuat hati yang gundah kembali lapang:

1. Singkirkan dulu persoalan yang membuatkan sakit hati. Ingat saja hal-hal yang menyenangkan, misalnya prestasi atau kejayaan-kejayaan anda selama ini.

2. Pergilah ke tempat-tempat menyenangkan atau datangi orang-orang yang bersedia dijadikan tempat hiburan anda.

3. Bila masih ada kecelaruan/gundah di hati, keluarkannya dengan melakukan monolog mental di depan cermin atau menuliskannya di buku harian.

4. Menangislah bila perlu, atau menjerit di tempat sunyi. Boleh juga melakukan pukulan kosong ke udara secara kuat.

5. Jika panas di hati mulai sedikit reda, cuba ingat-ingat kebaikan atau kelebihan orang yang telah menyakiti hati anda. Seburuk apa pun manusia, pasti ada kebaikannya.

6. Belajarlah untuk memaafkan dan lupakan kejadian yang menyesakkan hati itu.

7. Tanyakan pada diri sendiri, apakah kini anda telah benar-benar dalam keadaan normal dan positif untuk kembali menjalani hidup sehari-hari.

8 comments:

Zuewairy said...

bkn sirosis ke??

Anonymous said...

salah satu megubat hati yg akan terluka atau pn suda terluka...yg kerap kali manusia lupa...

dekati lah DIA yg mencipta kita...
bacalah kitab-NYA...
sesungguhnya hatimu akan lebih tenang...

2010=be a gud muslim

A.B.U said...

zwairy: ntah r dude...ye r tu kot..
ntah sape2: yg tu mmg kite 100% akui..tp ni dalam konteks umum x kire pelbagai bangsa dan agama..

shatooman said...
This comment has been removed by the author.
shatooman said...

ayat tentang melayu terkenal ngan sakit hati tu tak elok sangat... takkan la sampai terkenal kot. letak la umumnya suka sakit hati ker...ahaks~ dan aku rasa, x la ramai sangat yang buat orang ni.cuma ramai yang terasa cam dibuat org. setahu aku, siam lagi kuat buatkan org.lagi terkenal dari melayu....

A.B.U said...

ak rasa org mly mmg tkenal dgn dendam..dol!siam tu bukan gagasan melayu jugak ke?aiyoo..

shatooman said...

siam tu siam la... dia x cakap melayu.dia cakap siam. kalo indon ke, brunei ke, blh la kata gagasan melayu bersatu.1 malaysia,1 Asia. hidup najibbb..

A.B.U said...

ye ke bukan gagasan melayu?aisehmen..
bis tu siam gagasan mana?
owh lupa...gagasan dah tukar nama kpd Pro Mahasiswa..hahahaha...