Monday, January 4, 2010

Tiada Lagi Kudengar Kidungmu

*Rentetan entri bertajuk kisah pokok epal...

Tujuan Pak ABU siarkan kisah pokok epal tu adalah untuk mengajak semua pembaca semua berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut.

Bermacam-macam tafsiran yang diberikan oleh pembaca sekalian apakah yang dimaksudkan dengan pokok epal tersebut.

Jika diikutkan kisah sebenarnya, pokok epal tersebut dimaksudkan sebagai kedua ibu bapa kita.

Tapi dalam kisah ini, Pak ABU tidak melihat perkara ini sebagai ibu bapa semata-mata.

Bahkan pokok epal itu juga boleh ditafsirkan sebagai adik-beradik, rakan, kekasih, guru, bos, dan sebagainya.

Apabila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka (terpulang kepada pembaca untuk menganggap mereka itu siapa - sama ada ibu bapa, adik-beradik, guru dan lain-lain).

Semakin usia meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Kita akan meninggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita sedang menanggung kesusahan.

Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu. Tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa (jika difikirkan pokok epal itu sebagai ibu bapa) mereka.

Justeru, Pak ABU menyarankan kepada anda semua agar menghargai jasa kedua ibu bapa, ahli keluarga (tidak kira kandung, tiri, angkat dan sebagainya), rakan-rakan dan lain-lain sementara mereka masih wujud di muka bumi ini.

Kerna...



























Pak ABU tidak sempat untuk membalas jasa arwah bapak Pak ABU yang telah meninggal dunia.

Walaupun Pak ABU tidak begitu merasa pemergiannya pada waktu itu (kerana tidak begitu rapat dengan arwah), tapi lama-kelamaan Pak ABU mula teringat kenangan-kenangan manis dan pahit sejak kecil sehingga beberapa bulan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dan kini, barulah Pak ABU sedar betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua.

~Maafkan anakmu ini~

AL-FATIHAH

(Allahyarham Mohamed Idris bin Abdullah - 16/11/2009)

6 comments:

shatooman said...

al-fathihah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang yang soleh

A.B.U said...

ameen...

Anonymous said...

pak abu, biarpun arwah telah jauh perginya, tp pastikan dia selalu dekat di hati. Selalulah sedekahkan bacaan yassin padanya k

A.B.U said...

itu r pasal...

eyena said...

salam pak ABU.. maaf laa aku baru tau ni.. huhu aku ucpkan takziah buat kamu sekeluarga.. jgn sedih2 yaa, TUHAN lebih sayangkan ayah kamu..

sama2 kita doakan arwah.. be strong pak ABU..

A.B.U said...

salam..eh..dh lama blaku..xde hal la..ameen...