Tuesday, February 9, 2010

What IF?

Salam pembaca blog Pak ABU sekalian...

Sebagai permulaan dan mukadimah untuk hari ini Pak ABU kirimkan sejambak bunga buat anda semua sebagai tanda sentiasa berada dekat di hati.
 

Dan di sini Pak ABU kirimkan senyuman agar kita sentiasa berada dalam keriangan.


Senyumlah kita selalu kerana senyuman itu satu sedekah.

Jangan biarkan hidup kita dibasahi dengan tangisan…hapuslah airmatamu agar hari yang berlalu lebih bermakna…



Marila kita sama-sama berkasih sayang antara satu sama lain,

 
agar kehidupan yang kita lalui tidak keseorangan.




Selamilah erti hidup dan hargailah setiap sahabat yang hadir dalam hidup kita. Mereka yang membuat kita ketawa dan menangis.


Kehadiran merekalah menceriakan hari-hari kita.
Terima kasih…
Kerana pernah hadir menjadi sahabat Pak ABU….

Dan Pak ABU sentiasa disini mengharapkan hari-hari anda berlalu dengan penuh keindahan…dan Pak ABU sentiasa ingin mengetahui keadaan anda semua kerana anda sentiasa berada di minda dan di hati Pak ABU.

Dan ada kalanya Pak ABU tidak tahu Pak ABU telah menyakiti hati sahabatnya, dan mungkin mereka juga adalah anda semua. Jadi, Pak ABU ingin meminta maaf andai ada sikap yang membuat anda semua merasa terluka...


Semoga anda mampu memaafkan saya...

Kadang-kadang Pak ABU tak tahu bagaimana untuk mengekspresikan rasa sayang Pak ABU pada anda semua…Jadi Pak ABU kirimkan pelukkan dari jauh agar anda semua merasa kehangatan persahabatan Pak ABU tak pernah kurang...



Andai masih lagi rasa kekurangan dari pelukan itu…Jadi Pak ABU kirimkan ciuman persahabatan agar semua tahu yang Pak ABU sangat menyayangi anda semua.


Dan akhir sekali Pak ABU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Pak ABU



Jika kesilapan semalam belum terampun...maafkanlah,

jika kesilapan hari ini menyakitkan...harap lupakanlah,

jika kesilapan esok mendatang...janganlah di bawa ke akhirat dan ampunkanlah,

semoga kita termasuk di dalam golongan org org beriman...

amin...

1 comment:

gerhanabulan said...

ko tetap sahabt aku pak abu..