Sunday, May 16, 2010

16 Mei Kembali Lagi


SELAMAT HARI GURU
kepada guru-guru di Malaysia..

Pak ABU nak dedicate lagu tema hari guru 2010 ni pada semua guru-guru yang pernah mengajar Pak ABU suatu ketika dahulu..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


* SMKJ: Teacher Rohani, Cikgu T aka Kak T, Miss (bajet muda lagi konon..haha..) Zuzalyna, Miss Pang, Cikgu Din, Cikgu Borhan aka Cikgu Bob dan lain-lain. Dan yang paling terutama sekali sudah semestinya seorang guru yang juga bertindak sebagai seorang ibu kepada Pak ABU iaitu Cikgu Khazmah Kamarom. 

Terima kasih semua bekas guru-guruku kerana mendidik diriku ini sehingga ke tahap ini dan insyaAllah akan melangkau ke tahap yang lebih tinggi. Doakan kejayaan bekas anak muridmu ini.

Tak dilupakan juga kepada rakan-rakan bakal guru yang mengambil jurusan perguruan di maktab-maktab mahupun IPTA seperti Mila (UM), Tqa Ghazali (UM), Fakrul (IPGM), Zubar (UPSI), Safad Dilla (UPSI) dan ramai lagi. Pak ABU berharap anda semua dapat mendidik anak bangsa kita dengan jayanya.

Dan last but not least, rakan-rakan Pak ABU sendiri iaitu Mamat Hamid, Keri, Ezir, Raja Norma dan seangkatan dengannya.. Jangan lupakan Pak ABU ni ok!

*Nota tutorial: -takde ke hari pensyarah dan tutor?tak aci la cmni..haish...

No comments: