Monday, May 17, 2010

Di Suatu Ketika... (Part 2)

 
sambungan dari kisah Di Suatu Ketika...(Part 1)...

Selamat sore kepada semua umat manusia sekalian...

Dah lama nak post entri sambungan kisah ni..tapi segala bagai caci maki semua lepas kat mukabuku aka facebook..Sebab tu aku agak malas nak taip..Ntah macam mana petang ni aku jadi terlebih rajin pulak nak merapu kat blog ni...

Ok2...dah..back to my topic..last entri hari tu pasal geng The Black Sahabat kan? So kali ni aku nak story sikit pasal geng2 yang lain pulak.

Bermula dengan geng:

 JIK/JTK Sesi 2007/2008

JIK/JTK:
  • Apa itu JIK dan JTK? JIK tu bernama panjangnya as Jawatankuasa Induk Kolej manakala JTK tu lak Jawatankuasa Tindakan Kolej. Bawah JTK ada pula biro-biro khas dia dinamakan sebagai JKP. Assudah..amenda pulak la JKP tu? JKP bererti Jawatankuasa Kerja Perkembangan.
  • Jawatan ni ditubuhkan sebagai badan perwakilan pelajar untuk memantapkan lagi pengurusan kolej (cewah..macam hebat je bunyinye).
  • Dipresidenkan oleh En. Nasrul aka Arul, ditimbalankan oleh En. Shum Khai Yeap, S/U kesayangan ialah Cikgu Mila dan Ya Shin sebagai ceti halal kami.
  • JKP-JKP lain pula terdiri daripada Wan Azam (JKP Sukan dan Rekreasi), Sarah (JKP Kebajikan dan Perpaduan), Kee Soon (JKP Akademik dan Intelektual), Alfian (JKP Kenegaraan dan Patriotisme) aku pula sebagai Pengerusi JKP Kesenian dan Kreatif.
  • Aku sebagai pengerusi JKP Seni ade la buat beberapa pembaharuan time ni. Contohnya
  1. aku masukkan elemen seni visual kat penghuni2 kolej - khat, batik, anyaman, ukiran dsb
  2. beli set gamelan, akustik, band dan dikir barat (sampai kena marah dengan bos)
  3. usulkan studio seni untuk latihan - now dijadikan dulu bilik gamelan
  4. wujudkan kelab tarian moden, dikir barat, band akustik, dan upkan drama
  5. buat sistem bilik kostum
  6. aku cuba buat kelab tu sebagai kelas which is yang mana tak tau main gitar sampai leh jadi amatur for example
  • Time ni gak aku cuba request nak buat 1 gazebo kt area taman..Tapi tak kesampaian sebab takut taman tu dah xde serinya. Takpe la..bukan rezeki aku..
  • Keje JTK time ni memang enjoy sebab masing-masing bagi support dan komitmen yang tinggi.
 *****


Pak ABU and PUOK

PUOK:
  • Puok ni pun sebenarnya geng-geng pantai timur gak..Tapi puok ni kebanyakan nye berasal dari negeri Cik Ct Wan Kembang aka Kelantan.
  • Aku selalu lepak kat bilik depa ni dan boleh kata semua aktiviti mesti bersama mereka. Contoh aktiviti:

aktiviti setiap penghujung semester kami: bbq!!
  • Ahli terdiri daripada Mae Shatooman, Jinxer Zai, Matyie Sumbat, Mat Ley Berat, Mat Dafi Afro, Mijie, Pi'e, Wandy Ngoh, Mang Ganu dan Ayie Memorabilia.
  • Melalui puok ni gak la aku makin fasih kecek Klate dan yang paling penting hubungan adik-beradik antara aku dan Ayie makin erat.
  • Puok sampai sekarang masih bersama. Walaupun kini aku sudah bergelar penyelia dan ahli puok lak dah banyak yang bakal grad, namun semangat setia(pada)kawan masih utuh. Kini, hanya Mae Shatooman dan Wandy Ngoh masih sudi menemani aku. Tapi sampai bila?

Pelbagai kisah hidup suka dan duka semasa berada di Universiti Malaya yang aku cintai ini. Segala coretan itu hanya mampu aku semadikan dalam jiwa dan minda aku ni. Tak termampu aku menulis dan meraban dalam blog ni semata-mata kerna terlalu banyak yang indah dan pahitnya. Dan aku yakin anda semua especially pelajar2 UM mesti mempunyai kenangan mereka yang tersendiri. Kesimpulannya, hargailah kenangan bersama rakan-rakan anda selagi masih bergelar mahasiswa. Selepas ini, anda pasti akan merasa kehilangan mereka seperti yang aku lalui tatkala ini.

No comments: