Sunday, May 2, 2010

Di Suatu Ketika...(Part 1)

Semalam...sedang khusyuk belek2 folder kat lappy ni...tiba-tiba aku terjumpa beberapa keping gambar semasa Pak ABU dan rakan-rakan mula menuntut di UM.

Bila tengok gambar-gambar tu, timbul macam-macam aznil perasaan. Terharu, sedih, gembira, kelakar...macam-macam la ada..

 Pak ABU dan Team HURU-HARA
HUru-hARa Team: 
  • team ni memang terkenal dengan ke'keypoh'an dan kepoyoan sebab selalu buat kecoh kat mana-mana.
  • ahli kumpulan ramai gak sampai Pak ABU sendiri pun tak ingat. Tapi antara tulang belakang team ni: Enat, Popo, Pian, Elo, Polin, Fad dan Pak ABU sendiri.
  • time ni, kami sangat rapat dengan seorang penyelia kolej bernama Dalbir Singh sebab dia pun masuk air..ngeh3..(even masuk air, sekarang beliau dah jadi Dr. Dalbir Singh ok!).
  • antara beberapa aktiviti gila yang pernah kami buat: melepak kat Bukit Cinta sampai pukul 3 pagi, keliling 1 UM malam hari, makan satay Kajang cicah kaya dan minum air sirap bandung 1 jag besar (zalim gila) dan yang paling pasti, hampir kesemua ahli team ni dapat jadi Pembantu Mahasiswa.

Pak ABU bersama Kumpulan Inderatari
Kelab Tarian Inderatari KK8:

  • idea nak join tarian ni bermula semasa Minggu Halunsiswa. Masa ni, Pak ABU dah nekad nak meneruskan sikap Pak ABU yang sentiasa aktif sejak di kaki bangku sekolah lagi. Tapi kali ni Pak ABU nak cuba dengan sesuatu yang baru. Maka, terpikir la nak join kelab tarian.
  • batch Pak ABU (06/07) dikatakan group pertama yang penari lelakinya tidak pondan (opss...sori..jangan terasa ye). Mana tak nya, selain seni, Pak ABU dan seorang rakan Alep namanya juga merupakan atlet.
  • penari-penari lelaki terdiri daripada: Alfian, Alep, Fuad dan Pak ABU. Penari wanita pulak: Eyla, Lisya (our senior), Dayah, Kak Hera, Farah itu Farah ini, Huda PALAPES dan Intan.

Team Pantai Timur
Team Pantai Timur:
  • kat UM ni memang ramai pelajar yang berasal dari Pantai Timur. Kalau tak percaya, sila la buat kajian.
  • 1 perkara yang anda perlu tau tentang Pak ABU adalah Pak ABU tak pernah diskriminasi dengan orang Kelantan. Walau sikap mereka dikatakan suka hidup berpuak, tapi Pak ABU cuba buktikan yang mereka juga mampu menerima orang luar dari negeri mereka (bajet diri peace-maker..poyos la ABU).
  • jujurnya, Pak ABU berasa senang hati mempunyai kawan sebagaimana mereka yang sentiasa gembira. Bila Pak ABU berduka, mereka pasti akan menceriakan Pak ABU.
  • Mamat Hamid umpamanya, banyak mengubah hidup Pak ABU dan ajar Pak ABU hidup kesusahan (tq so much Mat). Anggota-anggota lain pun tak kurang hebatnya: Hidzir Hamzah, Fikri, Kerol, Dodih, Keri, Hadi, Ustaz, Kerul Rijal dan seangkatan dengannya.
The Black Sahabat Crew
The Black Sahabat:
  • ditubuhkan oleh kami-kami yang belajar seni di APMUM terutama yang menjadi blacklisted crew dan pelakon Pementasan Puteri Hang Li Po 2007 di Panggung Bandaraya. Maka, tertubuh la sebuah band yang dinamakan sebagai The Black Sahabat (idea dipetik daripada Black Sabbath dan diMelayukan).
  • ahlinya terdiri daripada Bai (SEXsafon), Jilin Umpi (Lead Guitar), Mamat (Bass), Leeya EMO (Singer), Pija Mokja (Rebana Ubi), Pak ABU (Keyboard), Pa'a (Belly Dancer) dan Jin Afrit (Drummer).
  • antara lagu popular yang pernah dialbumkan: Tanda Kasih (version metal), Mimpi yang Maut, Sepak Terajang (skinhead version) dan Kuchalana (reggae unpluged).
  • kumpulan berpecah setelah salah seorang ahlinya telah insaf dan menjadi anak makmun yang soleh dan sejati.
Tapi, semua tu hanya tinggal kenangan. Kini, masing-masing membawa haluan sendiri. Namun begitu, ikatan ukhwah yang terjalin tidak akan dilupakan sama sekali. Biarlah hubungan ni berkekalan

No comments: