Saturday, May 1, 2010

Kelibat KORUPSI


Korupsi/seleweng/memutarbelit dan seangkatan dengannya...

Entri kali ni ada kena-mengena dengan entri mencari konklusi yang aku postkan sebelum ini. Aku rasakan persoalan takde "ong" yang aku tulis dalam entri tersebut memang benar-benar berlaku ke atas aku. Jadi, untuk entri kali ini, aku akan postkan tentang kisah xde "ong" yang pertama yang melibatkan KORUPSI.

Kenapa perkara ini harus terjadi dan berlaku dalam kehidupan masyarakat kita? Aku juga tak terlepas dari menjadi mangsa rogolKisahnya bermula apabila aku ditawarkan menjadi Pembantu Penyelidik (Research Assistant) di salah sebuah IPTA. Gaji yang ditawarkan kepada aku dan telah disahkan oleh pihak universiti agak besar. Justeru, dapatlah menampung kehidupan harian aku sebagai seorang pelajar (actually sudah memadai pun). Namun, krisis tercetus apabila dengan sengaja atau tidak (aku pun tak berapa pasti), aku ada menandatangani satu perjanjian dengan bos projek aku dan bersetuju untuk memberikan RM800 dari gaji aku itu kepadanya. Dan aku pula telah bertindak bodoh (masuk ni dah ada 8 orang cakap aku bodoh) sebab sign agreement tu tanpa bertanya kenapa harus aku memberikannya wang sejumlah itu. Kini, aku sedang mengalami dilema yang teramat sangat kerana desakan dari bos aku itu (boleh kata setiap masa bertanyakan tentang gaji aku dengan pegawai bendahari). keadaan ini.

Kini, kes krisis gaji aku itu dalam penyiasatan. Harap-harap dapat diselesaikan dengan cara baik dan profesional. Bukan isu duit yang aku perjuangkan, tetapi isunya disini adalah isu mempergunakan diriku untuk kepentingan peribadi. Jika tindakan bos projek aku itu betul, aku relakan wang gaji tersebut diserahkan kepadanya. Dan aku pula, biarlah aku mengundur diri dari projek tersebut kerana aku tidak sanggup dipergunakan lagi.

Apa kena mengena kisah diatas dengan nombor 4? Dalam entri lepas, aku ada terangkan tentang nombor 444 yang mungkin bermaksud takde "ong" dan mungkin bermaksud wang (shift + 444 = $$$). Kesimpulannya disini, walaupun aku dapat $$$, tapi hati aku tak gembira sebab aku terpaksa berikan $$$ tu kepada bos projek aku. Mungkin sudah ditakdirkan takde rezeki atau takde "ong". So, jelas kan?

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur. Mujurlah ada mantan Ketua Jabatan aku yang support tindakan aku sebab memberitahunya (walaupun kena sebijik bodoh..adeih...haha..), kakak-kakak, abang-abang dan pakcik-pakcik staf fakulti dan kolej yang supportnasi nasihat (sekali lagi kena 2 3 biji bodoh...aduyai..ngeh3...), rakan-rakan sekelas, teman rapat, rakan-rakan penyelia kolej, rakan-rakan junior dan yang paling penting bos utama aku iaitu pengetua kolej yang banyak bagi sokongan  dan prihatin dengan krisis gaji aku (dan tak pasal-pasal kena bodoh lagi sedas dua..huhu..). Jadi, moral of the story-nya, (kalau taknak dapat title bodoh free2 je) baca dulu segala surat perjanjian dengan teliti sebelum tandatangan. Kalau tak faham, janganlah malu bertanya (lagi-lagi kalau bahasa yang digunakan dalam bahasa asing). dan bagi

Kepada pengetua yang juga menjawat jawatan sebagai timb. pengarah bahagian pengurusan geran penyelidikan, saya memohon maaf kerana tidak memberitahu bos awal-awal. Saya taknak keruhkan keadaan. Selagi saya boleh uruskan sendiri, saya akan cuba sedaya upaya selesaikan masalah tu. Kepada mantan ketua jabatan pula, saya juga mohon maaf kerana lambat mengadu dan tidak maklumkan kepada puan (beliau juga salah seorang ahli dalam projek tersebut). Terima kasih semua dan maafkan segala kesalahan bodoh aku itu.

Teringat lagu kelibat korupsi by One Buck Short di kala zaman moodamoody dooloo...huhu..

Verse 1:
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat


45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam


Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!


Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata


Dikir Barat:


Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama


Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak


Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu


Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak


Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!


Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

*Nota tutorial: entri ini bukan untuk memperbesarkan isu dan memburukkan nama mana-mana pihak. cuma ingin menjelaskan beberapa perkara tentang kekusutan yang dialami dan semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran kepada rakan-rakan yang lain supaya menjadi lebih berhati-hati.

1 comment:

Norfa Lyana said...

sabar je la...:)..
mgkn ade rezeki len menanti..

jgn biar kan ia berulang lagi..
len ari berhati2 ye...