Thursday, May 6, 2010

Mana sos cili?

Skenario Pertama

Semalam ada orang tolong tapaukan Popeyes. Sebab kenyang, aku simpan kat dapur. Sos cili pulak aku simpan kat dalam peti ais...



Skenario Kedua

Selalunya, kalau aku nak pergi makan kat mana-mana, aku akan  mengajak rakan-rakan. Kalau bukan aku yang belanja depa, depa akan belanja aku or paling busuk pun bayar sendirian berhad. 

Terbaca dalam FB seorang rakan yang mengajak rakan lain pergi KFC..



Terasa hairan dan jelek kerana aku tidak di'undang'. Tertanya-tanya juga apa sebabnya. Masuk kali ni, dah lebih 5 kali berlaku. Tapi hakikatnya, itulah lumrah kehidupan yang sememangnya PALAT. Cuma aku pasti hari esok masih ada..

Skenario Ketiga

Malam semalam terasa nak sambung makan Popeyes kat Kafe Abg Zul dengan pembeli Popeyes tu. Bukak peti ais..terkejut beruk bila sos cili yang baru je aku simpan dah lesap. Kemana pulak beliau berjalan? Haaisshhhh.... BADIGOL betul!

Ahhh...pegi mampos la. Tak mati pun makan ayam takde sos. So aku blah ke kafe

Kesimpulan

Bile relatekan ketiga-tiga skenario tu, sekarang baru aku tau kemana hilangnya sos cili aku tu..dan kini baru aku tau, selama ni aku memang tak diperlukan dan selalu diketepikan. TERIMA KASIH BANYAK2!

MANA SOS CILI AKU????
(kalau entri aku berapi camni, agak2 kena cili tak mulut tu??wakakaka...)

1 comment:

Anonymous said...

ooo..jang kasihan bona...lee ko jang...