Friday, July 2, 2010

Makan Mania


Tarikh: 1 Julai 2010
Lokasi: Subway, McD, dan Uncle Chili Amcorp Mall PJ
Masa kejadian: 1730-2000

Hari ni tiba-tiba je terasa macam nak makan kat Subway. Dah lama kot tak makan menda alah tu setelah sekian lama di perantauan (poyo je). Apa lagi? Aku terus call Wan. Sedang elok lak dia dah nak abis keje. Dan aku lak dah muak mengadap proposal yang entah bila nak siap pun aku tak tau (agak-agak la bai...20 Julai nak kena submit dow!).

Menu burger pilihan hari ni....Jeng..Jeng..Jeng...Taraaaaaaaaaaaaa....

SUBWAY OF THE DAY (THURSDAY) - TURKEY BREAST + ICE LEMON TEA (WITHOUT ICE)


Time tengah fokus nak order ape, Eileen call dan nak join sekaki sekali dengan Epul. Nak tunggu depa sampai memang lambat lagi la. So aku dan Wan bedal la dulu. Lapar punya pasal dow..ngam-ngam je habis makan, dan-dan la pulak hujan. Tempias punya pasal, kitorang masuk la ke dalam Amcorp Mall (Subway Amcorp just kat luar je). Kalau tunggu diorang sampai, memang sah-sah kitorang basah kuyup dulu. Kebetulan lak Wan nak cucuk duit pakai jarum kat ATM. Malang pulak underwear maintenance. Sudah...nampak pulak aiskrim McD. Tibai sebijik dulu pastu makan sambil usya-usya awek.

Bila diorang dah sampai kat Subway, Wan lak bagi idea bernas - pekena sebijik Subway lagi! Kali ni, aku try makan STEAK AND CHEESE lak.


Time ni dah terasa kenyang. Tapi idea dari Epul makan ayam pandan kat Uncle Chili tu sangat-sangat la aku setuju (dasar nafsu buaya!). Menu kat Uncle Chili lak - AYAM PANDAN dan FRIED WANTAN. Ok stop! Yang ni membuatkan perut aku bertambah-tambah full. Gile la makan hari ni..

Balik je dari makan, terus mandi dan pergi meeting dengan geng-geng PM kolej. Macam biasa der...lepas meeting pekena mamak pulak. Aiyoo..ngap lagi ka? Aku memang takleh tahan. Terasa nak muntah sangat-sangat dah. Even terasa nak muntah, sempat lagi sebat mee goreng mamak 5 6 suap. Memang cari nahas!

*Moral of the story: makan la selagi boleh makan. Bila dah pokai, pandai-pandai la puasa. 
*Entri pasal aktiviti bulan Jun, nanti la aku update. Macam malas je nak taip banyak-banyak.

Nite (tidur dalam kekenyangan)

2 comments:

gerhana bulan said...

wah besh ko makan ek hahahaha..
betol2 makanlah selagi leh makan. bulan depan dah start pose. aaarrgghhhhh......

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

saja datang ziarah baca blog ko and cari teman alam maya.. itu pun klu ada respon yang baik dari kamu... itu pun kalau kamu sudi...

yup selagi boleh makan makan aje lah... klu dah sakit semua tak leh makan