Tuesday, August 31, 2010

Jepun Menjajah Malaysia


Salam...

Jika anda lahir pada tahun 80-an, amat mustahil jika anda tidak pernah menonton cerita wira kanak-kanak seperti Gaban, Suria Perkasa Hitam (Masked Rider) dan sebagainya.

Pak ABU ingat lagi..cerita hero yang kesemuanya datang dari Jepun ini membuatkan Pak ABU dan rakan-rakan sangat taksub sampai sanggup ponteng sekolah dan ponteng mengaji.

Jadi, entry kali ni, Pak ABU nak imbau kembali kenangan sewaktu kita kecil-kecil dahulu. Saksikan...

GABAN



SURIA PERKASA HITAM (MASKED RIDER)



FLASHMAN



JETMAN



CYBERCOP



*Selepas hero-hero kita ni pencen, barulah ada hero-hero dari negara Barat seperti Mighty Morphin Power Rangers..
*Sekadar menyebut beberapa jenis hero. So, tak perlulah Pak ABU ungkit kisah Ultraman dan sabagainya kerana mereka semua sangat popular kot sampai sekarang.

*Nota tutorial: zaman kita ada kenangan kita tersendiri...zaman sekarang lain pula kisahnya...

Merdeka!


Pak ABU nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke - 53
Sori lambat beberapa jam sebab tadi internet semput terkena angin ahmar

Merdeka!

Merdeka!

Esok Puasa!

lalalalala.....



Monday, August 30, 2010

Seni VS Sukan

Salam kepada pembaca-pembaca yang hensem dan ayu sekalian...

Entry kali ini Pak ABU nak cerita sikit pasal aktiviti-aktiviti yang Pak ABU pernah join semasa menuntut harta Ijazah Sarjana Muda di UM dulu.

Pak ABU join seni semuanya bermula di kolej (asrama). Mula-mula sesi pendaftaran, Pak ABU tak tau nak join apa. Last-last Pak ABU tekad nak join tarian tradisional Melayu. Wah....satu pembaharuan. Padahal sebelum-sebelum ni tak pernah langsung menari.

Bila berjumpa kumpulan tarian, senior-senior tanya la kat Pak ABU kenapa nak join tarian. Pak ABU just cakap sengaja nak cube sumthing different.

Pak ABU dan Mak Lisya
Jejaka-jejaka macho
Maka, melekatlah Pak ABU dari tahun 1 sampai la tahun 3 join menda alah ni. Tapi Pak ABU bukannye join tarian je. Macam-macam Pak ABU mencapubkan diri. Contohnye, gamelan, teater, dikir barat dan banyak lagi la.

Walaupun Pak ABU sedar Pak ABU ni gagah perkasa, macho, kacak dan seangkatan dengan beliau, tapi aktiviti seni Pak ABU tak tinggal ok!

Kalau dalam tarian kena lembut-lembut sikit kan...(HEY!Pak ABU tak pondan ok!), tapi bila main sukan Pak ABU jadi macho tau. APA???Pak ABU main sukan???What the.....Tak percaya...tengok la gambar berikut:

Squash : Game lepas geram
Lawn Bowl: Game ni la buat Pak ABU jadi gelap sikit..Dulu Pak ABU putih ok!

Haaa...tak percaya lagi? Tu la...jangan ingat Pak ABU ni kaki tak bedung ye..

Sukan yang paling Pak ABU minat sudah tentu sukan squash dan lawn bowl. Pak ABU injured pun sebab main squash la...yapeda....

Sekarang Pak ABU dah pencen dah....Bagi la peluang pada budak-budak junior pulak..Tak gitu?


Pergilah Kau dari Hidupku

KAU!
Ye....KAU lah!
Tolong berambus dari hidup aku!
Aku tak perlukan KAU lagi..
*Ini kata akal

Ahhhhh...kemana KAU pergi ni?
Di saat aku perlukan KAU,
KAU tiada disisiku
Aku perlukan KAU sekarang...
*Ini kata hati
Begitulah dilema yang dilalui oleh seorang perokok tegar yang bernama ABU ALI..

Setiap kali Ramadhan saban tahun, beliau menyimpan harapan semoga akan berhenti merokok. 

Namun keadaannya tetap juga sama. Rokok masih di celah jari.

Bilakah beliau akan terus berhenti?

Kita nantikan sahaja waktu itu.

*Nota tutorial: kali ni siyes...kejap lagi aku berhenti dow...berhenti sebab aku puasa..time berbuka, aku hisap balik...ngeh3


Sunday, August 29, 2010

Don't Talk!!!


Salam...

Ada aku kisah? satu kisah yang terjadi pada beberapa hari lepas. Semasa Pak ABU nak keluar mencari pasal makan untuk sahur bersama driver setia Pak ABU iaitu Pak Popo, kebetulan pulak gate kolej dah ditutup.

Pak ABU dan Pak Popo keluar dari kereta untuk membuka pintu gate tersebut. Semasa Pak ABU sedang berusaha keras untuk menolak pintu gate berkenaan, Pak Popo didatangi Pak Gad (guard). Beliau bertanya mahu pergi kemana. Pak Popo menjawab dengan ikhlas tujuan kami berdua.

Pak Gad: Nak pergi kemana ni?

Pak Popo: Keluar makan sahur.

Pak Gad: Dengan sape?

Pak Popo: Kawan saya.

Pak ABU terus pergi ke arah mereka berdua bila tengok Pak Gad tu lama membebel kat Pak Popo. Terus Pak ABU cakap, "saya penyelia". Pak Popo masuk ke dalam kereta kembali.

Pak Gad: Owh..penyelia takpe la. Saya dah tutup pintu gate. Kalau selalu dibuka, nanti senang orang keluar masuk. Kita ada undang-undang, kena patuh pada undang-undang. Blablabla...bebelbebelbebel....

Tiba-tiba je Pak ABU boleh spontan keluarkan ayat "SHUT UP.DON'T TALK!" sambil menunjukkan jari ke arah Pak Gad tu. Wah...Pak Gad tu terus diam. Pak Popo yang berada dalam kereta sudah ketakutan melihat Pak ABU begitu garang sekali.

Lebih kurang camni la Pak ABU buat kat Pak Gad tu

Sambil menutup pintu pagar, Pak Gad tu turut membantu menolak.

Bila dalam perjalanan, Pak Popo diam tak berkata apa-apa. Lama sikit, baru la beliau bersuara. "Ko marah Pak Gad tu ke?Gile garang. Takut aku...".

Nasib la kan..sape suruh bebel tak tentu pasal. Dah memang tugas dia berkawal. 

Memang beliau tak bersalah kalau nak bercakap pasal undang-undang whatsoever la. Tapi agak-agak la...Unit keselamatan kolej tu Pak ABU yang pegang. Macam la Pak ABU tak tau pasal undang-undang kolej. Ada hati nak cakap pasal undang-undang konon. Habis tu, aduan yang Pak ABU dapat pasal Pak Gad tu skodeng student kat floor ape cerita??? Kurang ajar!

*Nota tutorial : memang cari pasal..tapi kesian jugak tengok Pak Gad tu kena maki free2 je..haha...geram pun ada sebab Pak Gad tak boleh diharap..SILAKA!


Kisah Si Gadis Buah

Lokasi : Pontianak, KalBar, Indonesia

Masa : Bulan Jun

Apakah yang mereka berdua jualkan?

Pantun Kahwin

(UNTUK RINGAN-RINGANKAN KEPALA JE)

Before marriage,
Darling here.. darling there...
After marriage,
Baling here... baling there..

Before marriage,
I die for you. . .
After marriage,
'You die, up to you. '
Lagi lama married,
You die I help you!

Before marriage,
You go anywhere. . I follow you.
After marriage,
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married,
You go anywhere, better u get lost!!

Before wedding,
You are my heart, you are my love..
After wedding,
You get on my nerves.

Before wedding,
You are sweet and kind just like Cinderella
After wedding,
You are worse than godzila
 
Before wedding,
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding,
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding,
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding,
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding,
She looks like Anita Sarawak
After wedding,
Don't know whether katak or Pontianak
 

Susah atau senang? Pilihan di tangan anda

Jika diberi pilihan sama ada menaiki eskulator dan tangga, mana 1 yang anda akan pilih? Semestinya anda akan memilih eskulator. Alasannya semua sama iaitu memudahkan anda.

Memandangkan hakikat penggunaan tangga kini makin kurang, ada sebuah tempat telah berusaha untuk mengubah tangga untuk menarik perhatian pengguna menggunakannya. Saksikan video di bawah:



Menarik bukan? Di Malaysia bagaimana pula? Jika dibuat sedemikian rupa, apakah masih ada masyarakat yang ingin menggunakan tangga? Fikir-fikirkan...

*credit to Pianotrappan - rolighetsteorin.se for the video


Friday, August 27, 2010

Ndak KAWAN!

Tatkala masih bayi
Senyumannya yang comel
Menjadi model
Wajah yang fotogenik
Obses dengan aiskrim
Kelincahan tanpa batasan
LUNGGI MAHARANI, 3 TAHUN

"Bang O-ne..Bang O-ne..Mau pegang janggutnya..Banyak deh..Geliiiii..."

"Ndak kawan sama abang O-ne!"

"Bang O-ne...si tok kemari jumpa Lunggi lagi? (bila lagi mahu kemari berjumpa dengan Lunggi?)"

Oh...sungguh lincah anak kecil ini. Sikapnya yang lincah, keriangan, banyak celoteh, dan manja  membuatkan Pak ABU rindu sama si comel ini. Kapan lagi akan ketemu?


Apabila perempuan diberi peluang untuk membebel (versi kanak-kanak)

Cuba bayangkan kalau mereka berdua ditakdirkan menjadi suami isteri besar nanti.....





"You be quiet now!"

"No! You be quiet I'm four your not four"

"YOU ARE BAD!!"

"No you are!"

"I'mma tell your mom, you-a go home!"

Comelkan?hehe....

Wednesday, August 25, 2010

nekbat oh nekbat

Kuih Nekbat yang dah disira
OMG!

OMG!

Sekali search dekat google, berlambak-lambak gambar kuih nekbat ni. Mana nak cari kat Kolumpor ni? Pak ABU teringin sangat nak makan. Kempunan la camni...huhu....


Hidangan Berbuka


Jus Pisang : Culik dari http://www.infobunda.com/

Carrot Susu : Ambil pula dari http://liana-adiniel.blogspot.com

Roti Sambal Bilis : Seludup masuk dari http://bomba994.blogspot.com

Inilah juadah berbuka puasa Pak ABU setiap hari pada bulan Ramadhan tahun ini. Memadai berbuka dengan jus pisang/carrot susu + roti bilis gardenia. Jimat dan berkhasiat. Kenyang juga....Syukur Alhamdulillah...

*Nota tutorial : terima kasih penyumbang gambar...


23 ke 32?


2010-1986=24

2010-23=1987

Pelik...Hairan....

Tidak mungkin 2010-1986=23 ----------------->SALAH!

Kenapa perlu dihitung begitu? Sebabnya, ada seorang rakan Pak ABU ni sambut hari lahir yang ke 23. Sedangkan beliau dilahirkan sama tahun dengan Pak ABU iaitu 1986. Tapi kenapa 23?

Kek beliau yang sambut birthday ke-23 tersebut.
Tapi siapakah beliau?

Nama: Enat. Beliau seorang yang suka makan kek. Tapi bukan beliau punya birthday ok!..Haish...

Ok...ok....Ni tuan badannya

Ranie: Muka kebulur
Sedarlah diri wahai kawanku...Anda itu sudah 24..Bukan 23 ye!Sekian...Harap maklum...

Bandar I

Ada daun warna putih meh?Wah...terasa macam berada kat Jepun pulak...(mode: teruja seketika)


3 of Huru-Hara Crew: Pian, Pinat, Po-ne...hahaha..(alamak...kantoi rambot botak)
Mak-mak sihir sedang membaca jampi serapah turunkan hujan...*Klukklukkluk....(tiru versi Ranie Ahmad)
Madu 3..Hehehe...
2 beradik...Ayub datang agak lambat..Hari dah nak hujan gara-gara jampi si Ranie tu..Apa lagi? Cabutttttttttttt...

Tuesday, August 24, 2010

Dulu Oren, Kini Coklat


Apa yang oren? Apa yang coklat?

Oren ni ke??

BUKAN!
Coklat????

SALAH!
Haha....

Ni ha....saje je nak beritahu template blog Pak ABU yang baru. Kalau dulu warna oren, kali ni dh tukar  warna coklat buluh. Bosan dah asyik tengok warna oren je. Sekali-sekala nak juge tukar selera.

Gambar template blog Pak ABU yang baru. BULUH. Bajet macam Jepun la pulak ek?
2 hari Pak ABU ambil masa buat menda alah ni. Penat dan tenat! Semalam pergi melawat kakak kat hospital pun sempat gak layan edit blog ni. Punya la semangat! Tesis dah siap? Ahh..diamlah kau!

Rupa-rupanya dalam diam Cik Funna pun tukar template. Pun warna coklat jugak. Aik...macam dah janji pulak. Nasib baik beliau tak letak background buluh. Haish...

Inilah Cik Funna yang sentiasa HEPI. Rindu kat gelak dia..
*Nota Tutorial: Harap-harap lepas ni lebih ramai yang baca blog Pak ABU di BLOGSPOT. Janganlah asyik baca di Facebook je. Bersedekahlah sikit di bulan yang baik ni...Dapat pahala wooo...

Monday, August 23, 2010

Terapi Lintah


Lintah, binatang sejenis spesies cacing yang hidup diair. Makanan utamanya adalah darah. Bajet Dracula betul binatang ni kan? Sebab itulah manusia sangat takut dengan binatang ini.

Ini Lintah

Ini Dracula


Air liur binatang ini juga mengandung anestesi, penisilin dan banyak unsur zat lainnya. Untuk pengetahuan semua, air liur beliau inilah yang digunakan untuk membuat minyak lintah. Semestinya kegunaannya menegangkan tisu-tisu yang patut ditegang.

Ini Minyak Lintah
Kini, lintah menjadi semakin popular bukan kerana wajahnya yang hensem ataupun cantik. Tetapi, adanya terapi lintah yang dikatakan mampu mengubati berbagai jenis penyakit termasuklah penyakit kronik (kini lintah boleh dapat title Dr. Kronik). Pak ABU pun tak ketinggalan mencuba kaedah terapi ini. Tak percaya, gambar di bawah menjelaskan segala-galanya...

*AMARAN: INI BUKAN LINTAH, DRACULA MAHUPUN MINYAK LINTAH...INI PAK ABU OK!!!

Sunday, August 22, 2010

23 PELAJAR MALAYSIA KAJI KHASANAH MELAYU SAMBAS (dipetik daripada laman web kacamatan Sambas, KALBAR,Indonesia)


Ditulis oleh Humas
Kamis, 10 Juni 2010 00:0

23 Pelajar Universitas Malaya Malaysia melakukan penelitian akademi pengajian melayu di Sambas. Mereka melakukan pengkajian mulai Rabu (9/6) hingga Rabu (16/6). Pelajar negeri jiran itu sengaja menjadikan Sambas sebagai tujuan penelitian mendalami khasanah budaya dan seni melayu di Bumi Terigas.

Mereka didampingi satu dosen pembimbing, Dr Sudarsono. Kedatangan rombongan ke Sambas sudah disambut meriah dengan adat dan budaya melayu sambas. Musik tanjidor Nada Perantau Sekuduk dan Seni Zikir Taharan mengiringi langkah tamu menuju halaman Rumah Dinas Jabatan Bupati Sambas.

Ketua MABM dan beberapa tokoh masyarakat melayu lainnya melakukan budaya bepapas kepada ketua rombongan sekaligus dosen pembimbing dan beberapa perwakilan mahasiswa. Asisten II Setda Drs H Samingan Z MSi menyambut langsung rombongan didampingi Kadis Porabudpar, Sekretaris Bappeda, Perwakilan Camat Sambas, Muspika Sambas, beberapa pelaku budaya dan seni sambas, beberapa Kades dan orang tua angkat pelajar selama melakukan penelitian di Sambas.

Ramah tamah dipusatkan di Balairung Sari Rumah Dinas Jabatan Bupati Sambas, rombongan disuguhkan dengan menu makanan khas sambas, bubor paddas ditambah alunan lagu tanjidor seperti sungai sambas kebanjiran dan beberapa lagu melayu sambas lainnya. Bubor paddas mendapat hati dibeberapa pelajar negeri tetangga Indonesia itu. Beberapa dari mereka tidak segan-segan menambah porsi mencicipi menu itu.

Samingan dalam sambutannya mewakili Bupati Sambas mengucapkan selamat datang kepada semua rombongan. Dia berharap para pelajar betah dengan pelayanan yang disuguhkan Pemerintah Daerah dan Masyarakat Kabupaten Sambas. “Pemerintah Daerah Kabupaten Sambas mengucapkan selamat datang di Kabupaten Sambas Indonesia, Kami sangat menyambut baik penelitian yang dilakukan pelajar malaysia, ini artinya perkembangan khasanah budaya dan seni melayu kita mendapat perhatian yang cukup besar dari daerah lain,” ujar dia.

Mantan Camat Paloh ini meminta agar hasil penelitian nantinya juga disampaikan kepada Pemda. Itu lanjut dapat dijadikan sebagai bahan referensi terutama memperbaiki apa yang menjadi kelemahan. “Kita berharap ini dapat menjadi awal baik guna meningkatkan nilai-nilai khasanah budaya dan seni yang ada di Bumi Terigas,” jelas dia.

Tajili salah satu koordinator penyambutan tamu itu menjelaskan bahwa kegiatan para pelajar selama seminggu di Bumi Terigas telah dilakukan penjadwalan. Kegiatan pertama para pelajar jelas Tajili yang merupakan PNS di Dinas Porabudpar Sambas ini adalah kegiatan yang telah dipersiapkan masing-masing desa tempat pelajar menginap. “Kita juga menjadwalkan pelajar mengunjungi situs sejarah budaya sambas, yakni Istana Al-Watzikoebillah Sambas, mengunjungi makam ratu sepudak dan melihat seni tradisional otar-otar,” ungkap Tajili.

Pelajar itu dipastikan dia akan banyak diperkenalkan kepada seni budaya yang ada, seperti seni ratib di Sebadi, pertunjukkan alok gambang, dan berbagai variasi dialek bahasa melayu yang berbeda-beda. Bahkan tajili menjelaskan telah menyiapkan sebuah prosesi adat perkawinan melayu sambas. “Banyak lagi agenda kegiatan yang telah kita persiapkan hingga hari terakhir mereka disini, kita berharap ini dapat menjadi salah satu langkah promosi memperkenalkan budaya dan seni melayu agar go internasional lagi,” harap dia.
 
*Jutaan terima kasih kepada kalian (pihak Sambas) kerana memberikan pengalaman yang cukup berharga. Semoga hubungan yang telah terbina menjadi utuh sehingga ke penghujung hayat. InsyaAllah...
 

Kunjungan Pelajar AKP Melayu Malaysia


Rabu, (9/6), Pemerintah Kabupaten Sambas menerima kunjungan mahasiswa akademi pengajian melayu Universiti Malaya Malaysia. Diinformasikan Kabag Humas PDE dan Sandi Setda Kab Sambas Zulkifli SP dalam rilis resmi, Selasa (8/6), hal ini sesuai Undangan Bappeda Sambas Nomor 005/366/litbang Bappeda tanggal 8 Juni 2010 perihal undangan.

Rombongan lanjut Kabag Humas diperkirakan tiba di Bumi Terigas sekitar pukul satu siang. “Pertemuan akan digelar di Balairung Sari Rumah Dinas Jabatan Bupati Sambas,” ujarnya singkat. Kedatangan pelajar negeri tetangga itu, disebutkan dia sebagai salah satu ajang silaturahim dengan pemerintah kabupaten sambas. Selain itu, rombongan diperkirakan menggelar studi tour ke Kabupaten yang dijuluki Serambi Mekah karena memiliki kesamaan adat dan budaya, terutama melayu.

Ditulis oleh Humas Rabu, 09 Juni 2010

Perempuan -tik

zaman sekarang sudah maju
ramai perempuan tak berbaju
tak cukup kain macam zaman batu

semuanya materialistik
semuanya memilih plastik
tak kisah rugi membeli semua kosmetik

Tuesday, August 17, 2010

Murtabaking (versi loghat Pahang)

Hari Sabtu (14 Ogos 2010) baru ni, kome balik ke kampong Jantet Peri (Kg. Jerantut Feri, Jerantut, Pahang). Bese le, bulan-bulan pose camni nok juge rase makanan mok masok. Kalo balik kampong je, mok kome masok macam-macam le. Ade je die tuh masok itu ini.

Hari tuh, mok kome buat laksam dan abang ipor pulok nok makan sup gear box. Mok kome hajatnye nok buat banyok menda...ayam percik la...bubur lambok la...haish...banyok benor..Kome cakap tok payoh le banyok-banyok. Bukan nok makan sanget pon. Tamboh pulok makanan beli kat bazor lagi. Aduyai...boncit le perut kome camni.

Kalo pergi bazor tu, makanan yg tok penoh tinggey (tinggal/miss) mesti le motabok Peri. Hok speselnye motabok Peri ni sebab saiz die besor. Tiap-tiap tahun pulok, harga naik serengget (RM1.00). Sekarang harge motabok Peri tu 7 rengget doh. Kome nengok saiz same je besor nye. Kat bowoh ni kome letok gambor motabok Peri tu:

* Kome curik gambor dari fesebuk Nizam..ngeh3...
Motabok ni tok same dengan motabok kat tempat lain. Saiz die memang besor le...Inti pon lain. Kalo kat tempat lain, intinye kentang, telor, sayor kobeh dan dageng hancur seciput. Motabok ni jangen harap le nok jumpe menda-menda tu semue. Dalam die, dageng bukan main banyok lagi weh. Kome tok pedo'oh. Deme patut try. Pendek kate, makan sebijik pon deme semue takyoh la makan nasik doh lepaih tu. Haha...

*Nota tutorial: 1st time try tulis loghat Jerantut. Kalo saloh, kome mintok maah le...

Korporat ke keparat?


Baru-baru ni Pak ABU topupkan C**c*m RM10.00 untuk adik Pak ABU. Tapi beliau agak bising. Pak ABU sangat hairan kenapa orang tolong topupkan tapi bising pulak. Bila adik Pak ABU datang, barulah dia beritahu C**c*m akan memotong RM4.00 dari jumlah topup RM10.00 tu. Jelasnya, C**c*m agak gila.

Ada 1 hari, Pak ABU lepak kafe belakang dengan rakan-rakan. Borak-borak, maka terborak la pasal network telefon ni. Rakan-rakan Pak ABU tu jugak mengeluh sebab mengalami nasib yang sama dengan adik Pak ABU. Bila mereka explain, barulah Pak ABU faham kenapa adik Pak ABU tu bising bila Pak ABU topupkan untuknya.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada network bernama C**c*m terbabit? Kenapa penggunanya terpaksa "memberi" kredit secara percuma atau dengan erti kata lainnya, kredit mereka dipotong setiap kali topup tanpa ada sebarang sebab dan notis? Musykil juga ni...haish...

********************

Pak ABU perasan, semenjak Pak ABU tukar kepada postpaid, bil telefon melambung tinggi sedangkan Pak ABU banyak ber'sms' je. Semalam bil telefon sampai dan barulah Pak ABU tahu rupa-rupanya sebijik sms berharga 9 sen untuk kadar off-peak. Pelik dan hairan kenapa jadi begitu sedangkan semasa penawaran pakej pertukaran dari prepaid kepada postpaid dijanjikan masih mengekalkan kadar yang sama dengan prepaid tersebut (dahulu Pak ABU pakai kadar Youth Club, 1 sms = 1 sen).

Patut la...Dulu, pakai prepaid, RM30.00 sebulan pun susah nak habis. Kini, bila sudah tukar kepada postpaid, RM30.00 tak sampai 3 hari.

Apa kes ni?

*Nota tutorial: Bijak bermain kata-kata sehingga masyarakat mudah terpedaya. Itulah korporat yang keparat!

Tuesday, August 10, 2010

Pokcik KAYO!!!

Terkejut badak tak tengok tajuk entry ni? Jangan tak percaya kerna ada kebenaran disebaliknya.

*****************************************

FROM MRS BROWN...

From:
MRS BROWN ...Add to Contacts
To:
___________________________________________________________

Hello Dear,

Please excuse this humble email if it offends your sensibilities, but I have no other means to contact you. I cannot talk on the telephone, so I did a search for your email address, which I found on the international business directorate email data search. I am Mrs Christable Brown, A Christian widow who is dying of oesophageal cancers.

Recently, My Doctor told me that I would not last for the period of Seven Months due to cancer problem, Yes I have been touched by God to donate an amount of money Inherited from my late husband Smith Brown to you for the good work of God on Charity" People in the Street and Helping the Orphanage which my husband derived this money from his vast Estates and Investment in capital market, I decided to WILL/donate the sum of USD$8.5 Million to you 30 Percent of the total money is for your personal use While 70% of the money will go to charity" people in the street and helping the orphanage.

I will give you the contact of Bank Manager for the releasing of the specific amount, my personal Referrence Number Law/WILL/ 9834520012. I will appreciate your utmost honest in this matter until the task is accomplished as I don't want anything that will jeopardize my last wish.

With Regards,
Mrs. Christable Brown.

______________________________________________________________

Amacam? Percaya tak? HAHAHA....

*Nota tutorial: Siapa lagi dapat email macam ni? Pak ABU dapat email ni since 2nd year kat UM. Bila dapat je, terus Pak ABU delete. Pekejadahnya la depa hantar menda-menda camni kan? Buat penuh inbox je..haish

Cahaya (sempena Ramadhan al-Mubarak)

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

Corat-coret Konvokesyen UM 2010

Berlalunya tarikh 7 Ogos 2010, maka berakhirlah minggu Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2010 (FESKUM 2010). Festival ni berlangsung selama seminggu bermula 2 Ogos 2010 hingga 7 Ogos 2010. Pak ABU sempat la juge join 2-3 sidang penganugerahan ijazah sarjana muda untuk kenalan-kenalan Pak ABU. Sambutannya pulak, Pak ABU tak boleh nak komen banyak sebab penilaian masing-masing berbeza. Cuma apa yang Pak ABU dapat perhatikan time Pak ABU join FESKUM tu, agak terasa juge la kehambarannya sama seperti FESKUM tahun lepas. Malas la nak komen lebih-lebih. Pak ABU nak tengok kenalan Pak ABU konvo je.

Ok. Hari pertama sidang Ijazah Sarjana Muda Sains (B. Sc.)

*Puan Fuad (sebab galas handbag), Fad (tuan yang konvo), Pali (ntah camne leh sesat kat sini), Pak ABU dan adik Fad (Firdaus kalau tak silap namanya)
* Rabiah (sila abaikan wanita di belakang beliau itu kerana beliau sering mencapub).
* Pak ABU bersama si Tangan Emas (Suria Hadi) dan juga mantan pengarah FESKINA dan juga senior Pak ABU dan juga....haish...banyak sangat la nak sebut beliau ni.

Sidang seterusnya iaitu sidang pagi hari Khamis tu (5 Ogos 2010) - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (B.M.S)

* Turn adik Pak ABU bernama Ayie. Sori sebab muke agak kurang macho kerana Pak ABU bukanlah seorang yang fotogedix.

* Ma, Ayie dan Nabila.
Sebelum depa balik, Ma usap bahu Pak ABU. Pastu Ma ajak datang rumah lagi kalau ada masa free. Ma faham kesibukan Pak ABU. Sempat Ma cakap jangan sedih-sedih dan Ma ada cakap sesuatu yang membuatkan Pak ABU rasa sangat-sangat sebak. Lantas Pak ABU salam mencium tangan beliau. Terima kasih Ma. Kasih sayang Ma hanya tuhan je mampu membalasnya.

Sabtu petang pulak tiba giliran geng2 nyut-nyut Pak ABU iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (B.S.Sc)

* Cia, Zai, Farlyn dan Suzi
Time ni, Kili dan Yus sudah menghilangkan diri. Sebabnya Pak ABU datang agak lewat. Maafkan daku ye geng. Korang keluar awal sangat kot..haha...

Hari Ahad (8 Ogos 2010), Yus ajak bergambar kat di DTC jam 9:15am. Nasib baik aku bangun awal pagi. Manakala Kili, masih menghilangkan diri tanpa khabar berita.

* Yuslymin...bakal menerajui UM 1 hari nanti.
***************************************************

Begitulah sikit corat-coret konvo rakan-rakan Pak ABU. Tamatnya sidang Pusat Sukan itu, maka tamatlah sudah Festival Konvokesyen UM 2010. Perasaan gembira dan bangga sebab dapat tengok rakan-rakan Pak ABU terima segulung ijazah. Tapi, ada sesuatu yang bermain di fikiran Pak ABU. Bila lagi kita akan bertemu? Persoalan ini membuatkan Pak ABU berasa sebak. Mana tak nya...3 tahun duduk bertepuk-tampar,tawa-ngilai sama-sama...Sekarang, masing-masing akan membawa haluan sendiri. 

Walau apa pun, dikesempatan ini, Pak ABU nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan junior-junior Pak ABU kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah yang dikecapi selama ni. Bagi rakan-rakan yang Pak ABU tak sempat join konvonya seperti Cikgu Mila, Apek Zen Yu, Bob Locuss Standi dan sesiapa sahaja yang mengenali diri Pak ABU, Pak ABU nak mintak maaf banyak-banyak andaikata selama perkenalan kita Pak ABU ada buat salah. Ada juga geng-geng yang Pak ABU tak upload gambar konvonya, mintak maaf banyak-banyak sekali lagi. Kalau ikutkan hati, nak je letak semua tapi apakan daya...terlalu banyak sangat. Apa-apa pun, TAHNIAH diucapkan sekali lagi.


Ikhlas daripada,
Mohamad Ridzuan Mohamed Idris
ABU ALI
O-NE

*Nota tutorial: bila la nak merasa pakai jubah sekali lagi ni?haish....

Dear My ****


i will never fall again
i will rise upon my time is dead!
should i’ve been considering
by the time i’ve found my only one

you weren’t meant to suffurcate
in this cruelty violent of the world
should i never be absurd
or am i the victim of my prey

hush now, nothing to be scared
no one dare to blame my ****
fear not, the poison of my love
you’re the only cure my ****

Monday, August 2, 2010

3 oh 3



SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan
5. rakus
6. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10. takut dan gelisah
11. buruk sangka
12. memandang rendah pada orang lain
13. merasa suka pada dosa
14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15. putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan bezikir
3. Banyakan beristigfar
4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakkan baca Al-Quran
15. Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

1. Rumah yang bersih
2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
3. Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji
5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Perihal KUKU


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi  khinzir (lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi khinzir tersebut...

POTONGLAH KUKU ANDA!!!

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung.. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala hotak.

Untuk yang bujang, kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

 *Nah....agak-agak camne la dia nak buat basuh berak ek?

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN


Pak ABU rasa memang sudah menjadi satu trend memakai cincin dikalangan lelaki (bagi perempuan tak payah la nak disebut). Pemakaian cincin tu pulak macam tak ada guideline. Ada yang pakai kat ibu jari..jari manis.. Kalau boleh nak pakai kat semua jari dan tangan yang ada. Pak ABU terfikir, apakah pemakaian cincin sedemikian mengikut sunnah nabi yang sebetulnya?
 
 *perghh..smart dow dapat cincin bentuk camni..

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari).
Dan jangan memakai pada jari
  • jari tengah
  • jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

*Nota hujung:- MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA

Petua Orang Melayu

Salam kepada blogger-blogger sekalian...

Ni Pak ABU nak kongsi sikit petua orang Melayu yang Pak ABU dapat melalui e-mail. Kalau anda semua rajin nak try, rasanya tak ada ruginya. Mujarab ke tak, Pak ABU pun tak dapat nak bagi testimonial. Korang cuba la sendiri ek.

Cara hilangkan karat pada gigi
Ambil biji asam jawa. Kemudian goreng tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. Ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi. Lakukan setiap hari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya. 

Cara legakan sakit kepala
Ambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar. 

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kulit berkedut
Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingga sebati, setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan selalu. InsyaAllah berkesan.

Sakit gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya. Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam, gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua menghentikan pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya, insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.

Turunkan suhu badan bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari, telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badan bayi akan berkurangan.

Hilangkan kesan teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.

Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. InsyaAllah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. InsyaAllah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerin bersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. InsyaAllah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda ke klinik. InsyaAllah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. InsyaAllah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit – tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. InsyaAllah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. InsyaAllah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. InsyaAllah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Sunday, August 1, 2010

7 secrets to success