Tuesday, August 10, 2010

Corat-coret Konvokesyen UM 2010

Berlalunya tarikh 7 Ogos 2010, maka berakhirlah minggu Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2010 (FESKUM 2010). Festival ni berlangsung selama seminggu bermula 2 Ogos 2010 hingga 7 Ogos 2010. Pak ABU sempat la juge join 2-3 sidang penganugerahan ijazah sarjana muda untuk kenalan-kenalan Pak ABU. Sambutannya pulak, Pak ABU tak boleh nak komen banyak sebab penilaian masing-masing berbeza. Cuma apa yang Pak ABU dapat perhatikan time Pak ABU join FESKUM tu, agak terasa juge la kehambarannya sama seperti FESKUM tahun lepas. Malas la nak komen lebih-lebih. Pak ABU nak tengok kenalan Pak ABU konvo je.

Ok. Hari pertama sidang Ijazah Sarjana Muda Sains (B. Sc.)

*Puan Fuad (sebab galas handbag), Fad (tuan yang konvo), Pali (ntah camne leh sesat kat sini), Pak ABU dan adik Fad (Firdaus kalau tak silap namanya)
* Rabiah (sila abaikan wanita di belakang beliau itu kerana beliau sering mencapub).
* Pak ABU bersama si Tangan Emas (Suria Hadi) dan juga mantan pengarah FESKINA dan juga senior Pak ABU dan juga....haish...banyak sangat la nak sebut beliau ni.

Sidang seterusnya iaitu sidang pagi hari Khamis tu (5 Ogos 2010) - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (B.M.S)

* Turn adik Pak ABU bernama Ayie. Sori sebab muke agak kurang macho kerana Pak ABU bukanlah seorang yang fotogedix.

* Ma, Ayie dan Nabila.
Sebelum depa balik, Ma usap bahu Pak ABU. Pastu Ma ajak datang rumah lagi kalau ada masa free. Ma faham kesibukan Pak ABU. Sempat Ma cakap jangan sedih-sedih dan Ma ada cakap sesuatu yang membuatkan Pak ABU rasa sangat-sangat sebak. Lantas Pak ABU salam mencium tangan beliau. Terima kasih Ma. Kasih sayang Ma hanya tuhan je mampu membalasnya.

Sabtu petang pulak tiba giliran geng2 nyut-nyut Pak ABU iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (B.S.Sc)

* Cia, Zai, Farlyn dan Suzi
Time ni, Kili dan Yus sudah menghilangkan diri. Sebabnya Pak ABU datang agak lewat. Maafkan daku ye geng. Korang keluar awal sangat kot..haha...

Hari Ahad (8 Ogos 2010), Yus ajak bergambar kat di DTC jam 9:15am. Nasib baik aku bangun awal pagi. Manakala Kili, masih menghilangkan diri tanpa khabar berita.

* Yuslymin...bakal menerajui UM 1 hari nanti.
***************************************************

Begitulah sikit corat-coret konvo rakan-rakan Pak ABU. Tamatnya sidang Pusat Sukan itu, maka tamatlah sudah Festival Konvokesyen UM 2010. Perasaan gembira dan bangga sebab dapat tengok rakan-rakan Pak ABU terima segulung ijazah. Tapi, ada sesuatu yang bermain di fikiran Pak ABU. Bila lagi kita akan bertemu? Persoalan ini membuatkan Pak ABU berasa sebak. Mana tak nya...3 tahun duduk bertepuk-tampar,tawa-ngilai sama-sama...Sekarang, masing-masing akan membawa haluan sendiri. 

Walau apa pun, dikesempatan ini, Pak ABU nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan junior-junior Pak ABU kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah yang dikecapi selama ni. Bagi rakan-rakan yang Pak ABU tak sempat join konvonya seperti Cikgu Mila, Apek Zen Yu, Bob Locuss Standi dan sesiapa sahaja yang mengenali diri Pak ABU, Pak ABU nak mintak maaf banyak-banyak andaikata selama perkenalan kita Pak ABU ada buat salah. Ada juga geng-geng yang Pak ABU tak upload gambar konvonya, mintak maaf banyak-banyak sekali lagi. Kalau ikutkan hati, nak je letak semua tapi apakan daya...terlalu banyak sangat. Apa-apa pun, TAHNIAH diucapkan sekali lagi.


Ikhlas daripada,
Mohamad Ridzuan Mohamed Idris
ABU ALI
O-NE

*Nota tutorial: bila la nak merasa pakai jubah sekali lagi ni?haish....

No comments: