Sunday, August 29, 2010

Don't Talk!!!


Salam...

Ada aku kisah? satu kisah yang terjadi pada beberapa hari lepas. Semasa Pak ABU nak keluar mencari pasal makan untuk sahur bersama driver setia Pak ABU iaitu Pak Popo, kebetulan pulak gate kolej dah ditutup.

Pak ABU dan Pak Popo keluar dari kereta untuk membuka pintu gate tersebut. Semasa Pak ABU sedang berusaha keras untuk menolak pintu gate berkenaan, Pak Popo didatangi Pak Gad (guard). Beliau bertanya mahu pergi kemana. Pak Popo menjawab dengan ikhlas tujuan kami berdua.

Pak Gad: Nak pergi kemana ni?

Pak Popo: Keluar makan sahur.

Pak Gad: Dengan sape?

Pak Popo: Kawan saya.

Pak ABU terus pergi ke arah mereka berdua bila tengok Pak Gad tu lama membebel kat Pak Popo. Terus Pak ABU cakap, "saya penyelia". Pak Popo masuk ke dalam kereta kembali.

Pak Gad: Owh..penyelia takpe la. Saya dah tutup pintu gate. Kalau selalu dibuka, nanti senang orang keluar masuk. Kita ada undang-undang, kena patuh pada undang-undang. Blablabla...bebelbebelbebel....

Tiba-tiba je Pak ABU boleh spontan keluarkan ayat "SHUT UP.DON'T TALK!" sambil menunjukkan jari ke arah Pak Gad tu. Wah...Pak Gad tu terus diam. Pak Popo yang berada dalam kereta sudah ketakutan melihat Pak ABU begitu garang sekali.

Lebih kurang camni la Pak ABU buat kat Pak Gad tu

Sambil menutup pintu pagar, Pak Gad tu turut membantu menolak.

Bila dalam perjalanan, Pak Popo diam tak berkata apa-apa. Lama sikit, baru la beliau bersuara. "Ko marah Pak Gad tu ke?Gile garang. Takut aku...".

Nasib la kan..sape suruh bebel tak tentu pasal. Dah memang tugas dia berkawal. 

Memang beliau tak bersalah kalau nak bercakap pasal undang-undang whatsoever la. Tapi agak-agak la...Unit keselamatan kolej tu Pak ABU yang pegang. Macam la Pak ABU tak tau pasal undang-undang kolej. Ada hati nak cakap pasal undang-undang konon. Habis tu, aduan yang Pak ABU dapat pasal Pak Gad tu skodeng student kat floor ape cerita??? Kurang ajar!

*Nota tutorial : memang cari pasal..tapi kesian jugak tengok Pak Gad tu kena maki free2 je..haha...geram pun ada sebab Pak Gad tak boleh diharap..SILAKA!


No comments: