Tuesday, August 17, 2010

Korporat ke keparat?


Baru-baru ni Pak ABU topupkan C**c*m RM10.00 untuk adik Pak ABU. Tapi beliau agak bising. Pak ABU sangat hairan kenapa orang tolong topupkan tapi bising pulak. Bila adik Pak ABU datang, barulah dia beritahu C**c*m akan memotong RM4.00 dari jumlah topup RM10.00 tu. Jelasnya, C**c*m agak gila.

Ada 1 hari, Pak ABU lepak kafe belakang dengan rakan-rakan. Borak-borak, maka terborak la pasal network telefon ni. Rakan-rakan Pak ABU tu jugak mengeluh sebab mengalami nasib yang sama dengan adik Pak ABU. Bila mereka explain, barulah Pak ABU faham kenapa adik Pak ABU tu bising bila Pak ABU topupkan untuknya.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada network bernama C**c*m terbabit? Kenapa penggunanya terpaksa "memberi" kredit secara percuma atau dengan erti kata lainnya, kredit mereka dipotong setiap kali topup tanpa ada sebarang sebab dan notis? Musykil juga ni...haish...

********************

Pak ABU perasan, semenjak Pak ABU tukar kepada postpaid, bil telefon melambung tinggi sedangkan Pak ABU banyak ber'sms' je. Semalam bil telefon sampai dan barulah Pak ABU tahu rupa-rupanya sebijik sms berharga 9 sen untuk kadar off-peak. Pelik dan hairan kenapa jadi begitu sedangkan semasa penawaran pakej pertukaran dari prepaid kepada postpaid dijanjikan masih mengekalkan kadar yang sama dengan prepaid tersebut (dahulu Pak ABU pakai kadar Youth Club, 1 sms = 1 sen).

Patut la...Dulu, pakai prepaid, RM30.00 sebulan pun susah nak habis. Kini, bila sudah tukar kepada postpaid, RM30.00 tak sampai 3 hari.

Apa kes ni?

*Nota tutorial: Bijak bermain kata-kata sehingga masyarakat mudah terpedaya. Itulah korporat yang keparat!

No comments: