Monday, August 2, 2010

Perihal KUKU


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi  khinzir (lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi khinzir tersebut...

POTONGLAH KUKU ANDA!!!

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung.. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala hotak.

Untuk yang bujang, kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

 *Nah....agak-agak camne la dia nak buat basuh berak ek?

No comments: