Monday, August 2, 2010

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN


Pak ABU rasa memang sudah menjadi satu trend memakai cincin dikalangan lelaki (bagi perempuan tak payah la nak disebut). Pemakaian cincin tu pulak macam tak ada guideline. Ada yang pakai kat ibu jari..jari manis.. Kalau boleh nak pakai kat semua jari dan tangan yang ada. Pak ABU terfikir, apakah pemakaian cincin sedemikian mengikut sunnah nabi yang sebetulnya?
 
 *perghh..smart dow dapat cincin bentuk camni..

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari).
Dan jangan memakai pada jari
  • jari tengah
  • jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

*Nota hujung:- MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA

No comments: