Thursday, September 30, 2010

Otak Otok Final Episod


Hai...bertemu kembali dalam rancangan Otak Otok.

Setelah 3 keluaran soalan-soalan yang meng"otok"kan (otok dalam dialek Kelantan = serabut) otak-otak (bukan sejenis makanan) anda, kini sudah tiba masa untuk diperjelaskan segala jenis jawapan dan alasannya.

Mari kita pergi ke soalan pertama.


Sekiranya anda menjawab jawapannya adalah yang berada di tengah, TEPAT sekali jawapan anda. Tapi, apakah alasannya?

Sebenarnya, makhluk-makhluk yang berada di dalam kotak adalah angka yang dipantulkan dan digabung menjadi gambar. Bermula dengan no 7,6,5,4 dan semestinya kotak kosong itu diisi dengan angka 3.

Soalan kedua.

Jawapannya adalah simbol -

Bagi jawapan soalan ni, memang nampak seperti soalan pengiraan Matematik. Tetapi, hakikat sebenarnya bukanlah sejenis pengiraan yang perlu ditambah, ditolak, didarab ataupun dibahagi setiap nombor 10 berkenaan.

Cuba anda letakkan simbol - tersebut di atas nombor 1 (10 yang ditengah). Ianya akan menjadi huruf T dan dibaca 10 TO 10. Bermaksud, 10 minit sebelum jam 10 = 9.50. YA! Itulah jawapan sebenarnya. Terasa tertipu? Hahahaha....

Dan kita akhiri dengan soalan terakhir iaitu


Jawapan kepada soalan terakhir ni ialah AXE. Kenapa AXE?

Soalan ketiga ni memang sukar untuk ditanggapi. Tetapi, jika anda faham dan baca betul-betul, ianya tersangat mudah.

Cuba tukarkan EYE menjadi huruf I, BE menjadi huruf B, QUEUE menjadi huruf Q, ARE kepada huruf R dan TEA kepada huruf T.

Setelah itu, cari perbezaan yang terdapat pada huruf tersebut T=I, 3=B, O=Q, P=R dan I=T. Anda akan nampak huruf I tiada palang diatasnya untuk menjadi huruf T, nombor 3 tiada palang ditepinya untuk menjadi huruf B, O tiada palang dibawahnya untuk menjadi huruf Q dan begitulah seterusnya. Jadi, jawapannya adalah PALANG.

So, / = ? sudah semestinya apabila ditambah palang ini \ akan mendapat huruf X atau dieja sebagai AXE.

Kepada sesiapa yang terasa "terkena", TAHNIAH! Ini sebenarnya ujian thinking outside of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak pemikiran. Kepada sesiapa yang berjaya menjawabnya dengan baik sekali, TAHNIAH kerana anda memang sudah tahu jawapannya.

Tuesday, September 28, 2010

Otak Otok ep 3


Kepada sesiapa yang berjaya menjawab soalan pertama dan kedua, diharapkan supaya anda dapat menjawab soalan ketiga. Kepada yang masih belum mendapat jawapan dan alasannya, nantikan jawapannya di entry akan datang.

SOALAN 3


Soalan ketiga ini agak sukar. Jadi, BERUSAHALAH!

Monday, September 27, 2010

Otak Otok ep 2

Mari kita sambung soalan otak otok yang kedua.

SOALAN 2


Selamat mencuba

Friday, September 24, 2010

Otak Otok


Salam semua pembaca blog Pak ABU yg kacak dan cantik sekalian...

Dah lama Pak ABU tak update blog ni. Sorry banyak2 la ye dan terima kasih kerana masih ada blogger-blogger yg sudi hantar komen dan blogwalking kat blog Pak ABU ni.

Ok...enaf dengan bebelan! Entry kali ni Pak ABU nak kasi blogger-blogger sekalian berfikir sikit. So Pak ABU nak korang jawab 1 soalan yg Pak ABU bagi ni berserta sekali dengan sebab pilih jawapan tu. Jawapan boleh dicaci-maki di ruang komen, boleh?

SOALAN 1


So yang mana 1 pilihan jawapan korang? Kiri, tengah atau yang kanan sekali?

Nantikan soalan kedua pada next entry ye..Selamat Menjawab!


Monday, September 20, 2010

Dalam Dunia Ini


Begitu kerdil kita sebagai insan di dunia ini...


Secara lumrahnya, kita sebagai insan yang kerdil ini tidak mudah untuk dipandang oleh masyarakat yang lain.

Terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk 'menampakkan' diri kita yang kerdil ini kepada masyarakat umum.

Nescaya disebalik kurniaan akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita, akan terciptalah suatu alternatif untuk mencapai matlamat tersebut.

Fikir-fikirkanlah...

Pesanan ikhlas daripada
ABU ALI

*Nota tutorial: video comel dari Moby - In This World


Wednesday, September 15, 2010

Counting Day


19 Oktober 2010

8:30 pm

Stadium Bukit Jalil

akan muncul.....


*Nota tutorial: tiket dah dibeli...anda yang lain bagaimana?


Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada
ABU ALI @ PAK ABU


Thursday, September 2, 2010

Pengisytiharan Hari Raya

Dengan segala hormatnya Pak ABU nak memberitahu bahawa Pak ABU akan bercuti seketika dari mengunjungi blog-blog Pak ABU dan juga rakan-rakan yang lain kerana Pak ABU sedang tenat mengadap tesis yang dijadualkan hantar pada hujung bulan 10 ini. Tesis tersebut amat penting untuk melayakkan Pak ABU konvo masters pada tahun 2011 nanti.

Jadi, Pak ABU mohon maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan kerana tak dapat balas komen, balas mesej dan tembak-tembak di shoutchat buat seketika waktu. Jika ada kelapangan, Pak ABU akan membalasnya.

Sekian dulu berita tv6.


Jepun Menjajah Malaysia Versi 2

Salam kepada rakan-rakan blogger sekalian. Ni Pak ABU tambah 1 video lagi pasal Maskman sebab entry sebelum ni Pak ABU terlupa pasal hero ni. TQ kepada yang mengingatkan Pak ABU pasal Maskman ni. Sesungguhnya Pak ABU sangat2 lupa. hehe...

Wednesday, September 1, 2010

Kena tag oleh Cik Liya


Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Liya kerana sudi men'tag' Pak ABU. Kan best kalau Cik Liya tag sekali dengan duit..hehe....

Pak ABU nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepadanya dan kepada umat Islam yang lain, nantikan entry khas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi ok.

My lovely band - PARAMORE will come to Malaysia?????

Paramore

I've read from 1 blog, he said that Paramore will come to Malaysia. This American pop punk band Paramore is set to rock the Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur on Oct 19. Really??? I'm the person who will go to that concert if it is true. I'm so really fanatic with the band Paramore since revealed. LOL...I've been crushing on Paramore for a long time now and I know you guys excited to be there with me too. Aren't you?

So here I give you the deets:

Venue: National Stadium, Bukit Jalil
Date: 19 October, 8pm
Tickets: RM358 (Rock Zone Free Standing), RM268, RM268, RM98 (free seating).
**10% off for early bird ticket purchases between Sept 1 - Sept 15**

*PARAMORE: Wait for me! Let the flames begin!!!!!