Thursday, September 30, 2010

Otak Otok Final Episod


Hai...bertemu kembali dalam rancangan Otak Otok.

Setelah 3 keluaran soalan-soalan yang meng"otok"kan (otok dalam dialek Kelantan = serabut) otak-otak (bukan sejenis makanan) anda, kini sudah tiba masa untuk diperjelaskan segala jenis jawapan dan alasannya.

Mari kita pergi ke soalan pertama.


Sekiranya anda menjawab jawapannya adalah yang berada di tengah, TEPAT sekali jawapan anda. Tapi, apakah alasannya?

Sebenarnya, makhluk-makhluk yang berada di dalam kotak adalah angka yang dipantulkan dan digabung menjadi gambar. Bermula dengan no 7,6,5,4 dan semestinya kotak kosong itu diisi dengan angka 3.

Soalan kedua.

Jawapannya adalah simbol -

Bagi jawapan soalan ni, memang nampak seperti soalan pengiraan Matematik. Tetapi, hakikat sebenarnya bukanlah sejenis pengiraan yang perlu ditambah, ditolak, didarab ataupun dibahagi setiap nombor 10 berkenaan.

Cuba anda letakkan simbol - tersebut di atas nombor 1 (10 yang ditengah). Ianya akan menjadi huruf T dan dibaca 10 TO 10. Bermaksud, 10 minit sebelum jam 10 = 9.50. YA! Itulah jawapan sebenarnya. Terasa tertipu? Hahahaha....

Dan kita akhiri dengan soalan terakhir iaitu


Jawapan kepada soalan terakhir ni ialah AXE. Kenapa AXE?

Soalan ketiga ni memang sukar untuk ditanggapi. Tetapi, jika anda faham dan baca betul-betul, ianya tersangat mudah.

Cuba tukarkan EYE menjadi huruf I, BE menjadi huruf B, QUEUE menjadi huruf Q, ARE kepada huruf R dan TEA kepada huruf T.

Setelah itu, cari perbezaan yang terdapat pada huruf tersebut T=I, 3=B, O=Q, P=R dan I=T. Anda akan nampak huruf I tiada palang diatasnya untuk menjadi huruf T, nombor 3 tiada palang ditepinya untuk menjadi huruf B, O tiada palang dibawahnya untuk menjadi huruf Q dan begitulah seterusnya. Jadi, jawapannya adalah PALANG.

So, / = ? sudah semestinya apabila ditambah palang ini \ akan mendapat huruf X atau dieja sebagai AXE.

Kepada sesiapa yang terasa "terkena", TAHNIAH! Ini sebenarnya ujian thinking outside of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak pemikiran. Kepada sesiapa yang berjaya menjawabnya dengan baik sekali, TAHNIAH kerana anda memang sudah tahu jawapannya.

1 comment:

Norfa Lyana said...

wahhh..hebat..! xterpikir di dek akal la one..... tahniah2....tahniah juga untuk saya sbb xdpt jawab..hahahaha