Tuesday, November 30, 2010

Yang ini pun aku tak suke! (amik dari kesah Malek)



Malek bengang dengan orang promote bisnes kat bahagian chat..
kesah aku lak lain sikit je dari beliau..
cube tengok kat gambar atas neh, letak nama insan terluka konon...
bila klik link tu:


maka keluarlah page bisnes shial nih...
tak ke BABI namanya tuh?

tak pasal-pasal ko kena maki dengan aku FOC kan?
dah sudah..tak payah jenguk blog aku lagi kalu stakat nak promote bisnes on9..
ingat aku terhegeh-hegeh sangat nak jadi kaya cara macam tu...
POOOODAAAAHHH!!!!

Sekian.

Tag by Husna

Aiseh..bab2 tag ni la kureng skit ni...
tag by Man Dragon pun tak terjawab lagi..mueskeskes..
takpe la...try juge la menjawab sume soalan tu..
btw...tq ye Husna sebab tag kite..hehe

R.U.L.E
"Once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random things,facts or goal about you. at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."



25 random things about Pak ABU 


1) nama benar: Mohamad Ridzuan Mohamed Idris
2) nama tak benar : O-ne
3) nama pena: ABU ALI
4) nama kat rumah : Pak Usu
5) tempat lahir: Pahang
6) umur benar : 24 tahun
7) adik beradik benar: 7
8) nama pn Pak Usu..mesti r bongsu kan
9) single mingle (publisiti murahan..haha)
10) tak kerja..student lg..now amik masters (M.A)
11) dulu kecik2 nak jadi engineer kat PETRONAS..sekarang tak pk dh nak jadi pe
12) tak suke makan nasi n minuman ais
13) suke amik gambar tapi tak suke bergambar
14) gadget kesayangan: lappy HP, canon 500D, 3 henpon.. ;)
15) gile gigg/konsert indy
16) atlet squash n lawn bowl (jaguh kampung je)
17) suke berdansa
18) suke motor berkuasa besar - naked bike (berangan nak angkat Honda CB1000R or Suzuki B-King)
19) kereta lak..biasa2 suda
20) suke backpack around malaysia (stakat ni Perlis je lom jejak lagi)
21) paling best melepak kat pantai o laut
22) taknak kawen leh tak? hehe..
23) tak suke selsema dan batuk
24) of coz syg my family so much
25) berpegang pada falsafah hidup (cewah...) : "Hidup ini memang palat..tapi esok masih ada"


25 orang Pak ABU tag pulak (10 leh tak?hehe..):


1) Man Dragon
2) Leeya
3) Malek
4) Hanem
5) Pifie Maxwell 
6) Erza
7) Tika

Monday, November 29, 2010

9 Sebab Hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah
- atau bahasa sekarang "emo" (macam Pak ABU la).
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia (especially Pak ABU).
- orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (yang ini kurang tepat terkena kat Pak ABU).

2 . Pendendam
- dendam tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada (tak tahu la pulak pe maksud lahar).
- orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.
- orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- dengki ni same je spesis dgn cemburu, iri hati dan seangkatan dengan beliau.
- orang cakap la kan...selalunya orang Melayu la yang paling banyak dengki mendengki ni. Tak tahulah setakat mana kebenaran nye.

4. Bakhil
- spesis ni pulak jenis kedekut.
- orang jenis ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya.
- contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
- Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil.

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. 
- orang tamak ni selalu rugi...hehe

6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 
- oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh

7. Ego
- sikap ni xde kena mengena dengan motor Yamaha Ego ye.
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
- orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. 
- sentiasa berlakon-lakon di depan orang.
- Allah marah kalau kita riak dan takbur dgn ape yg kita ada.

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.
- berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.
- cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
- jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin dia tidak BAHAGIA. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Friday, November 26, 2010

Kesah PUNAI (Burung Apa?)


Kesah bermula ketika makan di Uncle Chili's @ Amcorp Mall dengan Ibu Ranie, Ibu Jebon dan Bapak Popo. Tak tahu la time tu tengah borak pasal ape. Tapi ada la kesah pasal iklan raya pasal burung murai tu. Ala..."Burung apa?"..."Burung murai.." Tak ingat ke? Haishhh...meh tengok video kat bawah ni...


Sejak iklan ni ditayangkan, dah jadi fenomena 1 negara kot.. Macam-macam versi orang plagiat.

Versi Pak ABU lak terjadi time Ibu Ranie dan Ibu Jebon sedang bertelagah mencari "burung" apa yang dicakapkan dalam iklan ni. Masing-masing sudah lupa. Maklum la iklan ni dah terbit since 2007 kot.

Sedang depa duk bertikam lidah (bukan cemolot ok!) tu, Pak ABU dengan konfidennye menyampuk "burung PUNAI la!"

Tap!!!....Bapak Popo lak cakap dengan begitu tenang sekali.."burung murai la..hish..konfiden je dia (Pak ABU) nih..."

Kitorang semua terdiam...Pastu tergelak tak hengat donia macam Uncle Chili's tu bapak kitorang punya kedai.. dan semenjak hari tu, Pak ABU asyik kena bahan je dengan depa. Tak pasal-pasal...hahahahahaha...

Nota PUNAI: Kalau buat salah jangan chuak..buat la muke konfiden tahap gaban..hehe..


Gara-gara Matematik Gagal..Inilah Jadinya


Sewaktu Pak ABU darjah 6 dulu, macam-macam peristiwa pelik berlaku kat sekolah. Ingat lagi, dulu kami ke sekolah naik beskal secara berjemaah. Maklum la, sekolah sesi pagi mesti la naik beskal ramai-ramai...Takut punya pasal beb. Sememangnya hepi la kan bila dapat konvoi beramai-ramai.

Tengah duk hepi-hepi gelak sakan bagai, tetibe je kami terdiam secara otomatik bila masuk dalam kelas. Sama kesnya bila lihat kelibat sorang demi sorang rakan masuk ke kelas tu.

Bila pembelajaran dah mula untuk kelas pertama awal pagi tu, mesti ada kejadian buku-buku terbang ala-ala burung terbang beramai-ramai. Ye..BUKU TERBANG! Korang semua pernah tengok tak? Haaa..xclusif di sekolah Pak ABU sahaja ok!

Lepas je buku-buku terbang tu melepasi koridor bilik darjah kami, mesti ada suara menyeringai (ala-ala mak lampir gitu). Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari jugak la peristiwa tu berlaku. Huish...memang seram.. Tapi bagi kami, perkara tu dah biasa.

Bukan nak dijadikan cerita la ek, memang ada 1 makhluk berbadan besar selalu duduk kat meja depan sekali. Dah r duduk dalam gelap. Bila kami pasang lampu, nampak la muke beliau. Mukenya...fuhhh..bengis dow...Itulah chegu NOR - chegu Matematik kami. Kelas beliau ni selalu awal pagi. So memang dia akan stay dalam kelas sebelum anak-anak murid dia datang (maknanye, sebelum pukul 6:45am tu dia dh terpacul dalam kelas) untuk check homework Matematik yang dibaginya semalam dah siap ke belum. Sebab tu la kami selalu jadi terdiam dan ketakutan bila masuk je dalam kelas..hehe..

Pagi-pagi tu, memang banyak la buku-buku terbang melintasi koridor kelas sebab kena baling dengan beliau. Boleh kata sorang dua je r yang terselamat. Buku-buku tu pulak ada yang terlekat celah pokok, atas bumbung, dalam longkang etc. Sambil membaling sambil beliau membebel dan tengking. Perghh...Kalau dia bersuara, memang meremang abis r bulu roma, kaki, ketiak bagai...

Itulah penangan chegu NOR.. Walaupun garang, kami tetap sayang beliau sebab beliau la ramai yang lulus cemerlang UPSR bagi subjek Matematik tahun tu. Genap 12 tahun kami tak berjumpa dengan chegu NOR sebagaimana usia kami sewaktu itu 12yo..Kemanakah beliau pergi? Kenangan...

*****

Itu kisah Pak ABU sewaktu darjah 6, 12 tahun yang lepas. Tahun ni, 2010, Pak ABU masih di Universiti Malaya sedang menghabiskan sisa-sisa pengajian untuk sarjana (masters).

Biasa la di tahap begini memerlukan wang yang banyak untuk membiayai segala hal. Tapi Pak ABU tetap bersyukur kerana diberikan biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui bajet mini sebanyak RM10,000.

Baru-baru ni, Pak ABU sengaja membelek penyata akaun online di portal pelajar setelah sekian lama tak buka. Alangkah terkejut apabila baki yang tinggal sebanyak RM510.00 sahaja sedangkan sebelum ini baki ada lagi dalam RM6,800. Pak ABU tak tipu. Anda lihatlah sendiri perincian seperti di bawah ni:


Kredit tu duit yang ada...Debit tu pulak jumlah yang sepatutnya kita perlu bayar..yang jadi hairannye, 6827.00- 987.00 = 510.00 meh? Pak ABU dah cuba macam-macam rumus dah untuk kira celah bedah mana 510.00 tu? Apakah perlu Pak ABU memanggil chegu NOR untuk mengajar pegawai-pegawai tentang kira-kira Matematik? Hummm..masih dalam pertimbangan supaya tidak memalukan pegawai-pegawai yang terlibat.


Thursday, November 25, 2010

Made in Gombak

Baru-baru ni Pak ABU dapat 1 email yg sgt menyentap santapan lunch Pak ABU. Menarik kalau Pak ABU kongsikan bersama anda....

*****

''Jangan berbangga dengan Calvin Klein dan Armani Exchange anda kerana pakaian terakhir anda adalah kain kafan dan perfume anda adalah kapur barus"

''Jangan berbangga dengan BMW dan Caldina GT Four anda kerana kenderaan terakhir anda adalah keranda yang akan diusung"

''Jangan berbangga dengan Banglo dan Condominium anda kerana tempat istirehat anda yang terakhir adalah kubur"

''Jangan berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana akhirnya hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga"

*****





Kepada rakan-rakan Pak ABU tak kire la dalam dunia nyata or dunia luna maya karin ni, ingatlah..harta tak mampu beli 1 semesta. So, bersyukur dengan apa yang ada.

Wednesday, November 24, 2010

10 Sebab Jangan Kacau Suami Orang

Kepada rakan-rakan (wanita) yang berada di luar sana, bacalah ni:

1. SI LELAKI TAK AKAN BERANI MEMBERI SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU (WANITA)

Kehadiran wanita lain sangat menggembirakan seseorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya lebih-lebih lagi kamu memberikan sepenuh perhatian kepadanya yang mungkin tak diperoleh daripada isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan ? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

FIKIR-FIKIRKANLAH YE

*****


Sunday, November 21, 2010

kembali berbelog


Alhamdulillah...

Setelah bersawang sekian lama tak menulis dalam belog ni, Pak ABU kini kembali. Tesis pun sudah siap. Cuma tinggal untuk dijilid je. Selagi tak dijilid, selagi tu la mode meroyan chuak membuak-buak. Apa2 hal pun, Pak ABU ucapkan Hepi Deepavali dan Selamat Idul Adha kepada semua belogger2 dan pembaca2 belog sekalian alam. Walaupun dah sangat2 lewat, tapi sekurang-kurangnya wish jugak la kan...Ok la..ada masa Pak ABU meraban lagi k.

Salam