Monday, November 29, 2010

9 Sebab Hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah
- atau bahasa sekarang "emo" (macam Pak ABU la).
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia (especially Pak ABU).
- orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (yang ini kurang tepat terkena kat Pak ABU).

2 . Pendendam
- dendam tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada (tak tahu la pulak pe maksud lahar).
- orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.
- orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- dengki ni same je spesis dgn cemburu, iri hati dan seangkatan dengan beliau.
- orang cakap la kan...selalunya orang Melayu la yang paling banyak dengki mendengki ni. Tak tahulah setakat mana kebenaran nye.

4. Bakhil
- spesis ni pulak jenis kedekut.
- orang jenis ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya.
- contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.
- Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil.

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. 
- orang tamak ni selalu rugi...hehe

6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 
- oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh

7. Ego
- sikap ni xde kena mengena dengan motor Yamaha Ego ye.
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
- orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. 
- sentiasa berlakon-lakon di depan orang.
- Allah marah kalau kita riak dan takbur dgn ape yg kita ada.

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.
- berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.
- cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
- jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin dia tidak BAHAGIA. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


2 comments:

wunny said...

good info. thanx mengingat. :)

http://wunny91.blogspot.com/2010/11/si-kaca-mata-hitam.html

A.B.U said...

welkam