Friday, November 26, 2010

Gara-gara Matematik Gagal..Inilah Jadinya


Sewaktu Pak ABU darjah 6 dulu, macam-macam peristiwa pelik berlaku kat sekolah. Ingat lagi, dulu kami ke sekolah naik beskal secara berjemaah. Maklum la, sekolah sesi pagi mesti la naik beskal ramai-ramai...Takut punya pasal beb. Sememangnya hepi la kan bila dapat konvoi beramai-ramai.

Tengah duk hepi-hepi gelak sakan bagai, tetibe je kami terdiam secara otomatik bila masuk dalam kelas. Sama kesnya bila lihat kelibat sorang demi sorang rakan masuk ke kelas tu.

Bila pembelajaran dah mula untuk kelas pertama awal pagi tu, mesti ada kejadian buku-buku terbang ala-ala burung terbang beramai-ramai. Ye..BUKU TERBANG! Korang semua pernah tengok tak? Haaa..xclusif di sekolah Pak ABU sahaja ok!

Lepas je buku-buku terbang tu melepasi koridor bilik darjah kami, mesti ada suara menyeringai (ala-ala mak lampir gitu). Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari jugak la peristiwa tu berlaku. Huish...memang seram.. Tapi bagi kami, perkara tu dah biasa.

Bukan nak dijadikan cerita la ek, memang ada 1 makhluk berbadan besar selalu duduk kat meja depan sekali. Dah r duduk dalam gelap. Bila kami pasang lampu, nampak la muke beliau. Mukenya...fuhhh..bengis dow...Itulah chegu NOR - chegu Matematik kami. Kelas beliau ni selalu awal pagi. So memang dia akan stay dalam kelas sebelum anak-anak murid dia datang (maknanye, sebelum pukul 6:45am tu dia dh terpacul dalam kelas) untuk check homework Matematik yang dibaginya semalam dah siap ke belum. Sebab tu la kami selalu jadi terdiam dan ketakutan bila masuk je dalam kelas..hehe..

Pagi-pagi tu, memang banyak la buku-buku terbang melintasi koridor kelas sebab kena baling dengan beliau. Boleh kata sorang dua je r yang terselamat. Buku-buku tu pulak ada yang terlekat celah pokok, atas bumbung, dalam longkang etc. Sambil membaling sambil beliau membebel dan tengking. Perghh...Kalau dia bersuara, memang meremang abis r bulu roma, kaki, ketiak bagai...

Itulah penangan chegu NOR.. Walaupun garang, kami tetap sayang beliau sebab beliau la ramai yang lulus cemerlang UPSR bagi subjek Matematik tahun tu. Genap 12 tahun kami tak berjumpa dengan chegu NOR sebagaimana usia kami sewaktu itu 12yo..Kemanakah beliau pergi? Kenangan...

*****

Itu kisah Pak ABU sewaktu darjah 6, 12 tahun yang lepas. Tahun ni, 2010, Pak ABU masih di Universiti Malaya sedang menghabiskan sisa-sisa pengajian untuk sarjana (masters).

Biasa la di tahap begini memerlukan wang yang banyak untuk membiayai segala hal. Tapi Pak ABU tetap bersyukur kerana diberikan biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui bajet mini sebanyak RM10,000.

Baru-baru ni, Pak ABU sengaja membelek penyata akaun online di portal pelajar setelah sekian lama tak buka. Alangkah terkejut apabila baki yang tinggal sebanyak RM510.00 sahaja sedangkan sebelum ini baki ada lagi dalam RM6,800. Pak ABU tak tipu. Anda lihatlah sendiri perincian seperti di bawah ni:


Kredit tu duit yang ada...Debit tu pulak jumlah yang sepatutnya kita perlu bayar..yang jadi hairannye, 6827.00- 987.00 = 510.00 meh? Pak ABU dah cuba macam-macam rumus dah untuk kira celah bedah mana 510.00 tu? Apakah perlu Pak ABU memanggil chegu NOR untuk mengajar pegawai-pegawai tentang kira-kira Matematik? Hummm..masih dalam pertimbangan supaya tidak memalukan pegawai-pegawai yang terlibat.


2 comments:

Malek Ku said...

betul!..byk lagi siri3 kes3 cmni berlaku...rmai buat aduan!

A.B.U said...

tau xpe..ni melibatkn ribuan ni..haish..