Thursday, December 30, 2010

Entri Khas untuk Cik Liya


Selamat Hari Lahir (30 December)
Khas untuk Cik Liya
Besday yang keberapa?
Tanya la beliau sendiri....
hehehe...

Ni..Pak ABU nak bagi adiah yg tak seberapa...
TERIMALAH...



Semoga panjang umur..
Murah rezeki...jangan lupe belanja Pak ABU ye


Saturday, December 25, 2010

Rinduku Pada Marion


Lama dah tak dapat khabar berita dari Marion..Entahkan sihat, entahkan tidak...

Rindu pada gurauan melampaunye...(suke sekeh kepala dan cucuk2 pinggang Pak ABU)

Rindu pada kenakalannye...

Rindu pada nasihatnye...(sebab Pak ABU pilih jalan untuk sambung study, so dia la yg jadi kaunselor)

Rindu pada ajaran Bahasa Perancisnye...(dia jadi cikgu tak bertauliah..hehe..)

Rindu pada rokok Marlboronye...(dulu selalu share dengan dia)

Rindu pada lemonade pancakenye...(lempeng lemon dia sedap ooo..)

Last dia balik Malaysia, 2 tahun lepas. Setibanye kat airport, dia terus mesej Pak ABU kata nak jumpa. Plan punya plan, akhirnya dapat gak berjumpa kejap kat Amcorp Mall dan ditemani Ayie.

Marion dah berubah. Dia dah tak smoke. Mukenye jelas nampak tua (hehe...sorry Marion). Dia beria2 nak jumpa Pak ABU sebab lepas dia datang Malaysia ni, dia nak tour 1 dunia sebab dia dah kembali jadi sukarelawan UN semula. Itu tandanya dia takkan datang sini lagi. Owh..APAKAH APAKAH????

Hari last dia di Malaysia, dia nak jumpa Pak ABU sekali lagi. Tapi, disebabkan Pak ABU agak kebizian dengan aktiviti kolej, so, tak dapat jumpa. Sedih bunyi ayatnye..huhu...

Kini, dah penghujung 2010..2011 bakal menjelma..Marion hilang tanpa khabar berita.

Hari ni, bile Pak ABU check e-mail, ada 1 e-mail daripada Marion di bahagian spam. 


Pak ABU tersangat2 lah happy.

Bila dibaca...


Salah orang...KURANG AJAR! SILAKA! DASAR SPAM!

Hancur hati...punah segala harapan Pak ABU..

Adoih...ni la terjadi kalau terlalu meroyan..huhu...

*Nota Marion: Siapa Marion yang Pak ABU maksudkan? jengjengjeng....


Rokok dan Kopi Itu



Rokok dan white coffee memang tak boleh renggang dengan Pak ABU. 2 benda ni dah menghantui diri Pak ABU sejak sekian lama. Terasa ingin meninggalkannya. Saban tahun sentiasa berazam untuk meninggalkannya. Tapi apakan daya, nasik dah jadi bubur (macam takde kena mengena je..hahaha...).

Ada pulak Cik Ranie (my pren) terjumpa 1 lagu sangat-sangat la sesuai untuk Pak ABU. Terharu bila member baik mengingati kita.



Pak ABU post skali la dengan liriknye

Coffee and Cigarettes are my only escape. 
I got my cup of Joe, my pack of stokes, 
And I'm on my way downtown, to 
Set up shop, and sing my cares away. 
So, won't you sing with me, 
'Cause it's cold outside, and I'm feeling kinda lonely. 

Friday nights are always the same in this town. 
I'm looking up, but I'm feeling kind of down. 
So, I'll light this cigarette and smoke the night away, 
And I'll hope that Saturday will be the day 
When everything feels okay. 

SAH!!! Sesuai sangat. Genre emo, tajuk kopi dan rokok, lirik pulak ada sebut pasal lonely...ahhh...memang sama ape yang Pak ABU alami.

*Nota Winston dan White Coffee: Ko perli aku ke Ran? Haish...

Thursday, December 23, 2010

My Soul To Take

20/12/2010, lebih kurang jam 9.30pm, lokasi TGV OU..

Kaunter Boy: "Ye bang, nak tengok cerita pe? 'Aku Masih Dara'?"

Rakan: "Owh...taknak la..sy dah tak dara dah.."

Pak ABU: "Wakakakaka..."

Rakan: "Sy nak tengok cite My Soul To Take. Pukul 11.00..2 orang ye"

Kaunter Boy: (Sambil tunjukkan skrin komputer) "Sy suggest abg duduk bahagian tengah ni."

Rakan: "Ok la..aik...KAMI BERDUA JE KE???"

Kaunter Boy: Senyum je...

Lepas bayar tiket, terus jalan2 window shopping..

"Sy dah tak dara!"....kelakar..memang kelakar...Pak ABU gelak kaw2 nye..

Gelak...gelak jugak la kan..tapi pe sebenarnya cite Aku Masih Dara tu? Siyes Pak ABU bukan le pengikut setia filem2 ni...Dengan bantuan uncle google, dapatlah posternye...


Hummm...mungkin lain kali la kot Pak ABU tengok.

Kali ni, Pak ABU dan kawan Pak ABU nak tengok cite kat bawah ni


Cite My Soul To Take arahan Wes Craven ni boleh tahan gak jalan ceritanye. Kalau anda semua pernah tengok filem A Nightmare on Elm Street edisi 2010, anda mesti boleh agak jalan cerita My Soul To Take ni  (nak tau, pergi tengok sendiri ye)...

Cite ni cite seram..Bayangkan dalam panggung tu hanya kami berdua je tengok. SUMPAH!!! Takde sape2 lagi dalam panggung tu melainkan kami berdua.

Time tu, nak terkencing ke nak terberak ke, sah2 kena tahan..Nanti salah sorang pergi toilet, chuak lak yg sorang lagi tengok sorang2 kan..So nak taknak, tahan je la..huhu...

Itulah pengalaman pertama Pak ABU tengok cite seram hanya berdua je dalam panggung. Selalu tengok kat rumah sorang2 or berdua tak heran pun. Agak la kan..panggung wayang kot..Dah la besar, gelap pulak tu..Mana tak chuak...haha...


Biasiswa

Dah lama tak bukak nuffnang.

Sekali ada 5 buffered earnings dan 2 metered earnings.


Dah la jarang main blog sekarang ni. Camne la trafik nak naik? Haish...

Ape-ape pun, TQVM la encik nuff sebab bagi earnings tu.

Tuesday, December 21, 2010

Konsert Lagi


Konsert Rock The World kembali lagi. Konsert ni dah melalui musim ke 10.


Tarikh: 26 December 2010
Tempat: Car Park Stadium Bukit Jalil
Harga Tiket: RM30.00 (naik lagi ka?haha...)

Mari kita saksikan band-band indy perform pada malam tu (malam baru best layan..siang2 hari banyak band metal je perform..)

*Nota RTW10: Mana pergi band2 lain? Kan best kalau MUSE pun join skaki..ahaks

Mimpi yang Tak Sudah


MIMPI....

Uuurggghhh...Dulu Pak ABU tak percaya kalau ada orang cakap mimpi boleh jadi kenyataan. Bagi Pak ABU, mimpi hanyalah mainan tidur.

Lately ni, Pak ABU selalu bermimpi dan mimpi tu pulak siap full story. Nak dijadikan kesah, ada la 1 hari tu Pak ABU bermimpi pasal keluarga angkat Pak ABU kat Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Jalan cerita memang best. Kalah cerita 2 Alam DDR tuh..hehe...

2 3 hari asyik duk tayang mimpi yang sama. Dah macam siaran Astro, asyik duk tayang cerita sama 24jam. Hahahaha...

So, 1 hari tu, Pak ABU tanya la pada sorang kawan yang juga anak angkat keluarga tu pasal mimpi tersebut. Dia dengan yakin je cakap "ko rindu ayah tu..tak pun, ayah rindu ko.." Betul juga kan..ahhh..abaikan je la...

Selang 2 3 hari tu, kawan Pak ABU lak mimpi pasal keluarga angkat kami. Dah..berlaku kekonfiusan disitu. So, Pak ABU pun balas la balik pe yang dia cakap pada Pak ABU tempoh hari.

Hari raya haji baru2 ni, kebetulan nampak Fay (anak kandung ayah di Sambas) online FB, Pak ABU tanya la khabar mereka sekeluarga. Terkejut bila Fay beritahu ayah jatuh sakit. Katanya, tekanan darah rendah.

Ok. Terus speechless disitu. Rupa-rupanya mimpi Pak ABU tu nak bagi petanda pasal kesihatan ayah.

Kemudian, Pak ABU bermimpi pulak pasal salah seorang student kolej Pak ABU. Storynya agak menggerunkan. So, tak payah la cerita.

Cepat2 Pak ABU mesej dia bertanya khabar dan suruh beliau berhati-hati. Takut mimpi jadi kenyataan or mungkin boleh jadi terbalik.

Semalam (20/12/2010), 1 lg mimpi berlaku. Kali ni Pak ABU bermimpi pasal result tesis dan kertas pembentangan seminar lulus dengan cemerlang.

Bangun tido pagi tu, senyum lebar je. Adeh...mimpi je pun kan...

Siangnya, Pak ABU balik Rawang jap untuk ambil gadget kesayangan Pak ABU di rumah. Tetiba, masuk mesej dari Cik Ranie.

"Izinkan sy menyelongkar result tesis dan seminar anda.. Tahniah, anda berjaya ke peringkat seterusnya.. Tesis anda dapat _ dan seminar dapat _"

GLUPPPPPP.....Tertelan air liur kejap sebab result yg beliau beritahu same dengan mimpi malam tadinye. YA...100% sama!

Sampai sekarang pun Pak ABU tetap curious kenapa mimpi Pak ABU jadi kenyataan. Tak kire sama ada kenyataannye terbalik dengan mimpi or sama 100% dengan mimpi. Paling koman pun watak yg ada dalam mimpi tu akan muncul.

Apa2 pn, syukur sangat2 kepada Allah s.w.t...

*Nota mimpi: Kepada sesiapa yang nak mimpinya jadi kenyataan, sila hubungi Pak ABU. Pak ABU dah boleh jadi dukun. Ahaks...


GORILLAZ - Artis Pemalu


Pernah dengar nama band Gorillaz? Band ni salah satu band yang memang tak pernah muncul di khalayak ramai (mungkin mereka malu sebab muke mereka huduh kot). Sehinggakan video klip mereka pun menggunakan hampir 100% animasi.

Tapi, anda semua pernah terfikir tak macam mana band ni buat konsert kalau guna animasi je? Mari kita lihat konsert zaman malu mereka tu..





Haaa...camne? Kreatif tak? Konsert guna animasi 3D sahaja. Tapi penonton still enjoy.

Kemudian, mereka dah kurang malu. So, Gorillaz buat konsert dengan mereka sendiri yang perform. Tapi dalam gelaplah pulak..Mungkin mereka ni ada sifat separuh malu lagi kot. Jom saksikan...




Even nampak bayang-bayang je, tapi still kreatif dan gempak kan?

Dan lately ni, Gorillaz tanpa segan silu memunculkan diri mereka. Mungkin setelah mereka bertapa mengikuti kursus keyakinan diri...So, inilah muka Gorillaz yang sebenarnya..Enjoy..



Lihat..Takde la huduh pun muke mereka tu kan..Apalah yang nak dimalukan pun Pak ABU tak paham...Tapi apa-apa pun, show depa memang gempak..Pak ABU solute r band ni..

Papa-Kedana-Bergaya?


Kesah nih lebih kurang same dengan kisah Burung Punai yg pernah Pak ABU story dulu..Cuma jalan cerita nye lain sikit je.

Sebelum student balik untuk cuti semester, 1 malam tu lepak la dengan sorang student yg memang rapat dengan Pak ABU. Ntah ape punya kesah pn tak ingat dah.

Borak punya borak...Pak ABU pun keluarlah 1 perumpamaan baru iaitu "BIAR PAPA ASALKAN KEDANA" dengan konfidennye ok!

Pastu student tu gelak. Pak ABU pun naik hairanlah nape lak beliau gelak kan...

"Errr...Pak ABU, bukan  'BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA' ke?"

OK.FINE!!! I DID IT AGAIN.

Malu punya pasal..terus balik rumah..rasa macam nak sumbatkan diri dalam tin sardin je...haish..pe la nasib malang...


Tuesday, December 14, 2010

14 sikap manusia yang mempunyai akal

  1. mengenepikan kemuliaan dunia dan tidak harap disanjung
  2. membuang dan menjauhi sifat takabbur (membesar diri)
  3. suka kepada kerja amal dan ibadat
  4. amat gemar melakukan kebajikan
  5. benci kepada semua sifat kejahatan
  6. amat mengasihi orang yang berilmu dan baik adab
  7. membalas jasa orang kepadanya
  8. segera menjelaskan hutang
  9. meninggalkan sifat marah
  10. murah hati, manis mulut dan suka membantu dan sedekah
  11. baik serta belas kepada kaum kerabat
  12. tidak mahu mengambil dan makan barang dan makanan yang haram
  13. sedia di"kena" kan (diperlakukan yang tidak baik) tetapi tidak mahu mengenakan
  14. benci kepada manusia yang suka membesar diri dan bermegah-megah

Kisah yang menyakitkan

Salam...

Dah seminggu Pak ABU tak update blog ni...Pak ABU agak kesibukan sikit menjalani kursus kahwin kepimpinan kat Impian Morib Hotel, Pantai Morib, balik kampung kat Pahang dan mengalami kedemaman yang tak dapat dikawal.

Pergi kursus hari Jumaat, habis hari Ahad. Bergerak balik ke UM dalam kul 11.30am, sampai kul 1pm. -> AZAB!!

Kemudian lepas lunch, kemas2 beg jap, terus cari teksi nak ke stesen bas pekeliling (balik kampung da). Skali jalan menuju ke dataran tutup la pulak. Kata abang teksi tu ada demo pasal kes SYABAS. Tak pasal2 kena ikut jalan jauh. -> memang SYABAS la pendemo2 sekalian. Anda semua memang BANGSAT!

Sesampainya kat Pekeliling dah pukul 2.50pm. 1 hal lagi nak mencari bas setelah sekian abad tak naik bas balik Pahang. Nasib baik dapat bas pukul 3pm. So, tak payah la tunggu lama2 kat situ. -> LEGA

Sampai kat kg, dah lewat petang. Member baik Pak ABU jadi driver hantar ke rumah. Setibenye kat rumah, skali takde sesape. Telefon 1 family, semua tak angkat. Adehhh...camne ni? Lama lepak depan rumah dengan member tu, baru la mak Pak ABU bukak pintu. Wahh..mak aku dah pandai buat Wakenabeb! Seh... -> CHUAK

Cuti 2 hari tu, Pak ABU amik masa untuk rest dan lepak je. Hari Selasa balik KL dah. Even masa singkat, tapi syukur sebab lepas jugak hajat nak balik kg setelah beberapa percubaan sebelum2 ni gagal. Plan balik kg 2 minggu bagai nak mampos. Skali dapat 2 hari je. Kire ok la tu. -> SYUKUR

Selasa dah terpacak kat UM. Balik dengan member. Gerak kul 3.15pm, sampai ngam2 kul 5pm. GILER CEPAT!!! Perjalanan sepatutnye ambik masa 2 jam setengah or 3 jam. Ni tak sampai 2 jam pon. Memang cari nahas. -> CARI PASAL

Malam tu Pak ABU dah mula demam. Teruk gak r kena sampai pitam. Kebetulan si Hazani lepak rumah. So, dalam seminggu tu memang dia je la yg jadi nurse, doktor, ambulans, bibik, drebar etc...sian beliau..pe2 pn TQVM ye Azan.

Sekarang dah bransur pulih. Alhamdulillah... Boleh start berbelog kembali...YEYYYYYYYYYYYYY!!


Thursday, December 2, 2010

Email tentang Jodoh by Siti Fatimah


Kali ni Pak ABU dapat email daripada seorang student kolej Pak ABU bernama Fatimah.
Menarik hasil tulisannya..membuatkan Pak ABU meroyan terkesima kejap.

*****

Jika kamu memancing ikan....Sekiranya ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

*****

Ok..lepas baca menda alah ni, terus teringat ex-Pak ABU. Ternyata Pak ABU masih tak boleh lupakan beliau.

Tapi tu la...masa dah tak boleh undur...terima je la jodoh antara kami berdua tak kekal lama..

*Nota Jodoh: Tetibe je meroyan jiwa2 neh..haish

Positive Attitude

When Snake is alive, Snake eats Ants.
When Snake is dead, Ants eat Snake.
Time can turn at any time.
Don't neglect anyone in your life

Never make the same mistake twice.
There are so many new ones.
Try a different one each day

A good way to change someone's attitude is to change our own.
Because, the same sun melts butter, also hardens clay!
Life is as we think, so think beautifully.

Life is just like a sea, we are moving without end.
Nothing stays with us,
what remain is just the memories of some people who touched us as Waves.

Whenever you want to know how rich you are?
Never count your currency,
just try to Drop a Tear and count how many hands reach out to WIPE that- that is true richness.

Heart tells the eyes see less, because you see and I suffer lot.
Eyes replied, feel less because you feel and I cry a lot.

Never change your originality for the sake of others,
because no one can play your role better than you.
So be yourself, because whatever you are, YOU are the best.

Baby mosquito came back after 1st time flying.
His dad asked him "How do you feel?"
He replied "It was wonderful, Everyone was clapping for me!"
Now thats what I call Positive Attitude.