Thursday, December 2, 2010

Email tentang Jodoh by Siti Fatimah


Kali ni Pak ABU dapat email daripada seorang student kolej Pak ABU bernama Fatimah.
Menarik hasil tulisannya..membuatkan Pak ABU meroyan terkesima kejap.

*****

Jika kamu memancing ikan....Sekiranya ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

*****

Ok..lepas baca menda alah ni, terus teringat ex-Pak ABU. Ternyata Pak ABU masih tak boleh lupakan beliau.

Tapi tu la...masa dah tak boleh undur...terima je la jodoh antara kami berdua tak kekal lama..

*Nota Jodoh: Tetibe je meroyan jiwa2 neh..haish

13 comments:

Privacy_Resident said...

pak abu dan meroyan kan memang tak boleh dipisahkan?

A.B.U said...

ko pn same le topex..skit2 meroyan..pastu nanges..kan3?ahaks

yenyenpreng said...

aku pon tibe-tibe nak meroyan baca cter kau ni

farouq said...

gitu hu,hu terimala lagu MENYESAL daripada 16th sense:)

wanie ;) said...

huuu..saya mauk curik utk letak fb yea pak abu..huuu

Anonymous said...

Artikel ini sangat menarik, terutama karena saya sedang mencari pemikiran tentang hal ini Kamis lalu subjek.

wunny said...

macam menarik jea entry ni. =)

A.B.U said...

yeyen: welkam 2 d club..haha
faroq: mana lagunye?
wanie: ok..jgn lupe letak footnote kt situ ye...hak cipta tuuu..hehehe
anony: sapo pule la ekau ni?haish..
wunny: kann....

farouq said...

untuk aku dan blogger lain-lain yang menyesal he,he untuk aku pula memang menyesal melepaskan yang terbaik dalam hidup aku sedih giler biler bila dia kata dah bertunang dan akan berkahwin hujung tahun ini..well dengan selamba badak nya aku akan menghadiri kendurinya..dijemput ok he,he berpisah cara baik masih boleh jadi kawan per ha,ha sila ke blog aku clip lagu Menyesal dr YOUTUBE:)

A.B.U said...

owh..begitu kesahnye...tu r ko...sape suruh melepas? (ckp org..diri ak pn same je)
hahahaha

farouq said...

kah,kah:)

A.B.U said...

gelak ko ek farouq

Anonymous said...

Awesome posting. Benar-benar menikmati membaca posting blog Anda..