Tuesday, December 21, 2010

Mimpi yang Tak Sudah


MIMPI....

Uuurggghhh...Dulu Pak ABU tak percaya kalau ada orang cakap mimpi boleh jadi kenyataan. Bagi Pak ABU, mimpi hanyalah mainan tidur.

Lately ni, Pak ABU selalu bermimpi dan mimpi tu pulak siap full story. Nak dijadikan kesah, ada la 1 hari tu Pak ABU bermimpi pasal keluarga angkat Pak ABU kat Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Jalan cerita memang best. Kalah cerita 2 Alam DDR tuh..hehe...

2 3 hari asyik duk tayang mimpi yang sama. Dah macam siaran Astro, asyik duk tayang cerita sama 24jam. Hahahaha...

So, 1 hari tu, Pak ABU tanya la pada sorang kawan yang juga anak angkat keluarga tu pasal mimpi tersebut. Dia dengan yakin je cakap "ko rindu ayah tu..tak pun, ayah rindu ko.." Betul juga kan..ahhh..abaikan je la...

Selang 2 3 hari tu, kawan Pak ABU lak mimpi pasal keluarga angkat kami. Dah..berlaku kekonfiusan disitu. So, Pak ABU pun balas la balik pe yang dia cakap pada Pak ABU tempoh hari.

Hari raya haji baru2 ni, kebetulan nampak Fay (anak kandung ayah di Sambas) online FB, Pak ABU tanya la khabar mereka sekeluarga. Terkejut bila Fay beritahu ayah jatuh sakit. Katanya, tekanan darah rendah.

Ok. Terus speechless disitu. Rupa-rupanya mimpi Pak ABU tu nak bagi petanda pasal kesihatan ayah.

Kemudian, Pak ABU bermimpi pulak pasal salah seorang student kolej Pak ABU. Storynya agak menggerunkan. So, tak payah la cerita.

Cepat2 Pak ABU mesej dia bertanya khabar dan suruh beliau berhati-hati. Takut mimpi jadi kenyataan or mungkin boleh jadi terbalik.

Semalam (20/12/2010), 1 lg mimpi berlaku. Kali ni Pak ABU bermimpi pasal result tesis dan kertas pembentangan seminar lulus dengan cemerlang.

Bangun tido pagi tu, senyum lebar je. Adeh...mimpi je pun kan...

Siangnya, Pak ABU balik Rawang jap untuk ambil gadget kesayangan Pak ABU di rumah. Tetiba, masuk mesej dari Cik Ranie.

"Izinkan sy menyelongkar result tesis dan seminar anda.. Tahniah, anda berjaya ke peringkat seterusnya.. Tesis anda dapat _ dan seminar dapat _"

GLUPPPPPP.....Tertelan air liur kejap sebab result yg beliau beritahu same dengan mimpi malam tadinye. YA...100% sama!

Sampai sekarang pun Pak ABU tetap curious kenapa mimpi Pak ABU jadi kenyataan. Tak kire sama ada kenyataannye terbalik dengan mimpi or sama 100% dengan mimpi. Paling koman pun watak yg ada dalam mimpi tu akan muncul.

Apa2 pn, syukur sangat2 kepada Allah s.w.t...

*Nota mimpi: Kepada sesiapa yang nak mimpinya jadi kenyataan, sila hubungi Pak ABU. Pak ABU dah boleh jadi dukun. Ahaks...