Saturday, December 31, 2011

Size Matters

Assalamualaikum wbt and a very good morning..

Bikers are much easier to miss than cars or trucks and while riders must also take safety measures to reduce the risk to them, drivers of bigger vehicles should also pay extra attention at the two-wheeled riding around them. Here are some tips on what to expect from a motorcycle.

  • Because of its small size, a motorcycle may look farther away than it is. It may also be difficult to judge a motorcycle's speed. When checking traffic to turn at a junction or into (or out of) your house, predict a motorcycle is closer than it looks.
  • Because of its small size a motorcycle may seem to be moving faster than it really is. Don't assume all motorcyclist are speed demons.
  • When a motorcycle is in motion, don't think of it as motorcycle; think of it as a person.


* Tetibe je nak tulis english yek? poyo tul..haha

Friday, December 30, 2011

Beca, Nenek dan Ubinya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Ini BECA

Ini NENEK

Dan ini UBI

Situasi SEBENAR:-

Seorang nenek pergi ke kedai beli ubi. Tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek Mati Dengan Ubi Di Tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek Mati Dilanggar Beca Satu Propaganda Pembangkang."

Harakah - "Kami Tiada Beca."

Malaysiakini - "Beca Langgar Lari Bukti Kerajaan Makan Rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari ramai."

Blog Melayu Paranoid - "Keraguan Sijil Halal Ubi Mungkin Punca Nenek Mati Dilanggar Beca."

Pancaindera - "Kisah Nenek Dilanggar Beca Diabadikan dalam Filem Terbaru David Teo, 'Beca Gangster'."

Mastika - "Misteri Penarik Beca: Temubual Eksklusif dengan Hantu Ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

*Hahaha...Pak ABU gelak guling-guling bila dapat menda alah ni melalui BBM..hahaha..

Lelaki Badan Sasa Langgan Pondan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Fitrah semula jadi lelaki mempunyai kudrat yang lebih kuat berbanding wanita. Walaupun sifat fizikal luaran dengan berpakaian wanita, tidak bermaksud seseorang PONDAN tu tak boleh membelasah seorang lelaki straight bahkan lelaki yang berbadan sasa.

Siapa yang taknak miliki body camni kan?

Buktinya, kelmarin seorang lelaki yang bertubuh sasa yang dahagakan khidmat seks oral oleh seorang pondan pada harga RM50 akhirnya membawa padah kerana dibelasah dan rantai emas miliknya yang berharga RM2000 lesap dirampas oleh pondan terbabit.

Patutlah.. Body PONDAN pun sasa gak! (Sekadar Gambar Hiasan)

* Sumber Harian Metro 29 Disember 2011

* Nota Pondan: Badan sasa, iras rupa macho sebagai lelaki sejati..tapi straightkah? Umat manusia zaman sekarang...Fizikal bukan definisi yang sebenarnya. Tapi naluri!

Pelacur Buat Aksi "Tiger Show"

"Jubah Bayaran ke Ranjang - Pusat hiburan guna taktik baru umpan pelanggan bayar RM 1,000 pilih penari tiang berbikini untuk jadi teman tidur."

Sekadar Gambar Hiasan

Itulah 'caption' yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam (29 Disember 2011) berkenaan GRO atau pelacur dipakaikan jubah oleh pelanggan di sebuah kelab malam di ibu kota.

Pelacur @ GRO yang layak disarungkan jubah adalah mereka yang bergelar 'Queen of The Night' yakni pelacur yang paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang.

Dalam serbuan yang dilakukan, seramai 37 pelacur wanita TEMPATAN dan SEORANG pelacur warga VIETNAM ditahan.

* Sumber Harian Metro 29 Disember 2011

* Nota Tiger Show: Apsal ramai orang tempatan yang buat kerja ni? Astaga...

Thursday, December 29, 2011

Seksa Untuk Seksi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Baru-baru ni, Pak ABU ada menonton cerita The Biggest Loser (Couple) - Finale kat DIVA Channel (702). Dah lama tak update season cerita ni. Amat terkejut bila Pak ABU tengok seorang peserta Mike Morelli (pemenang no. 2) keluar ke pentas untuk sesi timbangan.

Michael 'Mike' Morelli Before and After
Bayangkan, dahulunya beliau seorang yang berbadan besar. Melalui program ni, Mike mampu kuruskan badannya. Walaupun menjalani latihan yang amat menyeksakan, tapi Mike cekal sehingga melayakkannya ke peringkat Final. Dan bukan itu sahaja, Mike membuktikan beliau seorang lelaki kacak.

Itulah hasil melalui latihan yang menyeksakan. Bermacam-macam cara orang nak jadi kurus. Kebanyakkannya dengan berdiet.

Kalau ikut penelitian Pak ABU, sebenarnya, kita tak perlulah berdiet sampai tak makan sehari suntuk. Cuma  biasakan diri dengan makan pada waktu yang tepat.

Aktiviti makan pada waktu yang tak sepatutnya terutama di waktu tengah malam wajib kita elakkan. Sebabnya, waktu tu la tubuh badan kita sedang mengatur dan menyimpan tenaga (tengah rest).

So, lagi elok kalau kita makan di awal waktu antara jam 7 hingga 8 malam. Kalau lapar jugak waktu tengah-tengah malam tu, makan lah salad buah-buahan, sayur-sayuran atau minum minuman serat sebagai pengalas perut.

Kalau nak kurus lagi cepat kan..Pak ABU sarankan buat SENAMAN. Cukup sekadar 15 minit sehari, 3 kali seminggu. Betul...Pak ABU dah berjaya buat! Hehe..

Alang-alang Pak ABU tulis entry ni, sekarang Kementerian Kesihatan sedang lancarkan kempen Cara Hidup Sihat. Dalam website tu ada kalkulator berat jisim badan. Yang ni pun Pak ABU dah try. Ni hasilnya:-

Berat badan unggul kot..Hehe..
*Nota sihat: Kalau tak menjadi jugak, cuba tanya pakar http://www.jillianmichaels.com/

Perempuan Gila Seks = Suka Berleter?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian...

Tajuk agak kontroversi kan? Haha.. Saje je tu nak buat propa. Sebenarnya tajuk kat atas ni takde kena mengena pun dengan entry kali ni.

Ok2...Cuba buang perkataan "Gila Seks" tu. So dapatlah Perempuan = Suka Berleter? Betul ke perempuan suka berleter/membebel?

DIAMLAH GILA!!!! (Ok..ayat gila tu Pak ABU tambah sendiri)
Selalunya, perempuan sering dilabel sebagai seorang yang suka berleter/membebel. Lelaki yang akan pening kepala apabila berdepan dengan sikap perempuan sebegini.

Kita sebagai lelaki tahu tak kenapa perempuan membebel? Selalunya, perempuan membebel sebab tak puas hati dengan hasil kerja lelaki dan kebanyakannya adalah disebabkan sikap lelaki itu sendiri.

So, kalau perempuan membebel, kita yang lelaki ni perlu fikirkan apa sebenarnya yang tidak memuaskan hati mereka dan fikirkan juga apa cara supaya tak kena bebel. Itu semua terpulang kepada usaha lelaki macam mana nak mematikan leteran perempuan.

*Nota leter: Perempuan suka bebel sewaktu datang bulan aka haid aka period. So, kepada lelaki, janganlah cari pasal time mereka period. Ok? :)

Wednesday, December 28, 2011

Kereta Honda Dilupuskan



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Honda khabarnya mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Banjir yang melanda Bangkok baru-baru ini telah menyebabkan ratusan kereta keluaran Honda digenangi air berselut. Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

*Kredit kepada Kosmo! Online.

*Nota Honda: Kalau Pak ABU Pengerusi Honda, baik Pak ABU jual kat besi buruk. Dapat gak cover modal sekurang-kurangnya. Haish...

Tembakau Rokok Ada Mujarabnya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kepada pembaca-pembaca yang agak anti dengan rokok tu, janganlah terlalu obses dengan kebencian anda. Tembakau rokok juga ada kebaikannya.

Anda pernah kena sengat dengan tebuan? Memang sakit kalau terkena sengatan mereka ni.


Jangan bimbang, sebab tembakau yang selama ini banyak digunakan dalam pembuatan rokok boleh membantu. Selain kesan buruk pada kesihatan yang sering diuar-uarkan, tembakau mempunyai khasiat alternatif untuk meringankan kesan sengatan lebah.

Caranya:
  • Ambil setengah sentimeter hujung tembakau pada rokok dan keluarkan isinya.
  • Basahkan serpihan tembakau tadi dengan air. Letakkan pada sehelai sapu tangan nipis dan kecil yang telah dibasahkan sedikit dengan air.
  • Letakkan sapu tangan tadi pada bahagian sengatan. Biarkan ditekap pada bahagian sengatan sehingga hilang rasa sakit pada sengatan.


Selamat mencuba.

*Nota tebuan: Kalau dah banyak sangat kena sengat, pergilah jumpa doktor. Jangan dibiarkan saja. Takut makin melarat pulak.

Keburukan Menahan Kencing

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ni, Pak ABU nak share sikitlah pasal kes tahan-tahan kencing. Perkara ni selalu kita buat termasuklah Pak ABU. Bila time mesyuarat penting, time memandu kat highway, time lepak-lepak dengan member kamcing etc, kita lebih sanggup menahan kencing dari pergi ke tandas. Pada hakikatnya, menahan air kencing tu bukanlah satu tindakan bernas pun. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan (bergantung kepada jantina dan usia).

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.



So, camne? Harap-harap lepas ni kita lebih alert dengan rutin kita yang tak menyihatkan ni aite.
*Nota Kencing: Kalau member "kencing" kita tu dikira kencing ke tak? Hahaha...

Kereta Termahal Dalam Sejarah PROTON







Dikatakan model terbaru keluaran Proton ni bakal dijual dengan harga atas jalan (OTR) RM 188, 331.12
Namanya tidak diketahui. Nampak macam kereta berkuasa besar dan rekaannya seakan-akan sebuah Ferrari.

Apakah ini hanyalah sebuah kereta konsep? Jika ya, apakah ianya hanyalah Idealistik atau mungkin menjadi Realistik? Kita tunggu sajalah...

*Nota Proton: Proton Wira antara salah satu model yang terlaris di pasaran. Bagaimana nasibnya dengan Juara? Tiara? 

Tuesday, December 27, 2011

Rokok Tidak Merbahaya!

Assalamualaikum w.b.t....

Sebagai pembuka entry bulan Disember ni, Pak ABU nak cerita sikit la pasal rokok.

Sekarang kempen Tak Nak Merokok atau kempen perangi rokok semakin giat dijalankan. Kalau anda nak tahu la kan, ubat nyamuk lagi bahaya daripada rokok. Ni buktinya:


Demikianlah petikan yang dikeluarkan oleh The Times of India. Jadi, kalau nak perangi rokok sekalipun, janganlah lupa perangi sekali penggunaan ubat nyamuk ye. Hehehe...

*Nota ubat nyamuk: Selalu istilah 'ubat' bermaksud benda yang boleh menyembuhkan penyakit. Tapi 'ubat nyamuk' tu boleh sembuhkan penyakit jugak ke? Hehe...


Thursday, November 17, 2011

Hayati Segenap Maksudnya




Sunday, August 28, 2011

Kasih Mu

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya

Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi

Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu

Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan


Thursday, August 11, 2011

Koleksi Petua ORANG TUA-TUA MELAYU (Petua-Petui)

Sambungan dari entry sebelum ni...

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut

Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung

Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin

Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas

Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah

Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah

Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Jerawat

a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih. Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban

Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut

Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup

Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas. Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam

Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur. Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat

Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki

Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka

Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan. Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi. Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta

Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah. Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak

Cari ubi kunyit dan kapur sireh. Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air

Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa. Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan

Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah. Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak

Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau

Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air

Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam

Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal Kulit

Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang

Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis

Ambil lobak putih dalam sekati. Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang

Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi

Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 bahagian,angkat dan sejukkan.

Demam kuning

Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning

Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah

a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam

a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya

a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:

"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala

Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu

Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tidak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Sakit Kepala

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata

Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit

Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Ubat sakit kepala

i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Cirit-Birit

Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

Kencing Tidak Lawas

Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Menyembuhkan Luka

Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

Menyembuhkan sakit gigi

Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Untuk mendapat anak

Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

Jika terlekat tulang

Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

Untuk mengubati penyakit batu karang

Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

Panawar racun dan sengatan binatang berbisa

Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

Penawar gigitan anjing gila

Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

Untuk merawati masalah batuk kering

Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

Penawar sesak nafas

Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

Penyakit gagap

Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

Batuk Biasa

Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk

Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

Mempercepatkan penumbuhan rambut

Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Mata berselaput

Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing

Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

Pelembap muka

Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

Membersihkan Muka

Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Deman Selsema

Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Koleksi Petua ORANG TUA-TUA MELAYU (Pantang Larang)

Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan". Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu. Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam air.

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga. Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali-kali melihat kemaluan isteri

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

*Nota Petua: JANGAN BACA ENTRY NI JE...BACA GAK ENTRY 1 LAGI!!!

9 Golongan Orang yang Sembahyang (Pak ABU lebih suka menyebut sebagai SOLAT)

Assalamualaikum w.b.t...

Disebabkan cuaca di sekitar Kuala Lumpur sekarang ni kejap panas kejap hujan, so, Pak ABU pun nak bagi korang sejuk. Jom kita baca artikel ni..

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini. 

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

*Nota Solat: Sama-samalah kita perbaiki kekurangan diri..

Wednesday, July 20, 2011

Update.Cepat.Malas

Hoooooooooooollllllllllllaaaaaaaaa.....

Ni la akibatnya kalau memang dah malas nak update blog...Penuh bersawang!

Btw, terima kasih yang masih sudi membaca blog Pak ABU nih. InsyaAllah akan ade update entry terbaru. Tapi takkan jadi kencang macam dulu la. Sekarang Pak ABU sibuk dengan kerjaya baru.

Sekian dulu untuk ketika waktu ni. Wasalam...

Friday, April 29, 2011

GEMPAR!!! Wujud Planet Baru

Buktinya:






Seriously it’s just a joke ….

Gambar-gambar di atas ini sebenarnya hasil artwork Christopher Jonassen. Gambar yang diambil ni just gambar bontot pelbagai jenis periuk.HEHE....

Thursday, April 28, 2011

Mati Selepas 3 Hari

 
 
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma
Dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa... Di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t

Teknik Menikmati Malam Pertama

Tajuk camni memang boleh bikin kontroversi nih. Nak2 lagi, Khamis malam Jumaat ni kan..Hahaha...Well..selamat malam semua...

Pak ABU nak biarkan lirik lagu ni je yg menceritakan segalanya..MUSIC PLZ!!!

Memang seronok
Pengantin baru
Masuk ke kamar
Kuncikan pintu

Oranglah lain tak bolehlah tahu
Hanyalah dia hai saja yang tahu

Memang seronok
Pengantin baru
Malam pertama
Malu-malu

Malam kedua padamkan lampu
Malam ketiga hai tak boleh tahu

Riwayat tu dah
Berakhir sudah
Malam pertama
Kenangan indah

Walau sekejap tak boleh berpisah
Pagi dan petang hai rambutnya basah

Memang seronok
Pengantin baru
Bertentang muka
Malu-malu

Lambat rasanya siang berlalu
Menunggu malam hai masuk beradu

Jangan salah anggap..Sebenarnya ni lirik lagu tarian Zapin Pengantin Baru yg ditarikan oleh kumpulan Sek. Keb. Pulau Bumbun (B) semasa Festival Tari Kanak-kanak 2011 awal bulan dulu.

Sekolah ni Johan dalam festival tersebut. Pak ABU peram entri ni lama-lama sebab malas betul nak update blog skrg nih..haish...

Pak ABU bersama gambargrafer budak2 kat bawah ni
Cewah...proses memujuk nak masuk dalam bilik la tuh..opssss... :P
Nah..dah start dah...
S.K. Sg. Bumbun (B)
Johan
Festival Tari Kanak-kanak 2011
(FESTAKA 2011)
 *Nota FESTAKA:- Terakhir di FESTAKA, KK8 dan UM..Semua tinggal kenangan..(Still tertanya2, budak2 sekolah rendah yg menari tu tak paham ke maksud lirik lagu tu?hahaha...)

Tuesday, April 5, 2011

Mereka mampu membuat kita tak kering gusi!

Salam..

Sam "Adnan Sempit" menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)...Tak sia2 Pak ABU vote (vote ke?hahaa...)

ABP kali ni boleh tahan la lawaknye..Nak2 lagi bila 3 pengacara (si Zizan, Kak Engku dan Sharifah Syahirah) bergabung. Memang tak kering gusi la dibuatnya..

Ditambah pulak time pengumuman untuk anugerah tertinggi tu, ada Ucop Wilca dan Johan..Lagi la pecah perut dibuatnya.

Sebelum Pak ABU bebel panjang lagi, moh le kite nengok dulu sedutannye.Saksikan...


*kredit to nazwa69 for the video (matila Pak ABU kena sembur sebab pakai English..huhu...)

Bayangkan kalau mereka berlima jadi pengacara pada malam tu. Ada penonton yg bakal masuk hospital jiwa gamaknya..hahaha...

Itu kisah ABPBH 2010..Kalau korang still ingat, AIM 17 dulu pn tak kurang hebatnya..Aflin Shauki dan Adibah Nor menjadi pengacaranya..Memang best jugak. So, moh la kite enjoy dulu lawak depa...


*(kredit diberikan kepada axroll utk ehsan video)

Ni lirik Pak ABU sertakan sekali

semalam u call i, i tak answer
tak paham ke memang i dh tak suke
dari dulu i dah cube nak break dengan u
tapi u ugut nak tunjuk video itu

sudahlah psiko!!!jangan ganggu
u pakai bomoh u ingat i tak tahu
u memang selalu buat i berbulu
no wonderlah mak i pun tak suke u

Haha..Part yang "ugut nak tunjuk video itu" paling tak leh blah..Aduila...Putus urat perut den!

*Nota Kering Gusi: Tabik spring dengan kehebatan depa..


Saturday, April 2, 2011

Selalu buat perangai

Hola semua..

Perghhh...Lama gile Pak ABU tak update blog ni...Ada lebih sebulan tak update..Siyes blog Pak ABU ni penuh bersawang..Ni sume gara2 kesibukan yang melampau sampai tak ade mase nak update..

Seperti selalu..Pak ABU tulis entry kat blog nih pastu simpan jadi draft...Pastu nak edit balik semula memang malas..Terkebil-kebil depan lappy but then don't know what to do..Lastly, signout blog n then layan fb or email je..haha...

By the way, dah masuk bulan April..Projek kolej pn banyak dah abis..Study pn dah nak abis...So boleh la meraban semula kat blog nih..

Itu sahaja untuk mukadimah...Nantikan kemunculan Pak ABU kembali..hehe...

Friday, February 11, 2011

MELAYU SANGAT!


Salam semua..

Ni 1st entri untuk bulan Februari. Pak ABU ingat dah malas nak story pasal masalah or hal politik2 nih. Tapi terpaksa cancelkan balik la niat tu sebab baru lewat petang semalam (10 Feb) Pak ABU dapat satu cerita yang tak manis didengar.

Sama seperti bulan Januari lepas, malang makin banyak menimpa. Apalah nasib Pak ABU pada tahun 2011 ni kan? Mungkin Pak ABU kena mandi bunga agaknya..

Alkisahnya bermula apabila Pak ABU dan 3 orang rakan lain difitnah secara memBABI buta. Wah! Banyak cantik muka beruk ko fitnah orang sesuke sesuki hati macam tu! Beruk pun tak sehina ko tau!

TUDUHAN ITU SEMUA TIDAK BERASAS!

Walaupun Pak ABU terkena serpihan fitnah tu sipi2 je, tapi imej dan nama tetap terjejas. Apatah lagi sahabat-sahabat karib Pak ABU tu orang penting dan alim-alim lagi (Pak ABU je yang tak).

Owh..Tolong la! Ini ke namanya orang MELAYU? Bila cakap orang MELAYU tu suke dengki mendengki, fitnah menfitnah..ada yang marah. Tapi kalau tak cakap..entah bila MELAYU ni nak sedar?

Lagi 1, dah jadi kewajipan ek bila ada orang sampaikan cerita yang bukan2..orang MELAYU ni tak reti2 nak tanya kepada tuan punya badan kesahihan ceritanya???

Lagi sakit hati bila korang yang MELAYU yang dah dengar cerita dari macam2 versi ni boleh buat muka kerek dan poyonya bila jumpa orang yang kena fitnah tu. APEKEBENDA LA PERANGAI BANGSAT MACAM NI HAH???

KORANG YANG BERGELAR MELAYU, BEKERJA/BELAJAR DI BAWAH BUMBUNG "MELAYU"...TOLONGLAH BUKA MATA LUAS2. SAMPAI BILA NAK meLAYUKAN MELAYU KORANG?

Sekian caci-maki PAK ABU!

*Nota MELAYU: Bak kata pepatah "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"..Hah..memang sampai bila2 la perangai macam tu. MELAYU SANGAT!

Thursday, January 27, 2011

Anak Yatim Menjadi Mangsa

Berdasarkan sumber akhbar Kosmo! yang bertajuk "Paksa Anak Yatim Cari Dana" hari ni, ada pengusaha tahfiz mengeksplotasi anak-anak miskin/yatim piatu dengan melakukan jualan amal di Port Dickson. Anak-anak tersebut melakukan jualan tersebut tanpa sebarang upah, cuma sebagai sebahagian subjek keusahawanan.

Serbuan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan membongkarkan isu ini patut diberikan pujian.

24 Januari lepas, sempena majlis perasmian dan penutupan program Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu telah didatangi tetamu undangan dari Rumah Titian Kasih (rumah anak-anak yatim) yang bertapak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa.

Sebelum majlis bermula, Pak ABU sempat beramah mesra bersama pengasas rumah tersebut yang dipanggil sebagai Mak Pah.

Terkejut dan terkilan tatkala Mak Pah menceritakan tentang pahit manis yang dialami Rumah Titian Kasih termasuklah diusir keluar dari tanah yang mereka dirikan rumah tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersikap acuh-tak acuh, permohonan peruntukan yang tidak diendahkan dan apa yang penting sumbangan dana yang kurang.

Walaupun begitu, Mak Pah bijak mencatur perbelanjaan termasuklah pembiayaan sekolah anak-anak yatim tersebut (walaupun tidak semuanya yang bersekolah).

Berbalik kepada kisah yang disiarkan KOSMO! di atas, Pak ABU merasakan tahfiz berkenaan mungkin mengalami nasib yang sama dengan Rumah Titian Kasih - kekurangan dana/peruntukan.

Sebaliknya dana/sumbangan lebih banyak disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang telah gah namanya. Mengapa perkara ini terjadi? 

Dimana pula peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memantau aktiviti dan memberikan bantuan kepada rumah anak-anak yatim?

Izinkan Pak ABU habiskan entri kali ini dengan persoalan ini supaya pembaca sekalian lebih membuka minda dan muhasabah diri.

Sekian.

*Nota anak yatim: Mak Pah juga menceritakan tentang permohonannya gagal kerana beliau dituduh sebagai orang Anwar Ibrahim (PKR). POLITIK ITU SUCI TETAPI ORANG-ORANG YANG BERPOLITIK MENGOTORKAN KESUCIAN POLITIK TERSEBUT.