Thursday, January 27, 2011

Anak Yatim Menjadi Mangsa

Berdasarkan sumber akhbar Kosmo! yang bertajuk "Paksa Anak Yatim Cari Dana" hari ni, ada pengusaha tahfiz mengeksplotasi anak-anak miskin/yatim piatu dengan melakukan jualan amal di Port Dickson. Anak-anak tersebut melakukan jualan tersebut tanpa sebarang upah, cuma sebagai sebahagian subjek keusahawanan.

Serbuan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan membongkarkan isu ini patut diberikan pujian.

24 Januari lepas, sempena majlis perasmian dan penutupan program Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu telah didatangi tetamu undangan dari Rumah Titian Kasih (rumah anak-anak yatim) yang bertapak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa.

Sebelum majlis bermula, Pak ABU sempat beramah mesra bersama pengasas rumah tersebut yang dipanggil sebagai Mak Pah.

Terkejut dan terkilan tatkala Mak Pah menceritakan tentang pahit manis yang dialami Rumah Titian Kasih termasuklah diusir keluar dari tanah yang mereka dirikan rumah tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersikap acuh-tak acuh, permohonan peruntukan yang tidak diendahkan dan apa yang penting sumbangan dana yang kurang.

Walaupun begitu, Mak Pah bijak mencatur perbelanjaan termasuklah pembiayaan sekolah anak-anak yatim tersebut (walaupun tidak semuanya yang bersekolah).

Berbalik kepada kisah yang disiarkan KOSMO! di atas, Pak ABU merasakan tahfiz berkenaan mungkin mengalami nasib yang sama dengan Rumah Titian Kasih - kekurangan dana/peruntukan.

Sebaliknya dana/sumbangan lebih banyak disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang telah gah namanya. Mengapa perkara ini terjadi? 

Dimana pula peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memantau aktiviti dan memberikan bantuan kepada rumah anak-anak yatim?

Izinkan Pak ABU habiskan entri kali ini dengan persoalan ini supaya pembaca sekalian lebih membuka minda dan muhasabah diri.

Sekian.

*Nota anak yatim: Mak Pah juga menceritakan tentang permohonannya gagal kerana beliau dituduh sebagai orang Anwar Ibrahim (PKR). POLITIK ITU SUCI TETAPI ORANG-ORANG YANG BERPOLITIK MENGOTORKAN KESUCIAN POLITIK TERSEBUT.

Sakit Tuan

Tajuk entri nak kontroversi. Memang tak boleh blah la Pak ABU..

Anyway, assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pedih dan menyeksakan. Itulah yang menimpa Pak ABU seharian (26 Januari 2011). Akibat nafsu sex makan secara mentekedarah, Pak ABU telah mengalami kemuntahan yg amat dahsyat sekali.

Nak dijadikan cerita, pada malam 25hb tu Pak ABU makan roti telur + yee mee tomyam kat sebuah kafe (memang mencekik!). Jujur nye, tomyam tu langsung tak sedap! Tapi telan jugak la kan.

Apabila bangun pagi (26hb) tu, Pak ABU rasa anak tekak tak selesa semacam ada makanan yang bertakung kat anak tekak.

Ya..ape lagi...terus Pak ABU menuju ke tandas dan memuntahkan diri. Perkara ni berulang banyak kali. Seharian jadi penat sebab ulang-alik ke tandas je.

Kebetulan malam ada roadshow bersama TNC HEPA. Tekak masih rasa loya. Perut memulas. Tapi Pak ABU tahan je siap boleh gelak2 dengan penyelia lain.

Bila dah habis taklimat, ada la jamuan sikit. Tapi Pak ABU melantak macam orang tak makan sebulan. Dan2 bila balik rumah, terus rasa nak muntah. Sekali lagi adegan kejar-mengejar ke tandas berlaku.

Sekarang, Pak ABU menulis pun dalam keadaan menahan muntah. Aduyai..apelah punca sebenarnye ye? Ada sesapa kawan2 blogger boleh bantu Pak ABU?

*Nota muntah: Ada orang memuntahkan soalan bodoh yg menunjukkan kebodohan diri sendiri sehingga menyebabkan orang lain nak termuntah - tak mencerminkan mahasiswa langsung.

Sekian dulu untuk waktu ni. Ada masa Pak ABU menconteng kat sini lagi. Papai ~


Tuesday, January 18, 2011

Kereta Ke Jet Pejuang?

Phoenix Rising aka kechutperot.blogspot.com aka Pak ABU dengan penuh rasa bangganya ingin memperkenalkan...

Kereta termahal dan terlaju di alaf ini

yang diberi nama


BUGATTI VEYRON


Harga dipasaran

$1, 700, 000



Lain pula kisahnya di London. Menurut akhbar Kosmo yang disiarkan hari ini, seorang pemandu kereta mewah Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain.

Ok. No komen. huhu...

*Nota Bugatti: RM932 tu melebihi duit poket Pak ABU untuk sebulan. Beliau dengan selamber badaknye gune duit tu utk bayar minyak kereta. Haish...


Mungkin ini sedikit berita gembira


Kepada para pelajar Universiti Malaya yang kini dibelenggu masalah PTPTN atau biasiswa JPA yang tak masuk2 sampai sekarang, UMISISWEB ada jawapannya..Sila lihat gambar di bawah ini:


Bersabarlah wahai pelajar-pelajar sekalian. Semoga pemberitahuan ini sedikit sebanyak menggembirakan hati anda.

*Nota PTPTPU: Biar lambat asalkan selamat. Lebih baik daripada Pak ABU yang biasiswanya ditarik balik kerana masalah teknikal. So sem ni kena bayar sendiri..Tak ke naya? HOHOHO...

Monday, January 17, 2011

Semangat PhD


Kepada rakan-rakan yang teringin nak sambung belajar di peringkat Masters dan Ph.D, baru-baru ni kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program MyBrain15.

Walaupun Pak ABU tak pernah tahu kenapa '15' digunakan, tapi program ni dirasakan bagus untuk kesihatan memantapkan sektor penyelidikan dan pendidikan di Malaysia ini.

Program MyBrain15 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu MyPhD, MyMaster dan PhD industri. Pak ABU sempat klik untuk MyPhD dan PhD industri je.

Pada kategori MyPhD ada dinyatakan tentang syarat-syarat permohonan dan sebagainya. Apabila Pak ABU teliti, ada sedikit ke'curious'an disitu.


60% - bidang Sains dan Teknologi
40% - bidang Sains Sosial/Sastera Ikhtisas.

Mengapakah wujud wajaran 60% dan 40% antara bidang Sains dan Sastera? Kenapa tidak diberikan 50-50? Pak ABU yang berada dalam bidang kesenian (Sains Sosial/Sastera) berasa sedikit hampa apabila ada perbezaan darjat/status quo begini.

Kemudian, lihat pula di bahagian HUMANITY. Ternyata hanya ada 1 bidang iaitu Sociology. Persoalannya, apakah bidang-bidang yang berkaitan dengan antropologi tidak layak untuk memohon?

Di bawah PhD Industri pula, disenaraikan IPTA yang terlibat.


Ya..UKM dan UUM sahaja. Dimanakah UM, UTM, USM dan IPTA-IPTA lain yang ada fakulti kejuruteraan? Apakah pihak pengurusan IPTA yang tidak disenaraikan ini tidak dimaklumkan tentang hal ini?

Maafkan Pak ABU kerana agak banyak mempersoalkan hal ini. Bukan tujuan mengkritik atau membangkang, tetapi untuk menyatakan sedikit perasaan hampa apabila kebanyakan bidang Sains yang sering dijulang dan seolah-olah kami di bidang Sastera/Sains Sosial kurang diberikan perhatian.

Sepanjang pengajian Sarjana Muda selama 3 tahun dulu sehingga ke peringkat Sarjana selama 2 tahun ini, memang agak sukar sekali Pak ABU terima e-mail, iklan, notis dan sebagainya mengenai tawaran biasiswa di bidang berkaitan Sains Sosial/Sastera. Hakikat ini ternyata amat perit untuk ditelan.

Kepada pembaca sekalian, janganlah anggap entri ini sebagai entri membidas mana-mana pihak. Sebaliknya, fikirlah secara rasional. Sekiranya anda semua berminat dan LAYAK, segala butiran bolehlah klik di link yang Pak ABU berikan.

*Nota Biasiswa: Ingin sambung PhD juga. Tapi, amat memerlukan biasiswa. LAYAKKAH PAK ABU? (tetibe je entri kali ni jadi skema)..hohoho

Sunday, January 16, 2011

Minyak naik, semua naik

Agak terasa beban bile harga minyak petrol naik. Selalunya isi minyak moto EGO kesayangan Pak ABU tu dalam RM4.00 dah penuh dah. Sekarang, isi RM4.00, tak sampai seminit tekan, dah abis. Meter pn naik seciput je.

Bile minyak naik, harga barang pn semua naik la kan. CONFIRM punya! Lately, orang duk sebuk2 kecoh pasal harga santan melambung sampai RM8.00 sekilo. Pastu, peniaga-peniaga sorokkan gula dan minyak masak. Macam-macam hal lagilah yg duk kecoh2 kt akhbar2 sekarang nih. Donia....donia...haish..

Baru-baru ni, Pak ABU dapat email dari seorang teman tentang kenaikan cukai kerajaan di KFC. Tak tahulah ada betul ke tak berita tu sbb Pak ABU jarang makan KFC. 2011 ni, Pak ABU belum berkesempatan lagi makan KFC (ada sesiapa nak blanja x?)

So, untuk kepastian khabar angin pasal cukai kerajaan ni, Pak ABU attach sekali gambar yg diberi...


Dengar khabar gak, bukan KFC je. Semua francais fast food kot.

Entahlah...Pak ABU tak tahu nak komen ape2 lagi dah. Cuma Pak ABU boleh nasihatkan, pasni kalau kempunan sangat nak makan KFC, p la makan "Kedah Fried Chicken". Tak pun "Kelantan Fried Chicken" pun boleh. Paling koman pun, beli la tepung goreng ayam ADABI, pastu goreng la sendiri kat rumah (aisehmen...minyak masak pun mahal..habis tu, CAMNE?)

*Nota KFC: Mana nak cari Kelantan/Kedah Fried Chicken tu ek?

Monday, January 10, 2011

Suratku Untukku



Meja Study,
Ruang Tamu,
Flat No. 3,
Kolej Ke-8,
Universiti Malaya,
50603, Kuala Lumpur.

Kehadapan aku yang bernama pena Pak ABU ataupun nama famous O-ne, diharapkan agar aku berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Buat julung kalinya, aku menulis surat kepada aku sendiri kerana aku sudah lama tidak mendengar khabar berita aku dalam blog ini. Oleh kerana itu, aku mengambil keputusan untuk mengutuskan surat ini kepada aku.

Pertama sekali, aku rasa tidaklah terlalu lewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Seperti yang aku ketahui, tahun 2010 telah aku lalui dengan penuh ranjau dan onak berduri. Antaranya, aku pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (RA) untuk beberapa bulan sebelum “kena kick” atas kes gaji. Kemudian, aku berpeluang untuk melancong ke negara seberang untuk setengah bulan. Sekembalinya aku dari negara seberang itu, aku terpaksa bergelut untuk menyiapkan Kertas Penyelidikan (yang sering disebut sebagai tesis). Di penghujung 2010, akhirnya aku dapat mengukir sekuntum senyuman kerana keputusan tesisku amat memberangsangkan. Aku berasa sangat bersyukur untuk itu.

Aku pernah menceritakan azam aku kepada aku dulu. Ternyata masih banyak azam yang aku tak dapat laksanakan. Masihkah aku ingat tentang azam aku untuk berhenti merokok? Aku ingin memohon maaf kerana di ketika ini, aku masih gagal untuk memberhentikannya. Oleh kerana itu, aku tidak menyimpan sebarang azam untuk rokok lagi. Apa hendak jadi, biarkan ia jadi.

Bercakap soal cinta pula, nampak gayanya, aku masih gagal dalam percintaan yang aku bina hampir 2 tahun dengan Zaffan binti Zainuddin. Tahun 2010 sahaja, dua kali kami berpisah dan kemudiannya merujuk kembali. Akhirnya kini, aku meroyan keseorangan. Walaupun begitu, aku tidak pernah berputus asa untuk terus setia menantinya sehingga akhir hayat aku.

Begitulah sedikit senario kehidupan aku bagi tahun 2010. Justeru, pada tahun 2011 ini, aku berharap dapat menyiapkan masters aku dengan jayanya. Maklum sahajalah, semester ini merupakan semester terakhir bagiku. Dan mungkin juga terakhir bagi aku untuk berada di universiti yang aku cintai ini. 5 tahun aku bertapa di Universiti Malaya ini. Semoga pemergian aku akan membawa secubit kenangan untuk aku kongsikan bersama aku dan rakan-rakan yang lain kelak.

Akhir kata daripada aku untuk aku, “hidup ini adalah rapuh..hadapilah ianya dengan penuh beramal dan berdoa”, “hidup biarlah optimis, janganlah sesekali menjadi parasit” dan “hidup ini sememangnya palat..tapi esok masih ada” – inilah pegangan hidup aku yang sering aku gunakan untuk terus survive di muka bumi ciptaan Illahi ini.

Sekian, terima kasih.

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang benar,


……………….
(ABU ALI)