Thursday, January 27, 2011

Anak Yatim Menjadi Mangsa

Berdasarkan sumber akhbar Kosmo! yang bertajuk "Paksa Anak Yatim Cari Dana" hari ni, ada pengusaha tahfiz mengeksplotasi anak-anak miskin/yatim piatu dengan melakukan jualan amal di Port Dickson. Anak-anak tersebut melakukan jualan tersebut tanpa sebarang upah, cuma sebagai sebahagian subjek keusahawanan.

Serbuan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan membongkarkan isu ini patut diberikan pujian.

24 Januari lepas, sempena majlis perasmian dan penutupan program Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu telah didatangi tetamu undangan dari Rumah Titian Kasih (rumah anak-anak yatim) yang bertapak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa.

Sebelum majlis bermula, Pak ABU sempat beramah mesra bersama pengasas rumah tersebut yang dipanggil sebagai Mak Pah.

Terkejut dan terkilan tatkala Mak Pah menceritakan tentang pahit manis yang dialami Rumah Titian Kasih termasuklah diusir keluar dari tanah yang mereka dirikan rumah tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersikap acuh-tak acuh, permohonan peruntukan yang tidak diendahkan dan apa yang penting sumbangan dana yang kurang.

Walaupun begitu, Mak Pah bijak mencatur perbelanjaan termasuklah pembiayaan sekolah anak-anak yatim tersebut (walaupun tidak semuanya yang bersekolah).

Berbalik kepada kisah yang disiarkan KOSMO! di atas, Pak ABU merasakan tahfiz berkenaan mungkin mengalami nasib yang sama dengan Rumah Titian Kasih - kekurangan dana/peruntukan.

Sebaliknya dana/sumbangan lebih banyak disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang telah gah namanya. Mengapa perkara ini terjadi? 

Dimana pula peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memantau aktiviti dan memberikan bantuan kepada rumah anak-anak yatim?

Izinkan Pak ABU habiskan entri kali ini dengan persoalan ini supaya pembaca sekalian lebih membuka minda dan muhasabah diri.

Sekian.

*Nota anak yatim: Mak Pah juga menceritakan tentang permohonannya gagal kerana beliau dituduh sebagai orang Anwar Ibrahim (PKR). POLITIK ITU SUCI TETAPI ORANG-ORANG YANG BERPOLITIK MENGOTORKAN KESUCIAN POLITIK TERSEBUT.

No comments: