Monday, January 17, 2011

Semangat PhD


Kepada rakan-rakan yang teringin nak sambung belajar di peringkat Masters dan Ph.D, baru-baru ni kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program MyBrain15.

Walaupun Pak ABU tak pernah tahu kenapa '15' digunakan, tapi program ni dirasakan bagus untuk kesihatan memantapkan sektor penyelidikan dan pendidikan di Malaysia ini.

Program MyBrain15 ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu MyPhD, MyMaster dan PhD industri. Pak ABU sempat klik untuk MyPhD dan PhD industri je.

Pada kategori MyPhD ada dinyatakan tentang syarat-syarat permohonan dan sebagainya. Apabila Pak ABU teliti, ada sedikit ke'curious'an disitu.


60% - bidang Sains dan Teknologi
40% - bidang Sains Sosial/Sastera Ikhtisas.

Mengapakah wujud wajaran 60% dan 40% antara bidang Sains dan Sastera? Kenapa tidak diberikan 50-50? Pak ABU yang berada dalam bidang kesenian (Sains Sosial/Sastera) berasa sedikit hampa apabila ada perbezaan darjat/status quo begini.

Kemudian, lihat pula di bahagian HUMANITY. Ternyata hanya ada 1 bidang iaitu Sociology. Persoalannya, apakah bidang-bidang yang berkaitan dengan antropologi tidak layak untuk memohon?

Di bawah PhD Industri pula, disenaraikan IPTA yang terlibat.


Ya..UKM dan UUM sahaja. Dimanakah UM, UTM, USM dan IPTA-IPTA lain yang ada fakulti kejuruteraan? Apakah pihak pengurusan IPTA yang tidak disenaraikan ini tidak dimaklumkan tentang hal ini?

Maafkan Pak ABU kerana agak banyak mempersoalkan hal ini. Bukan tujuan mengkritik atau membangkang, tetapi untuk menyatakan sedikit perasaan hampa apabila kebanyakan bidang Sains yang sering dijulang dan seolah-olah kami di bidang Sastera/Sains Sosial kurang diberikan perhatian.

Sepanjang pengajian Sarjana Muda selama 3 tahun dulu sehingga ke peringkat Sarjana selama 2 tahun ini, memang agak sukar sekali Pak ABU terima e-mail, iklan, notis dan sebagainya mengenai tawaran biasiswa di bidang berkaitan Sains Sosial/Sastera. Hakikat ini ternyata amat perit untuk ditelan.

Kepada pembaca sekalian, janganlah anggap entri ini sebagai entri membidas mana-mana pihak. Sebaliknya, fikirlah secara rasional. Sekiranya anda semua berminat dan LAYAK, segala butiran bolehlah klik di link yang Pak ABU berikan.

*Nota Biasiswa: Ingin sambung PhD juga. Tapi, amat memerlukan biasiswa. LAYAKKAH PAK ABU? (tetibe je entri kali ni jadi skema)..hohoho

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Hantar dulu permohonan, tidak kira anda bidang apa...jika pihak mohe tertarik dengan proposal anda, pasti dapat MyPhd...

Min Aina Ila Aina said...

Saya adalah salah seorang pemohon MyPhd untuk fasa pertama yang tidak dipertimbangkan dengan alasan "bukan bidang keutamaan". Walaupun boleh memohon lagi untuk fasa seterusnya, tapi semacam tak berharap disebabkan alasan tersebut.