Monday, January 10, 2011

Suratku Untukku



Meja Study,
Ruang Tamu,
Flat No. 3,
Kolej Ke-8,
Universiti Malaya,
50603, Kuala Lumpur.

Kehadapan aku yang bernama pena Pak ABU ataupun nama famous O-ne, diharapkan agar aku berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Buat julung kalinya, aku menulis surat kepada aku sendiri kerana aku sudah lama tidak mendengar khabar berita aku dalam blog ini. Oleh kerana itu, aku mengambil keputusan untuk mengutuskan surat ini kepada aku.

Pertama sekali, aku rasa tidaklah terlalu lewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Seperti yang aku ketahui, tahun 2010 telah aku lalui dengan penuh ranjau dan onak berduri. Antaranya, aku pernah memegang jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (RA) untuk beberapa bulan sebelum “kena kick” atas kes gaji. Kemudian, aku berpeluang untuk melancong ke negara seberang untuk setengah bulan. Sekembalinya aku dari negara seberang itu, aku terpaksa bergelut untuk menyiapkan Kertas Penyelidikan (yang sering disebut sebagai tesis). Di penghujung 2010, akhirnya aku dapat mengukir sekuntum senyuman kerana keputusan tesisku amat memberangsangkan. Aku berasa sangat bersyukur untuk itu.

Aku pernah menceritakan azam aku kepada aku dulu. Ternyata masih banyak azam yang aku tak dapat laksanakan. Masihkah aku ingat tentang azam aku untuk berhenti merokok? Aku ingin memohon maaf kerana di ketika ini, aku masih gagal untuk memberhentikannya. Oleh kerana itu, aku tidak menyimpan sebarang azam untuk rokok lagi. Apa hendak jadi, biarkan ia jadi.

Bercakap soal cinta pula, nampak gayanya, aku masih gagal dalam percintaan yang aku bina hampir 2 tahun dengan Zaffan binti Zainuddin. Tahun 2010 sahaja, dua kali kami berpisah dan kemudiannya merujuk kembali. Akhirnya kini, aku meroyan keseorangan. Walaupun begitu, aku tidak pernah berputus asa untuk terus setia menantinya sehingga akhir hayat aku.

Begitulah sedikit senario kehidupan aku bagi tahun 2010. Justeru, pada tahun 2011 ini, aku berharap dapat menyiapkan masters aku dengan jayanya. Maklum sahajalah, semester ini merupakan semester terakhir bagiku. Dan mungkin juga terakhir bagi aku untuk berada di universiti yang aku cintai ini. 5 tahun aku bertapa di Universiti Malaya ini. Semoga pemergian aku akan membawa secubit kenangan untuk aku kongsikan bersama aku dan rakan-rakan yang lain kelak.

Akhir kata daripada aku untuk aku, “hidup ini adalah rapuh..hadapilah ianya dengan penuh beramal dan berdoa”, “hidup biarlah optimis, janganlah sesekali menjadi parasit” dan “hidup ini sememangnya palat..tapi esok masih ada” – inilah pegangan hidup aku yang sering aku gunakan untuk terus survive di muka bumi ciptaan Illahi ini.

Sekian, terima kasih.

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Yang benar,


……………….
(ABU ALI)

3 comments:

Norfa said...

hahhaa..yang tak leh belah..

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

hahaha
...
like..!!
aku tidak pernah berputus asa untuk terus setia menantinya sehingga akhir hayat aku.

semoga membuah kan hasil..aada jodoh tak kemana...

Zuewairy said...

so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!

A.B.U said...

hahaha...