Wednesday, December 28, 2011

Kereta Honda Dilupuskan



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Honda khabarnya mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Banjir yang melanda Bangkok baru-baru ini telah menyebabkan ratusan kereta keluaran Honda digenangi air berselut. Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

*Kredit kepada Kosmo! Online.

*Nota Honda: Kalau Pak ABU Pengerusi Honda, baik Pak ABU jual kat besi buruk. Dapat gak cover modal sekurang-kurangnya. Haish...

2 comments:

Khairiz said...

betul juga kalau di jual di besi buruk, ada la juga pulangan nya, ni kalau di lupuskan pun sama gak, nanti besi2 tu sume nak buang ke mana? or kitar balik buat kereta baru???

ni lah dikatakan bencana alam :)

A.B.U said...

haha..tu la pasal...kita jadi CEO Honda la camtu..duit jual besi buruk tuh kita open table..haha