Tuesday, January 17, 2012

Penting!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Blog ini akan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada sambutan CNY (padahal laptop ada masalah..haha..)

Tengah tunggu laptop baru sampai ke rumah dalam minggu ni. Bila dah ade laptop baru, ingat nak tukar rupa blog. Bior semua jadi baru. Barulah semangat nak berblog lepas nih. Hehe..

So, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua sahabat berbangsa Cina (Haram gak ke wish camni?Huhu..). Jumpa selepas CNY ye.

Adios

Friday, January 13, 2012

Pasangan Romantis Atau Alim?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
 
Pak ABU nak kongsi sedikit pertanyaan dari seorang hamba Allah melalui kolum An-Nur yang disiarkan di Metro Ahad tentang memilih calon pasangan yang paling ideal.
 
 
Jawapan yang diberikan:
 
Rasulullah SAW menyatakan, memilih pasangan atau tertariknya manusia pada pasangan adalah kerana empat perkara iaitu harta, kedudukan, rupa dan agama.
 
Jika dipilih agama, mereka beruntung kerana orang yang memahami agama akan melaksanakan tuntutan agama dan semua 3 perkara berbaki.
 
Agama menuntut supaya suami menjadi penyejuk hati, pelindung, pembimbing dunia dan agama serta pencari nafkah keluarga.
 
Kebanyakan lelaki kurang prihatin dan kurang romantis kerana pemikiran mereka lebih kepada rasional berbanding wanita yang lebih bersifat emosional.
 
Lebih kurang camtu la feedback yang diberi. Bagi Pak ABU ape yg dijawab tu semuanya tepat sekali. YA! agama tu yang UTAMA.
 
* Nota cari jodoh: Lakukanlah solat istikharah untuk dapatkan panduan dalam mencari teman sejati.
 

Kecik-kecik Dah Pandai Bawak Kereta Sport


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Zaman sekarang tak ade ape yang mustahil. Kelmarin, polis Hong Kong menahan seorang budak lelaki Amerika Syarikat berusia 10 tahun kerana memandu kereta sport Maserati.


Ikut laporan, budak kecik tu ambil kunci kereta, hidupkan enjin dan drive kereta Maserati milik bapak dia untuk bersiar-siar.

Sekadar Gambar Hiasan

Lebih teruk lagi budak kecik tu melanggar sebuah kenderaan lain tetapi terus memandu tanpa mempedulikannya. Polis tiba apabila orang awam yang lalu lalang menghubungi mereka.

* Nota Maserati: Bila r Pak ABU nak dapat Maserati sebijik?

Kereta Superman!

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat..
 
Bunyi tajuk macam agak pelik kan? Ini bukan gurauan.. Ini bukan mainan.. Dan semestinya ini bukan aksi babak filem. Ini KENYATAAN!
 
 
Baru-baru ni di Kota Bharu tergempar dengan sebuah kereta Perodua Myvi 'terbang' ke atas bumbung sebijik van.
 
 
Kereta Myvi tu dipandu oleh seorang jurujual. Kejadian berlaku disebabkan tayar kiri kereta tersebut pancit dan pemandu hilang kawalan lalu terbabas merempuh longgokan batu dan pasir.
 
Mujurlah pemandu tu cedera ringan je.
 
* Nota Superman: Boleh masuk dalam buku teks Sejarah ni.
 

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday: Cara-cara Taknak Bagi Berus Gigi Cepat Kembang


Tuesday, January 10, 2012

Handphone Lesung Batu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Seorang kakitangan swasta di Johor Bahru yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Sumber Harian Metro
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.

Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).

Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.

Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.

Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

*Sumber Harian Metro 10 Januari 2012

*Nota lesung: Pak ABU susah nak percaya dengan belian secara online. Takut benda-benda macam ni terjadi.

Monday, January 9, 2012

Tiada Lagi Badi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Datuk Lee Chong Wei selaku pemain no. 1 dunia menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea 2012 menumpaskan Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 pada final acara perseorangan lelaki yang berlangsung semalam.

Sekadar gambar hiasan.
Chong Wei membawa balik wang habuan sebanyak AS$75,000 (RM 235,875).

Semoga kemenangan beliau tersebut membangkitkan semangat untuk memburu pingat di Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

* Nota Emas: Kami warga Malaysia mengucapkan tahniah kepada Datuk Chong Wei.

Pakaian Percuma

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Mohon maaf sebab dah 2 hari tak update blog. Hujung minggu lah katakan. Sekali sekala nak tunggang 'kuda' juga. Kesian 'kuda' Pak ABU tuh duduk je dalam bangsal tak bergerak ke mana-mana.

Oklah. Kepada sesiapa yang nak tahu, sebuah kedai pakaian di Seville, Spain memberikan pakaian PERCUMA kepada 100 pelanggan pertama.

Tetapi, para pelanggan tersebut wajib menanggalkan pakaian mereka dan hanya memakai seluar dalam dan bra je.

Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan entry.
* Nota free: Sanggupkah anda?

Kepingin Untuk Jatuh Hati

Bismillahirrahmaanirrahim

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Ya Rabbal Alamin..

Thursday, January 5, 2012

Gaji Perdana Menteri Berjuta


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Mari kita tinjau gaji beberapa orang pemerintah di seluruh dunia...

Hsien Loong, Perdana Menteri Singapore - AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun (paling tinggi di kalangan pemerintah di dunia).

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat (AS) - AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.

Donald Tsang, Ketua Eksekutif Hong Kong - AS$543,500 (RM1.7 juta) setahun.

Yoshihiko Noda, Perdana Menteri Jepun - AS$513,000 (RM1.6 juta) setahun.

Julia Gillard, Perdana Menteri Australia - AS$379,000 (RM1.19 juta) setahun.

Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis - AS$302,000 (RM949,185) setahun.

Angela Merkel, Canselor Jerman - AS$296,000 (RM930,327) setahun.

David Cameron, Perdana Menteri Britain - AS$222,000 (RM697,745) setahun.

*Nota gaji: Gaji PM Malaysia berapa ek? :)

Rasuah: TIADA MAAF BAGIMU!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

'Tiada maaf bagimu dan tiada esok bagimu!'

Sumber dari Kosmo! Online

Amaran keras tu dikeluarkan oleh DS Ahmad Said merangkap MB Terengganu kepada semua pemain dua beradik iaitu Terengganu dan T-Team.

DS Ahmad Said menegaskan untuk mengambil tindakan serius sekiranya didapati pemain-pemain 2 team berkenaan terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan pada kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ni.

Setiap pemain perlu ada integriti dan disiplin yang tinggi.

Dalam pada tu, pemain-pemain 2 team ni juga akan berhadapan dengan tindakan pemotongan gaji kalau mana-mana pemain sengaja dapat kad merah dan berpura-pura injured.

* Nota bola: Macam ni lah pengurusan sukan yang bagus. Pak ABU harap melalui tindakan ni, 2 team ni akan berjaya lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Kantoi: Boyfriend Dalam Bilik Tidur


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Oleh kerana naluri seorang ibu yang cukup kuat dan ditambah pula dengan aduan daripada jiran tetangga, seorang ibu nekad untuk menyiasat sendiri kegiatan anak perempuannya berusia 17 tahun yang sering membawa masuk boyfriendnya, seorang lelaki warga Nepal ke kamar tidur.

Pada malam kantoi tu, ibunya berpura-pura tidur untuk mengintai anak gadisnya itu. Dia melihat anaknya mundar-mandir sebelum terlihat anaknya itu membuka pintu dan mengajak seorang lelaki ke dalam biliknya.

Luluh berkecai hati ibu itu apabila melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya. Anak gadisnya itu mengaku sudah 9 bulan menjalinkan hubungan dengan warga nepal terbabit. 

Selepas kantoi, boyfriend Nepal itu menyusup keluar dan gagal dikesan. Polis telah menerima laporan dan siasatan menjurus kepada kes rogol. Polis perlu menunggu laporan daripada pihak hospital sebelum siasatan dilakukan.

Kejadian berlaku di Klang.

Sekadar gambar hiasan

* Nota kantoi: 17 tahun..jiwa sedang memberontak.

Wordless Wednesday

Polis saman orang. Kalau Polis buat salah, siapa nak saman?
*Sumber fb Prof. Abdullah Hassan

Tuesday, January 3, 2012

Duda Kaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Khabarnya, bekas suami Katy Perry iaitu Brand, seorang pelawak bakal mendapat wang mata sepencarian sejumlah RM 100 juta selepas bercerai dengan penyanyi popular tersebut.

Ada desas-desus mengatakan bahawa Katy memiliki kekayaan sebanyak RM 140 juta melalui album dan konsert jelajahnya. Tidak termasuk konsert-konsert yang terbarunya dan benda-benda lain lagi, dianggarkan kekayaan Katy dalam RM 225 juta. Manakala Brand memiliki kekayaan sebanyak RM 50 juta hasil lawaknya.

* Nota kaya: Artis Hollywood boleh jadi jutawan dalam sekelip mata je. Sampaikan bercerai pun still boleh jadi kaya. Artis Malaywood lak bagaimana?

Monday, January 2, 2012

Shoutmix No Longer Free!

KEDEKUT!
Ko taknak bagi free, aku boleh tukar benda lain. Tak heran lah!
Sekian..
TU JE NAK BAGITAU SEBENARNYA :P

Suami Ada Kekasih Gelap, Isteri Beraksi Di Ranjang Dengan Lelaki Lain

Assalamualaikum wbt dan salam 2012...

Rasanya tak terlewat lagi Pak ABU nak ucapkan Happy New Year 2012 kepada semua pembaca sekalian...


2011 melabuhkan tirainya dengan meninggalkan bermacam-macam kisah dari awal tahun sehingga hujung tahun. Sepanjang tahun 2011 juga banyak akhbar melaporkan mengenai kecurangan si suami, malah lebih mengejutkan kita apabila banyak kes si isteri 'makan luar' dilaporkan. Apakah yang menjadi punca disebalik isu ini semua?

Ungkapan "takkan kucing menolak ikan di depan mata" memang bertepatan sekali untuk lelaki yang mata keranjang. Tapi ada juga lelaki yang tidak berniat untuk mencari kekasih lain namun melakukannya kerana digoda oleh wanita. Tak tahan godaan, isteri diduakan.

Ihsan En. Google *sekadar gambar hiasan*
Isteri pun apa kurangnya. Layu apabila digoda lelaki. Pantang dipuji sikit, jantung mulalah 'dup dap dup dap'. Wanita mudah merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain daripada pasangannya. Tak tahan godaan, suami dimadukan pula.

Ihsan En. Google juga *sekadar gambar hiasan*
Jadi, salah siapa sebenarnya? Fikir-fikirkanlah...

* Nota curang: Ingatlah dosa pahala wahai umat manusia sekalian.