Monday, January 2, 2012

Suami Ada Kekasih Gelap, Isteri Beraksi Di Ranjang Dengan Lelaki Lain

Assalamualaikum wbt dan salam 2012...

Rasanya tak terlewat lagi Pak ABU nak ucapkan Happy New Year 2012 kepada semua pembaca sekalian...


2011 melabuhkan tirainya dengan meninggalkan bermacam-macam kisah dari awal tahun sehingga hujung tahun. Sepanjang tahun 2011 juga banyak akhbar melaporkan mengenai kecurangan si suami, malah lebih mengejutkan kita apabila banyak kes si isteri 'makan luar' dilaporkan. Apakah yang menjadi punca disebalik isu ini semua?

Ungkapan "takkan kucing menolak ikan di depan mata" memang bertepatan sekali untuk lelaki yang mata keranjang. Tapi ada juga lelaki yang tidak berniat untuk mencari kekasih lain namun melakukannya kerana digoda oleh wanita. Tak tahan godaan, isteri diduakan.

Ihsan En. Google *sekadar gambar hiasan*
Isteri pun apa kurangnya. Layu apabila digoda lelaki. Pantang dipuji sikit, jantung mulalah 'dup dap dup dap'. Wanita mudah merasakan getaran yang berbeza jika mendapat perhatian lelaki selain daripada pasangannya. Tak tahan godaan, suami dimadukan pula.

Ihsan En. Google juga *sekadar gambar hiasan*
Jadi, salah siapa sebenarnya? Fikir-fikirkanlah...

* Nota curang: Ingatlah dosa pahala wahai umat manusia sekalian.

No comments: