Tuesday, September 9, 2014

KISAH BENAR! Gila Akibat Internet Down

Assalamualaikum...

Kisah benar ni terjadi beberapa jam lepas. Harap kisah ni dapat dijadikan teladan.

Kisahnye begini...

Selewat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, RIA (sekadar nama samaran) dengan penuh semangat kononnye nk update la entri kat blog beliau tu. Maka dimasukkan segala namapengguna dan katalaluan yg tepat dan jitu sekali. Ternyata tepat. Ah, sukanya hati RIA time tu.

Sambil RIA merenung skrin laptop dan menunggu dia loading, tetiba terpancarlah sesuatu di skrin seperti gambar di bawah ni;


"NOKHAROM!!! Ko dah kenapa tetibe je ni weh???" - Seloroh RIA dalam hati.

"Takpe. Refresh lagi. Kot2 molek lepas refresh tu."

Bila kali pertama refresh, jadi camtu. Kali kedua pon same. Bis, kalau dah sepuluh kali refresh still gak skrin macam tu, mau nye tak angin 1 badan.

"ABAH KAU!!!!"

******

RIA dah letih menghadap "kesiput-cadburyan" tu, dia pon pergi la layan cite kat TV. Tapi hati masih resah sebab tak berjaya update entri lagi. Tak lama lepas tu RIA cuba la nasibnye sekali lagi. TADAAAAA!!! Elok dah internetnya.

Tanpa buang masa, dia pun cari la bahan2 termasuk gambar2 utk didonlod. Tatkala dia tekan je button new tab tu, makanya skrin pulak jadi pegun (baca sebagai "hang") sampai RIA pn jadi terpegun.

Mana tak nye, laptop zaman purba.

Inilah bukti yang dijumpai di tempat kejadian.

Ada ke patut dia dah tau laptop IBM entah zaman bila dan masih guna 256GB-ramDDR lak tu, ada hati nak buka new tab bebanyak? Memang tak lah kan...

GILA! katanya.

*****

Internet slow - GILA!

atau

Laptop slow - GILA!

atau

Manusia slow (sebab terlalu bergantung harap pada teknologi) - GILAKAH??!!

Renungkanlah. Selamat!

Monday, September 8, 2014

Macam Chipsmore lah!

Lillahi.
Lama betul tak menulis kat blog ni.
Tiba-tiba tergerak hati nak menulis balik.

Hari ni ada buat beberapa perubahan kat blog sikit.
Tapi masih guna blogspot (kuno benor).
Sebelum ni guna nama Pak ABU.
La ni guna nama RIA (singkatan untuk Ridzuan Idris Abdullah).

Alhamdulillah.
Banyak yg dah settle.
Insya'Allah, mulai hari ni RIA akan rajinkan update entri yek.
NO MORE CHIPSMORE!
Kikikiki :p

Jumpa lagi!

Kembali

Assalamualaikum